Sunday, June 26, 2011

1070 ~ Jumpa PM... tak main-main...


Sebagai memenuhi jemputan yang diterima suami akak, kami keluar awal sebelum maghrib menuju ke Hotel One World di One Utama... Akak yang kebetulan puasa membawa bekal nasi dan air untuk berbuka. Lauk yang telah mengalahkan offer suami akak untuk membelikan burger Mc D adalah lauk ikan sembilang masak lomak cili api dengan mangga. Sudahlah malam sebelumnya akak tak berpeluang nak mengulang makan lauk tersebut kerana keluar meraikan teman yang datang dari Oman dan kami keluar makan, dan sepanjang hari semalam akak puasa... lauk tersebut menggamit meswa meminta akak menghabiskannya juga tak boleh tidak...

Goyang gambar sebab kereta sedang bergerak laju menuju Hotel One World.

Hmmmm... tersangat nikmatnya berbuka nasi berlaukkan masak lomak cili api. Airnya pula air teh o panas-panas... Alhamdulillah..Nikmatnya...



Setiba di Hotel, kami menunaikan solat Maghrib dan mendaftar diri untuk masuk ke dewan utama. Kelihatan sungguh berbeza dari majlis perkahwinan yang akak hadiri sebelum ini walaupun diadakan di hotel. Yang ini memang penuh dengan protokol yang ketat.
Rupa-rupanya tetamu VVIPnya adalah Sultan Pahang dan Perdana Menteri Malaysia.



Hiasan bunga segar berupa sirih junjung. Cantik dan menggunakan Ros Kuning.



Akak cukup tertarik dengan lampu Chandelier dalam dewan ini.



Sudah kelihatan Perdana Menteri dan Sultan Pahang.



PM yang sangat mesra dengan tetamu.



Upacara merenjis pengantin yang dilakukan oleh PM.



Dekat pukul 1000malam jugaklah baru tetamu diberi makan. Mujurlah akak berbuka dengan nasi maghrib tadi... kalau tak... sure fengsan...



Pasangan Mempelai.
Bertugas sebagai Housemen di Hospital Serdang. Baru selesai pengajian di Russia.


Nampak tak tetamu yang berbaju melayu biru. Dia duduk betul2 di hadapan akak. Sebaik dia duduk dan memandang kepada akak, dia bertanya " rasanya kita pernah jumpa sebelum ini... di mana ya?...".. Lama juga dia memikirkan. Akak yang pernah juga melihat wajahnya rasa serba tak kena kerana akak pun tak boleh mengingatinya. Tiba-tiba, gadis sebelah beliau berkata..." Iyalah.. you nampak sangat familiar... macam my lecturer kat UM.. Prof Dato' Dr something..something...' Dan lelaki yang berbaju melayu biru terus meneka dengan yakinnya... " Iya.! You ni Prof Dato' Dr.. something-something.. You apa kabar???."... HAH! mujur masa tu kami belum makan... kalau tak mahu menyembor makanan dalam mulut akak.

Setelah akak menafikan... akak baru teringat Dato' yang berbaju biru itu. Dia bekas lecturer UPM yang sekarang dah memasuki bidang korporat. Selalu keluar di tv... Hehehehehe.... Siapa kenal siapa ni?. Nampaknya akak lagi terkenal dari dia.. hehehehe....-FERASAN jer lebeh...
Tapi, dua orang mengatakan yang serupa... akak cuma mendengar saja... I'm inesen.. i'm the victim actually...


Berkenalan dengan Puan Julaida dari Bukit Mahkota. Kami berjiran saja. Anak kami sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Jalan Empat. Anaknya di tingkatan 2. Yang bestnya Puan Julaida sempat berbisik dengan akak... " Maaf ya.. u ni ada Datin ke tidak.. maaflah i tak panggil u Datin.." Hah! lagi sekali akak nak tersedak.... Dalam hati nak menyebut jer.." Bukan.. I bukan Datin tapi my husband Tan Sri...".. Hehehehehe .... Memang sangat kelakar malam tadi...
Walhalnya baru kenal disitu tapi boleh berborak macam dah lama kenal. Namanya pun dah Rahmah.. mestilah peramah... kan?...



Kelihatan kebawah duli Sultan Pahang merenjis pengantin.
Sewaktu bapa pengantin memberi ucapan alu-aluan kepada kebawah duli.. beliau menggunakan ayat 'Pacal Didik Patik'... yang membawa erti anak saya... Banyak bahasa baru yang akak dengar semalam. Menarik sungguh.



Alunan suara dari Penyanyi Azie. Suatu waktu dahulu beliau menyanyi bersama Arwah Zubir Ali. Muzik di mainkan oleh suaminya Syed Sobri.

Lagu Tema Pengantin berarak masuk... Memang sangat merdu dibawakan oleh Azie.

Kaulah segalanya...


Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruska ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya
Chorus :
Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang





Syed Sobri turut menyumbangkan suara...
Sedap didengar.



Akak minat lihat bunga hiasan ini. Tapi kali ini bunga kain. Sewaktu majlis resepsi anak Dato' Dr Azmi di Hotel Grand Seasons.. sepenuhnya di gunakan bunga hidup. Memang sangat menarik.



Sempat juga akak ambil gambar bunga lili ini di Lobby hotel sewaktu pulang.



Acara berakhir pukul 1130malam dan kami pun tiba di rumah pukul 1215tengah malam...



Kaulah segalanya untukku...kaulah curahan hati ini....

LUEM

10 comments:

  1. InshaAllah..sikit jer lagi dpt lah title tuh..

    ReplyDelete
  2. Baca insiden “salah orang” tu memang kelakar. hehehehe.. aminnn.. mana tahu suatu hari nanti Akak dapat title “Datin”..

    Baru 2 hari sudah saya teringat penyanyi AZIE ini, yang berlesung pipit manis, berpisah dan berkahwin dgn penyanyi Syed Sobrie, tup tup hari ini Akak tulis nama dia. wahhh..

    Catatan Perjalanan (singkat): Alaaa... Seremban jer pon!

    ReplyDelete
  3. Azie...
    akak mmg minat dgn mereka .. dpt dgr suara mereka secara 'live' lg...
    psst.. mlm tu.. siti nurhaliza pun ada!

    ReplyDelete
  4. akak ni memang ada gaya dan intelek prof datuk dr :)

    ReplyDelete
  5. madora...
    Subhanallah....
    - :) - speechless....

    ReplyDelete
  6. best la kak orang pandang dan nampak macam gitu....eih...bukan calanag2 akak ni..! :D

    ReplyDelete
  7. gB...
    ekceli kan...
    - termalu2lah pulak....
    ehem..ehem..ehem...
    speechless.....

    ReplyDelete
  8. kisah ni ...buat saya tersenyum ....ragam manusia. tapi yang paling terlioq 'ikan sembilang lomak cili api'.....mengancaammm.
    teringat jiran org sri menanti n tampin masa duk seromban.

    ReplyDelete
  9. Ummi Nisaa..
    :)- tersenyum juga...
    Masak lomak mmg faberet saya... :)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata