Friday, February 17, 2012

290 ~ Pahala Mengucapkan Salam.





Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...

Semalam Ustazah Aslina memberitahu mengenai Kelebihan memberi salam. Dan adab-adab bersalam.

1.  Bila bersalam kita hendaklah renung/pandang wajah orang yang kita salam itu -
     Jangan sekali bersalam tapi mata kita tidak memandang orang yg kita salam...
     sibuklah mata kita memandang tempat lain...

2.  Jabat tangan dengan sepenuh2nya... tidak hujung-hujung jari sahaja...

3.   Jika sedang pegang kunci kereta, harap letakkan kunci kereta dahulu...

Dan jika memberi Ucapan Salam hendaklah sebut penuh.

Jika sebut  Assalamualaikum sahaja... dapat 10 markah...
Jika sebut Assalamualaikumwarahmatullah  .. dapat 20 markah..
Jika menyebut Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakaatuh .. dapat markah penuh... 30 markah..

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.

Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakaatuh KAK MAH.

    Terimakasih berkongsi info. Saya pun dah lama mulakan setiap entri saya dengan salam.

    Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh Azie..
      Ada info yang berguna dikongsi akan akak kongsi sama-sama...

      Delete
  2. Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakaatuh
    akak,
    saya mimpi akak! rindu la.
    thank you share ilmu.
    cantik rumah ustazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullahhiwabarakatuh Madora...
      U mimpi akak? Hmmmm sebab akak femes sangat kot... ekekekekeke....
      akak akan sama-sama kongsi apa yg akak pelajari...
      ( Itu rumah teman mengaji... Pn Sri Norazliza...)

      Delete
  3. Replies
    1. Waalaikumusalamwarahmatullahhiwabarakatuh...

      Delete
  4. salam dan senyum seiring, tapi kekadang kita terlupa nak mengamalkan betul tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      Insya'Allah... selepas kita mengetahu kebaikannya... kita pasti akan cuba mengamalkannya...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata