Saturday, April 28, 2012

334 ~ AZAM



Sejarah mengaji akak bermula dengan arwah emak... Arwah emak berusaha ingin anaknya yang seorang ini Khatam Al Quran. Diambilnya seorang dua anak jiran untuk menjadi 'saing' akak untuk berminat mengaji. Ada semangat berlumba-lumba kata orang tu.... Tapi... anak nya lah pula jadi lagilah malas bila melihat anak jiran-jiran tersebut menjadi semakin pandai dan Khatam dengan kadar Xpress. Masing-masing berlumba-lumba mengaji dan dalam masa yang singkat mereka pun Khatam. Masuk pula anak-anak teman arwah mak yang lain... Mereka juga khatam dengan arwah mak. 

Kisahnya anak guru mengaji tersebut telah mendapat satu akal. Juz 14 surah Al Hijr ayat pertama sehingga ayat 15 menjadi hafalannya. Setiapkali mengaji bersama-sama teman 'sepengajian' surah itu diulangbaca. Itu adalah helah anak guru mengaji tersebut menunjuk-nunjuk kepada teman-teman bahawa dia sudah baca Juz 14 dan sudah mahir mengaji. Tapi hakikatnya anak guru mengaji tersebut hanya menghafal ayat tersebut tanpa mengetahui bacaan dan makhraj yang betul. Begitulah selama bertahun-tahun Surah Al Hijr ayat pertama hingga 15 menjadi hafalan.... Hinggalah sehingga arwah mak meninggal dunia.

Usaha yang kedua untuk belajar mengaji ialah dengan pergi kerumah guru mengaji. Anak murid Mumy yang ramai membuatkan masa menunggu waktu nak mengaji menjadi waktu bersembang dan melencong ketempat lain. Akhirnya tak habis mengaji dengan Mumy.

Guru mengaji ketiga pula ialah guru mengaji kepada anak saudara akak. Beliau dikenali sebagai Mak Engku. Orangnya lembut dan tinggal sendirian. Mengambil upah mengajar mengaji dari rumah kerumah. Selalunya bila Mak Engku tiba dirumah, beliau sering kena menunggu anak murid yang degil ini bangun..mandi dan bersiap... masa banyak terbuang... Akhirnya tak selesai jugak mengaji dengan Mak Engku.

Sewaktu tinggal bersama keluarga angkat pula, kami mengaji dengan seorang Ustaz yang datang kerumah. Dengan beliau juga tak habis belajar. Kemudian dengan pembantu rumah orang Indonesia yang bekerja dirumah keluarga angkat... pun tak habis juga...

Dalam pada itu akak sudah mengenal huruf lalu akak pun mengaji sendirian. Sewaktu ingin menunaikan ibadah haji dalam tahun 1992, sempat juga akak membuat majlis Khatam Quran sempena kenduri doa selamat. Lebih kurang sahaja bacaaannya.

Sewaktu akak tinggal di Pulau Pinang, akak dapat belajar mengaji dengan Mak Tok iaitu Pn Hajjah Jamaliah. Beliau membuka kelas mengaji di Surau Bukit Dambar. Tapi akak sering mengelat dari pergi mengaji. Patutnya jangkamasa yang diambil dah mencukupi untuk Khatam bersanad dengan Mak tok tapi banyak godaan lain yang membuatkan akak walau dah sampai depan surau nak mengaji tetapi bila dah singgah warung nasi lemak Ani dan bertemu dengan kenkawan.... habis rancangan nak mengaji. Dah duduk2 dengan sarapannya... lansung perut dah kenyang dan malas nak mengaji...

Pernah juga Khatam sendirian tanpa bersanad... Sanad ertinya membaca dengan berguru yang bersanad dengan Imam-imam yang dikenali. 

Akhirnya dengan dorongan seorang kawan baik, akak dapat belajar mengaji dengan kumpulan yang sama-sama berlumba-lumba hendak Khatam. Dengan sikap Istiqamah, Sabar dan Ikhlas yang Ustazah Ina berikan... Insya'Allah... akan berjaya juga rasanya akak Khatam bersanad akhirnya....

Ustazah Ina sudah memberikan satu tarikh untuk Majlis Katam Al Quran akak iaitu 24hb Mei 2012.. Sekarang akak sudah juz 15.. lagi 15 juzuk nak khatam...


Kena pulun habis2an ni....
Persoalannya... bolehker????

Katakan BOLEH

1st time berazam setelah sekian lama tak menggunakan perkataan AZAM...








Thursday, April 26, 2012

333 ~ Rehat...






Bila rasa bosan... penat...
eloklah beli yg ini...
Eskrem Magnum..
akak suka yg classic..
Qeeb suka yang chocolate truffle...

### KOG mesti cakap dalam donia ni mesti akak sorang suker yang classic... Kan???

332 ~ Apa nama dan nak masak apa???



First time nampak ikan pelik ni kat supermarket dekat rumah...
Pernah gi Pasar besar, pernah gi memancing kat laut dan lombong... pernah tgk macam2 ikan tapi inilah pertama kalinya nampak ikan ni...

Nampak memang sangat pelik... takder sisik... kulit licin...
mmg tak tergamak nak makan...

Tapi

Sapa tahu nak masa apa dan apa nama ikan ni...

Jom kita fikir-fikirkan...




Tuesday, April 24, 2012

331 ~ 5 dah lepas... tinggal 2 saja lagi...


Sepanjang 2 bulan ini... kami menyambut majlis Khatam Al Quran Bersanad seorang demi seorang. Kumpulan mengaji kami yang terdiri dari 7 orang... yang sudah Khatamnya 5 orang dan masih berbaki 2 orang. Insya'Allah... pada bulan hadapan... seorang lagi teman akak akan menamatkan pengajian Al Qurannya dengan bersanad.

Ini adalah teman-teman sepengajian...




Dimulai dengan Majlis Khatam Al Quran Kak Long iaitu Kak As..




Diikuti dengan Kak Ngah iaitu Liza..




Kak Teh @ Ina...




Kak Yong kami iaitu Kak Ani menyusul..




Adik Bongsu kami Noly




Majlis yang berikutnya adalah saudara kembar akak iaitu Kak Der Bib... dah akhir sekali... ehem-ehem...
tak lain dah tak bukan.... RTK....@ Kak Lang...

Alhamdulillah...
Berkat ketekunan dan Istiqamah Ustazah kami Ustazah Aslina.. kami dapat menghabiskan Khatam Al Quran bersanad kurang dari setahun.

Selepas ini kami akan meneruskan pengajian dengan membaca Al Quran Wakaf yang lain pula.
Insya'Allah.

Monday, April 23, 2012

330 ~ Kenangan lama...



Bila bercerita mengenai Gripe Water... terus teringatkan masa kecik2 dulu akak sering diberi makan Waterbury's Compound. Tak tahu kenapa tapi memang berganti2 botol akak diberi makan sesudu setiap hari. Mana Arwah Mak dapat petua suruh bagi anak dia tak tahulah.... Apapun... ini membuatkan akak makin rindu pada Arwah Mak yang membela akak bagai menatang minyak yang penuh. Setiap apa jika ada yang bagi saranan baik untuk tumbesaran anaknya ini... maka itulah yg akan di usahakan berikan pada anaknya.

Hanya ALLAH Snw sahaja yang dapat membalas segala jasa budi baik arwah mak yg telah membela akak dari sebesar dua jari hinggalah sampai akhir nyawanya.....





Sesudu Scott's Emulsion juga diberikan setiap hari...
selalunya lepas bangun pagi dan setelah mandi mak akan suapkan...
selalu akak mintak lebih..
akak suka yg warna putih...
macam rasa berkrim...




## Sempena memori Arwah Emak yang pulang kerahmatullah pada 9hb Mei..

Sunday, April 22, 2012

329 ~ Macam tak percaya... tp dah percaya






Malam semalam, balik dari makan-makan di Nilai... belum pun tiba rumah, perut dah rasa semacam... tapi okay jugak ingatkan bila dah masuk WC akan okay... tapi sakitnya berterusan hinggalah waktu hendak tidur malam tadi.

Ada seorang doktor yang tak on-call tetapi sentiasa on-call  24/7  di rumah kami... telah memeriksa dan mengatakan pesakit ini perlu minum prune juice... tapi dah malam... kedai or pharmacy pun dah tutup...

Akak tetap rasa sakit tak selesa... dah cuba masuk WC masih tak berkesan... Memang sangat sakit. Tak tentu rasanya... Lama jugak memikirkan apa nak buat. Ada terlintas nak ke hospital ambil ubat .. tapi macam malas sangat dah... 

Akhirnya.... teringat ada sesuatu yang pernah terjadi waktu anak pertama dulu.

Anak pertama pernah menangis pada tengah malam dan puaslah dipujuk tetapi tidak berhenti... berguling2 dia menangis bagai sakit di bahagian perut. Kami akhirnya membawa anak pertama ke Hospital Kuala Lumpur. Jumpa dengan doktor yang bertugas, doktor bagi Dentinox.. bagi sesudu Dentinox.. anak pun terus diam.

Terus akak sms anak kedua supaya turun kebawah dan ambilkan ubat ini... Sebaik minum 2 sudu makan ubat ini... perut rasa sangat lega dan dapatlah tidur dengan nyenyaknya...
-Sleep like a baby..-
Heh..heh..heh...

Ingatkan sesuai untuk baby sahaja.....



GRIPE WATER



328 ~ RTK bawa keluarga JJCM


Ini adalah kali ketiga RTK kemari... pertama dengan Ustazah Aslina... kedua dengan beliau juga tapi kereta dipandu oleh my kembar... ketiga dengan family.
Bila kali pertama dan kedua ada Ustazah Aslina... akak tak ambil pusing sangat mana simpang yg perlu diambil... sibuklah berborak tak sedau hengat... Hmmmm walaupun kampung tersebut adalah kampung akak... tapi melalui tol Nilai yang baru menuju ke pekan nilai... bukan sesuatu yg biasa. Tol Nilai lama terus masuk pekan Nilai tapi tol yang baru ni agak payah juga (buat orang tak biasa). Tapi Alhamdulillah.... dah namanya kampung kita... jumpa juga akhirnya....

Jurufoto ramai... tak perlu mencari2 pelayan kedai untuk ambilkan gambar...





Sambil menanti hidangan yang dipesan siap masak
( Yang menjadi lauk2 disini sedap adalah.. masakan dimasak sebaik kita order...)





Lauk yang menjadi pilihan RTK...
Gulai Lomak Tompoyak Ikan Jenahak dengan pucuk ubi...




kerabu pucuk paku dengan kerang




Sambal Udang Kertas




Ayam Kampung goreng




Ikan kembong masin




Sambal Belacan




Selesai sudah...
gulai yang berbaki tapau bawa balik...





Verdict:

Seisi keluarga menyukai masakan tersebut
memang akan datang lagi...

Thursday, April 19, 2012

327 ~ Bunga di Taman



Waktu di Aunty Aini's selasa lalu... sempat lah menembak-nembak sementara menanti makanan sampai.... 

baru ku tahu bunga ni berbunga lagi cenggitu....




begini pulak rupanya bunga ni...





yang ni camni pulak..




yang ni berkumpul kat dahan cenggini...




e'eh.. dia keluar lak cenggitu...




kecik2 dulu suka cabut bunga ni buat jadi ulat bulu...




lama tak nampak bunga ni... tah apa nama dah lupa...



yang ini jer tahu nama... bunga raya.....



cantik konsep kolam ini...





pssstttt... dua bunga ini RTK tahu namanya...
tapi ditanam di taman larangan...
qiqiqiqiqiqiq.....




sajalah nak share bunga2 yang cantik berkembang di taman Aunty Aini's...

Wednesday, April 18, 2012

326 ~ Tak Berhalus Lansung....



Rojak ni di potongnya buah tu seketul-seketul besar2... nak makan kena potong dua baru masuk mulut... Mula ingatkan budak lelaki muda yg buat kerja... rupanya pompuan berumur yg potong cenggitu... Memang lah hari ni hari terakhir makan rojak ni kat sini...
FIL akak guna ayat 'tak refined' pada org yg begini.....






Nak sejukkan hati akak pekena ais sagat dengan sirap...



Tuesday, April 17, 2012

325 ~ RTK JJCM


RTK bukannya Rabu Tanpa Kata... Ianya ada Rahmah Tunku Kahar... (adalah seorang teman dah menggelarkan akak cenggitu.... jadi suka pula... so nama RTK dah jadi selesa pulak...)





Ke Nilai... Dahulunya adalah kampong tempat akak di daftarkan selepas lahir.
(Panjang citernya... kena buat satu entry 1001malam....)





Menu kami sama seperti kami makan dahulu...




Kelaparan sudah...
memang dah janji jangan breakfast dahulu..
(tapi sekeping roti canai selamat masuk perut...)




Ustazah Ina yang anggun...
di 'kidnap' kerana beliau minggu ni sibuk nak menghabiskan pengajian seorang muridnya...



My kembar tak sama...




Masak Lomak Ikan Jenahak dengan Tompoyak dan pucuk ubi..
Memang tersodappppp...




Tolur itik masak lomak...


Ayam kampung goreng...



Kerabu campur...




Sambal belacan...

Kami terlupa ikan masin...




Cukup terliur kan??
Nombor talipon dah beri... call lah.. nanti boleh makan disini...
nak bawak akak pun boleh...
( pending kelulusan dari my other half jugak... dia benarkan... i pergi...qiqiqiqiqiqi)






324 ~ Beranak Lagik????









Jika sekiranyalah kucing pun dikenakan zakat masa Hari Raya Aidil Fitri... harus setiap tahun bilangan dan jumlah zakat kami bertambah-tambah...(Mudah-mudahan rezeki juga ditambah....).. kerana kucing yang asal kami bela... kerjanya dalam setahun 2 kali beranak... setiapkali beranak keluar 6..4..6..3..6..4.. ( Hahahahaha.... peminat nombor ekor macam uncle kat dialysis tu sure minat nombor ni...)

Baru ni beranak lagi.... keluar 4 ekor... 3 putih dan seekor belang...

Anaknya batch pertama dulu dah beranak dah... anak yang batch kelima pun dah nampak dah cukup umur nak beranak jugak... dah tak terkira jumlah kucing dirumah ni....

Bila dah sayang.... bela jer semua....

Saturday, April 14, 2012

323 ~ N3 Special ~ Menara Kuala Lumpur



Petang semalam ada Faculty Dinner di KL Tower. Kami berkumpul di Lobby Hotel Hilton, KL Sentral dan kemudiannya di bawa dengan bas ke KL Tower. Memandangkan keadaan jalan yang sesak selepas waktu pejabat dan selepas hujan... perjalanan kami ke KL Tower di iringi oleh Polis Trafik... Terasa teruja sangat... Selalu nampak Polis Trafik menghalang kita.. sekarang kenderaan lain pula yang dihalang... Heh Heh He... 

Sempat ambil gambar polis trafik tersebut...








Polis Trafik sedang memberi laluan kepada bas kami untuk berlepas.




Kesesakan petang semalam di Jalan Tun Razak.





Baru teringat akak dah 16 tahun tidak kemari.
Akhir sekali kemari pada tahun 1986 sewaktu meraikan majlis harijadi FIL.
Anak kedua Qeeb masih dalam hari lagi...





Di Restoren berputar..
Atmosphere 360




Awalnya meja kami membelakangkan KLCC




My faberet Udang Butter...




Ambil jugalah Raw Oyster 3 sahaja...




Cuba jugak Mee Rebus nya..




Selepas sejam berputar kita dapat balik kedudukan asal..







Menara KL dari bawah...