Monday, February 13, 2012

286 ~ Bertemu Kawan Lama yg Dah Lama Tak Bertemu..


Seperti yang akak dok heboh-heboh kat blog ni.. akhirnya semalam tercapailah hajat nak berlawan boling antara senior dan junior bekas pelajar sekolah kami. Ramai jugak yang turut menyertai dan ada juga yang datang semata-mata hendak bertemu dengan kenkawan lama... Rindu sangat dah pun... Almaklumlah...
dah lebih .... tahun... (jika akak sebut berapa tahun kami berpisah tak jumpa.. di kuatiri akan naik rashes habis badan akak nanti.....) Kih Kih..Kih...

Sebelum perlawanan sempatlah bergambar beramai-ramai.... memang sporting habis semuanya...

Gambar masa perlawanan ada juga.. tapi hmmmm... memang nampak macam gempaq jer akak datang dengan bawa bola sendiri dan kasut sendiri.. tapinya... Nak bagi bola tu mencecah Pin di sana nun memanglah tidak sekerap kawan2 yang pakai bola Ampang Bowl... Kebanyakan hayunan bola-bola akak dengan meriahnya masuk ke dalam longkang dan jika kena pada pin pun tidaklah menaikkan mata... 
Antara lainnya.... persembahan dari teman-teman yang lain sangat hebat melainkan permainan akak... 
Habis semua skill yang akak belajar bertahun dulu... 

Macamana sudahnya nih?? Bola dan kasut dah ada... nak teruskan main ataupun berhenti? 
Dilema ni...





Inilah teman sebaya akak yang dah lama akak tak bertemu...
Yang di tengah itu adalah Puan Zaidatul... (Now u alls mesti dah dapat agak kenapa nama anak akak Mar'Iyatul.... hihihihihi.....)
Yang bertudung biru tu Puan Roslina...
Jumpa semula kami semalam dan selesai main bowling kami menuju ke AEON Jusco Taman Keramat. Solat dan sambung borak sampai pukul 5 ptg.
- Jika nak berjanji lagi jumpa pun tak tahu bila ada kesempatannya...

Thank you Zai dan Nana....








6 comments:

  1. bagi IM, aktiviti bowling baik untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan keluarga belum buat lagi.. rasanya nak buatlah.. bagus jugak idea tu...
      terima kaseh IM...

      Delete
  2. teruskan! polish balik skills lama, pertandingan boling akan datang, nanti prestasi menjngkat. saya tak pernah cuba, bolanya berat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK Madora... akak cuba berlatih dengan kawan yg terrer.... biar berbaloi keluar duit beli bola dan kasut... ekekekekeke. Jangan sampai demam urat sudah...

      Delete
  3. kire terer lah tu kak kalau nak banding dgn saya ni!

    last time saya main boling, kuku saya patah! mungkin jagi terlebih gemuk kot! heheh.

    lepas tu kalau ada tournament boling saya jadi MC je. hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB..
      kelakarlah u ni....
      ingatkan jari yg patah... setakat kuku tu apalah sangat... kihkihkih....
      Mesti suara sedap ni... sebab tu boleh jadi MC...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata