Tuesday, February 28, 2012

298 ~ Mushkil..




Tak puas-puas rasanya menatap photo ini...

Ekpresi wajah masing-masing....

Terkejutkan apa?
Memandang kemana?
Apa yang difikirkan?




RTK yang turut berada di situ pun tertanya-tanya apakah puncanya jadi begitu........

Kadang-kadang menatap gambar saja boleh menceritakan berbagai-bagai kisah....


( Tahniah Ida... menangkap momen ini.... )

297 ~ Strategi Baru...


Untuk nak elakkan kepala serabut daripada kena jem yang teramat dahsyat sewaktu nak keluar rumah ke opis pagi-pagi... RTK mesti keluar rumah seawal 655pagi... tiba bulatan Pesiaran Bangi pukul 702pagi...





Jalannya tidaklah begitu sesak...
Kiranya tak lama tersangkut dibulatan nun...
Sebelum pukul 730pagi RTK dah tiba opis... dengan selesanya...




Tapi..
jika RTK ambil laluan Silk Highway..
lepas Tol Sg Ramal...
akan berdepan dengan masalah ini...
tiap-tiap pagi...



Penyelesaiannya..
Keluar awal..
Lalu jalan dalam...
Daaaa....

Sunday, February 26, 2012

296 ~ Balik ke Sekolah....


Pagi-pagi kami dah berkumpul di sekolah lama kami... Teman-teman dah siap menunggu dari awal lagi. RTK tak mahu tunjuk Xcited sangat.. datang lewat dari yg dijanjikan. Mujur tak kena tinggal dengan depa... ekkekekeke.....

Dahulunya nama sekolah kami Sek Men Keb Kg Baru, Jalan Stony, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1983, nama sekolah kami bertukar.




Kami bersarapan di gerai sahabat kami Alfiah Lontong, Pasar Minggu Kampong Baru.
Naik satu kereta beramai-ramai.




Makan sambil berborak tak Sedau Hengat...
segala Alhikayat keluar pagi ni...




Lontong Alfiah di taja oleh Alfiah...
Siap order kuih lopes lagi...




Kemudian kami pulang semula ke sekolah bertemu lagi teman yang datang terus ke sana...




Bergambar kenangan di gelanggang perhimpunan setiap minggu.
Teringat kembali RTK ditugaskan gurubesar untuk menyediakan dan memasang wayar untuk kelengkapan peralatan pembesar suara sewaktu perhimpunan.




Rindu kami hendak beratur seperti dahulu.




Usik mengusik..
Mengenang kisah di gelanggang...




Bergambar depan makmal pertama kami..
1st time kenal apa itu Lab waktu tingkatan satu.




Semua yang hadir pada hari ini.




Harus kami berkumpul lagi nanti di sekolah ini.
Banyak yang perlu kami lakukan buat sekolah ini dan teman2 kami yang pernah sama-sama bersekolah di sini...

Saturday, February 25, 2012

295 ~ Biarpun Demam.. RTK tetaplah....



RTK ( Hahahaha... rasa lagi glamer guna nama ni dari panggilan akak... khen????) kalau nak baca.. baca 'Rahmah Tunku Kahar'.. Okay?

Sejak semalam RTK demam selsema. Doktor yang duduk serumah dengan RTK (dan namanya yg jadi K pada huruf RTK ) bagitau RTK demam virus. Jangan kemana-mana, pesan doktor tu.. Makanya taklah kemana-mana...

Nak sarapan tak tahu nak makan apa. Ada somebody dah bgtau dia buat  Meehoon goreng untuk sarapan. RTK sedang golek2 atas katil masa tu. Lepas tu terlelap... siap bermimpi keluarkan daging dan rendam sebab nak buat mee hoon. Mee hoon pun dah nak rendam.. tapi masa tunduk nak ambil besen bawah sinki terus terjaga.... Hmmmmmm... apalagi bingkaslah bangun. Turun bawah keluarkan daging dan udang... rendam mee hoon...

Akhirnya dalampada demam-demam dan sakit urat dahlah masak mee hoon goreng. Entahmacamana sedaplah pulak... Alhamdulillah...







Siap dengan cili kicap..



Perut dah kenyang... Mata berat semula. Nak pekena panadol dan Booommmmm zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........


Daaaaa.....

Thursday, February 23, 2012

294 ~ Dah namanya Rahmah... memang peramah...


Sebab namanya pun Rahmah... naklah bagitau kat sini walau takder yang bertanya... Jika sekiranya teman2 blogger akak ke Hong Kong... janganlah terkejut seandainya menerima wang yang serupa tapi berbeza nama Banknya..( Pengeluarnya..) kekdahnya... Misal kata wang kertas kita ada tulis BANK NEGARA MALAYSIA tapi wang kertas Hong Kong ada beberapa bank yang mengeluarkannya...



Ada yang di keluarkan oleh BANK OF CHINA




Ada yang dikeluarkan STANDARD CHARTERED BANK




Dan ada pula dari THE HONGKONG AND SHANGHAI BANKING CORPORATION




jika seandainya kenkawan mendapati dalam tukaran wang kenkawan ada ketiga2 nama Bank ini.. janganlah panik kerana menyangkakan wang palsu... relax... teruskan transaksi... ehhehehe.... shopping jangan tak shopping...

tapi...
sekiranya dapat matawang Hong Kong tapi ada pulak tulis BANK NEGARA MALAYSIA... hmmmm memang sah-sahlah wang palsu... memang tak boleh guna. Jangan berani pulak nak guna sebab hukuman penjara bagi yg menggunakan wang palsu untuk transaksi memang jawapannya ke penjara...


Sahajalah pesanan dari orang yg tak pernah ke Hong Kong pun... qiqiqiqiqqi...

293 ~ 4 hari punyer citer...


Sibuk sangatlah kenkononnya sepanjang minggu ni. Dengan itu dan dengan ininya... Sepanjang minggu ambil kontrak jemput anak pulang sekolah petang... Aduhai.. Ini yg paling malas sekali kena keluar petang-petang dan sama-sama alami kesesakan lalulintas... 

Budak tingkatan satu ni dah kena pakai cerminmata. Rupa2nya mata sebelah kirinya sangat memerlukan bantuan cerminmata. Sekarang dia dah lega tak perlu kecilkan mata lagi bila menonton TV.




Paling tak suka bila kena menunggu di lampu merah...
lagi tak suka bila ada orang yg tak faham makna beratur, masuk ikut suka depan kita...




Kedai perabot depan rumah kami..
bila berhenti di lampu isyarat mengadap kedai perabot ni macam2 cerita keluar..
Ain suka set bilik tidur yang ada bunga-bunga..
Qeeb mengidam nak beli buaian rotan..




Siti Fatimah Azzahrah menyambut Hari Lahirnya pada 21hb Febuari lepas..




pssssttt... dia tak mintak pun hadiah tu...
tapi kan... dia dapat hadiah Ipad..
eeeeeee....
kita sangat jelezzzz...
umur 18 dah dapat iPad...
( Tak payah mintak2... tak payah hint2... )




Hmmmmm....
penat dah nak citer...
( Ekceli.. masih jelezzz ni...)

Tuesday, February 21, 2012

292 ~ Faberet Makanan RTK..


Antara makanan yg jadi faberet RTK..

Nasi campur Asam Pedas Ikan Pari di Kantin Hospital Serdang...
( RM4.50)




Mee Hoon Sambal Sotong West Country..
(RM2.50)




Ketupat Palas
Bawah Tangga,
Warta Bangi.
(Sebiji ketupat palas .60sen)




Rendang Tok Bawah Tangga,
(100gm Rendang Tok RM6.00)
Warta Bangi.




Hmmmmm....
Takder idea nak citerlah asalnya...
kumpulkan gambar dah lama...
Selamat menjamu MATA....

## Baru nak golek2.. Ustazah depan rumah dah panggil Ngaji...
Daaaaaa....

Sunday, February 19, 2012

291 ~ Rahmah Tunku Kahar (RTK) melaporkan....



Akak memang selalu pergi Jalan-Jalan Cari Makan... Baru-baru ni ada seorang teman telah menggelarkan akak dengan nama  ' Rahmah Tunku Kahar'. Awalnya tak perasan jugak... Rupanya kena mengena dengan Maria Tunku Sabri pengacara asal JJCM. Hahahahaha.... not bad jugak....

Semalam akak dan seorang teman telah mencuba Oglio Olio di Secret Recipe. Secret Recipe baru menambah hidangan baru untuk pelanggan... dan Tom Yum Kung yang tersohor tu tiada buat sementara kerana bekalan udang yang terputus ( Udang dah banyak digunakan.. kena tunggu anak udang membesar...)

Agak mengecewakan kerana rasanya agak pedas. Dan penggunaan Lada Bengal merah ( Red Capsicum) berlebihan sangat. Jika hendak Oglio Olio yg sedap adalah di Delicious.... Hmmmmm teringat-ingat pula.





Tapi mujurlah Air Tembikainya memang sedap....
menolak turun Oglio Olio dari sangkut tekak terus ke perut...




Demikianlah lapuran dari Rahmah Tunku Kahar.

Friday, February 17, 2012

290 ~ Pahala Mengucapkan Salam.





Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...

Semalam Ustazah Aslina memberitahu mengenai Kelebihan memberi salam. Dan adab-adab bersalam.

1.  Bila bersalam kita hendaklah renung/pandang wajah orang yang kita salam itu -
     Jangan sekali bersalam tapi mata kita tidak memandang orang yg kita salam...
     sibuklah mata kita memandang tempat lain...

2.  Jabat tangan dengan sepenuh2nya... tidak hujung-hujung jari sahaja...

3.   Jika sedang pegang kunci kereta, harap letakkan kunci kereta dahulu...

Dan jika memberi Ucapan Salam hendaklah sebut penuh.

Jika sebut  Assalamualaikum sahaja... dapat 10 markah...
Jika sebut Assalamualaikumwarahmatullah  .. dapat 20 markah..
Jika menyebut Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakaatuh .. dapat markah penuh... 30 markah..

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.

Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.

Thursday, February 16, 2012

289 ~ Masuk Paper... Eeeeeee... Rasa Glamer...







Seronok bila ada orang mms keratan berita ini...
 Lepas tu pulak ada orang call bagitau... " Muka u masuk paper la..."
( Padahal tak bagitau dia pun tapi dia kenal ....)

eeeeee.... glamer kejap.

Daaaaa...
( Nak sediakan pen.. kot2lah ada yg datang nak minta Otograp...)

Wednesday, February 15, 2012

288 ~ Lauk Org Paling Mmmmm....ls...







Dah banyak kali dengar tapi tak pernah cuba..
semalam pergi pasar.. beli tempe..

Balik dialysis hari ni.. terasa dah kat tekak nak masak lauk ni...

Tempe goreng dahulu...
kemudian potong cili dan bawang besar...
titikkan kicap pula...

Makan dengan nasi panas2...
Berselera.....


Tuesday, February 14, 2012

287 ~ KebunKu Yang BerEkar-Ekar Besarnya....



Bila cuti tak ke opis.. banyaklah masa akak di rumah.. Hik Hik Hik.. 
Pagi2 dah pergi pasar dan bersarapan. Tapi semua ahli rumah demam selsema jadinya takderlah pembantu yang boleh membantu. Dah orang demam meminta Bubur Ikan dan Ayam Masak Kari... Akak pun ke pasarlah jugak.. Pagi2 Ustazah Ina dah mengajak breakfast.. makanya kami ke pasar sama-sama...

Lepas sarapan, kami beli barangan yang perlu. Balik pasar terus siap2 masakkan bubur untuk orang demam. Akak pun dah mula rasa nak demam tapi sebab dah satu rumah demam..(mujur Bibik tak demam jugak) akak postponed hingga waktu membolehkan akak demam... hikhikhik... Tapi bila dah rasa nak tumbang, tumbang jugak...

Sedang duduk2 kat luar rumah bahagian dapur.. akak intailah pokok Mangga Nan Sebatang yang berekar-ekar tu kot-kotlah dia ada rasa nak berbunga dan berbuah untuk tuan pokok... Hmmmmm Hampeh.... apa pun tak nampak lagi.

Pandang tepi pagar nampak Entah Apa nama Pisang dah berbuah sampai dua tandan.. Tapi jenis pisang yg tak berisi... tengok jer ler buahnya berbulan2.. tetaplah besar itu juga... Pisang bunga ker???




Nampak macam pisang biasa tapi isinya kecik lah sangat...
Memang dah pernah berbuah tapi isinya tak boleh makan....
Nak ditebang... sayang pulak..




Pokok Mangga Chukanan yang rajin berdaun tapi belum berbunga...
Masa berbuah tahun lepas... rasa mewah jugak buahnya dengan manisnya.. harumnya...




Pucuk Ubi dah boleh ambil..
Bibik kata ubinya dah ada...
tapi adalah seketul dua tak baloi ambil...

Pucuk Betik pun nampak banyak juga...
Ha ha ha..
Boleh buat Kerabu Pucuk Betik...

Akak pernah beli anak pokok rambutan, pulasan, jambu air dan jambu batu.. tapi rasanya tanah di situ tak sesuai. Pokok2 tersebut mati dan akak cuba jugak beli anak pokok Manggis... Akhirnya mati jugak...
Terpikir jugak nak panggil pegawai pertanian or Mardi buat penyelidikan tanah yang sesuai untuk pokok apa... ( Ahaks... memang kena ketawa dengan pegawai Mardi tu... dahlah tanah sekangkang kingkong... tak Sedau Hengat  nak panggil depa buat penyelidikan....)

Kira-kira kebun belakang rumah ni best jugak yer???



Monday, February 13, 2012

286 ~ Bertemu Kawan Lama yg Dah Lama Tak Bertemu..


Seperti yang akak dok heboh-heboh kat blog ni.. akhirnya semalam tercapailah hajat nak berlawan boling antara senior dan junior bekas pelajar sekolah kami. Ramai jugak yang turut menyertai dan ada juga yang datang semata-mata hendak bertemu dengan kenkawan lama... Rindu sangat dah pun... Almaklumlah...
dah lebih .... tahun... (jika akak sebut berapa tahun kami berpisah tak jumpa.. di kuatiri akan naik rashes habis badan akak nanti.....) Kih Kih..Kih...

Sebelum perlawanan sempatlah bergambar beramai-ramai.... memang sporting habis semuanya...

Gambar masa perlawanan ada juga.. tapi hmmmm... memang nampak macam gempaq jer akak datang dengan bawa bola sendiri dan kasut sendiri.. tapinya... Nak bagi bola tu mencecah Pin di sana nun memanglah tidak sekerap kawan2 yang pakai bola Ampang Bowl... Kebanyakan hayunan bola-bola akak dengan meriahnya masuk ke dalam longkang dan jika kena pada pin pun tidaklah menaikkan mata... 
Antara lainnya.... persembahan dari teman-teman yang lain sangat hebat melainkan permainan akak... 
Habis semua skill yang akak belajar bertahun dulu... 

Macamana sudahnya nih?? Bola dan kasut dah ada... nak teruskan main ataupun berhenti? 
Dilema ni...





Inilah teman sebaya akak yang dah lama akak tak bertemu...
Yang di tengah itu adalah Puan Zaidatul... (Now u alls mesti dah dapat agak kenapa nama anak akak Mar'Iyatul.... hihihihihi.....)
Yang bertudung biru tu Puan Roslina...
Jumpa semula kami semalam dan selesai main bowling kami menuju ke AEON Jusco Taman Keramat. Solat dan sambung borak sampai pukul 5 ptg.
- Jika nak berjanji lagi jumpa pun tak tahu bila ada kesempatannya...

Thank you Zai dan Nana....








Saturday, February 11, 2012

285 ~ Esok - Boleh atau Tidak....



Esok 12hb Febuari, sekumpulan kecil bekas pelajar Sekolah Menengah Keb Kg Baru 81 dan 82 hendak mengadakan Perlawanan Boling Persahabatan antara para Senior dan Junior. Disamping itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara kami bekas pelajar.

Akak dah bersetuju untuk turut serta kerana waktu bekerja dahulu pernah bermain sesama rakan sekerja. Siap ada coach sendiri lagi.. Kira waktu tu memang keraplah bermain Boling. Jika bertemu kawan pun kami akan  membuat janji temu di gelanggang boling... tapi sekarang dah kurang bermain. Umur pun dah tak berapalah nak muda dan tulang tak berapalah nak kuat. 2minggu lepas cuba bermain... memang nampak sangat kemerosoton tahap permainan akak. 

Melalui Ipad, akak sering menghiburkan hati dengan bermain games boling. Dapatlah juga 'The Feels' waktu nak hantar bola. Adalah jugak merasa masuk 'Longkang'...




Lihat mata akhir 'score board'.. ada Double Strike...
hehehehe...
Esok jika dapat sekali Strike pun dah kira Bonus besar... hehehehehehe...
dan siaplah hari Isnin nanti sakit2 segala badan dan urat saraf...




Bola dan Kasut dah sedia tu...
Lagak macam pemain pro...
Bakal dapat anugerah 'Pemain Yang Paling Kurang Jatuhan Pin'...



Thursday, February 09, 2012

285 ~ Sambutan Maulidur Rasul..




Alhamdulillah...
Sempena Maulidur Rasul.. kami anak murid Ustazah Ina turut bersama mengadakan majlis Maulidur Rasul di rumah Hajjah Norliza Aida.
Menghayati sifat dan peribadi Baginda s.a.w. dan menghayati kelebihan berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Turut  berselawat ke atas Nabi Muhammad beramai-ramai.






Sekali lagi kesemua anak murid Ustazah Aslina bergabung untuk menjayakan majlis Maulidur Rasul.



284 ~ Info sama-sama Kongsi Yer...




Terowong Smart Tunnel


Jarak dari mula bayar Tol ( depan TUDM Sg Besi ) hingga ke luar di Jalan Tun Razak.. 

ialah...






4.7km..






( Hari Ahad lepas rajin  dan baru teringat nak ukur....)

- sajalah nak kongsi.. sebab ada yang teka 2km.. ada yang teka 1 km...