Sunday, June 19, 2011

1062 ~ Sabtu - sangat Bizi....


Penat semalam tak terceritakan....
tapi sebagai kenangan untuk masa tua nanti, akak ceritakan jugak di sini....

Pagi-pagi semalam sebelum kemana-mana.... akak dan suami mencuba makan lontong di satu gerai di belakang rumah kami.... hmmmmm.... kesedapan dengan lontongnya....
Siap dengan sambal sotong lagi....
- naya sungguh... hari ni akak cuba puasa... tapi dok tengok gambar ni.... eeeeeeee..... menggoda...


Kemudian kami ke Hospital Putra Jaya. Adik perempuan akak sedang mendapatkan rawatan di sana. Kakak saudara pun kebetulan di rawat di sana. Hajatnya memang hendak melawatnya juga tapi bila dah bertemu dengan adik sendiri yang sedang sakit... masa lebih banyak diluangkan bersama adik. Tak sempat nak melawat kakak saudara kerana waktu melawat di Hospital Putra Jaya walau pada hari cuti waktu melawat tetaplah pukul 1200 tengahari hingga pukul 2 petang. DI Hsopital Serdang, jika hari cuti dan hujung minggu, waktu lawatan di lanjutkan dari pagi hingga pukul 730 malam....

Selesai di Hospital Putra Jaya, akak ke Shah Alam. Akak menganjurkan perjumpaan semula bekas pelajar sekolah akak di rumah seorang teman... Alhamdulillah... sambutan yang diterima sangat menggalakkan.... Alhamdulillah.... Terima kaseh pada semua yang menjayakan majlis ini. Bertemulah kami dengan senior dan junior dan rakan-rakan sebaya. Yang hanya pandang memandang masa sekolah dah menjalinkan persahabatan di perjumpaan ini.... Selepas ini akan ada lagi perjumpaan yang lebih 'happening'...Insya'Allah.




Yang ini akan akak buat entry khas..
Banyak kisah sebenarnya di ICT... rata-rata yang akak baca mengenainya tidak menyentuh pengalaman yang kami alami.....

Lampu2 yang berwarna-warni sangat mengindahkan suasana....

Nanti akan akak ceritakan.....




kali pertama ku pandang... pesona diwajahmu... saat itu hatiku kan terpana....

LUEM

6 comments:

  1. semoga yg sakit cepat sembuh

    gambar makanan tu buat sya teringin pulak

    *tak sabar nak tunggu en3 khas*

    ReplyDelete
  2. sabtu akak yg betul2 padat...seronok jumpa kwn lama...

    jumaat mlm adik dr Batu Pahat dtg dgn family dn mak..sbb sbtu ada Konvo kt PWTC..sbtu ptg singgah sebelum balik Melaka...sempat masakkan mak asam pedas ikan parang...

    ReplyDelete
  3. Saya ni kerap juga ke Shah Alam tempat belajar anak, tapi belum sampai lagi ke I-City tuh. Ntah bila dapat.

    “Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

    ReplyDelete
  4. Sya...
    terima kaseh mendoakan cepat sembuh buat yg sedang menanggung kesakitan. Memang lontong itu sungguh menyelerakan.... mujur dah selamat berbuka puasa... mujurlah tak tergoda sendiri pagi tadi...

    ReplyDelete
  5. Ida...
    punyalah padat... tapi akak suka setiap saat...
    Wah.. asam pedas ikan parang...
    Ida...
    boleh tak nanti bila2 akak nak rasa masakan ikan asam pedas ida... dah terliur ni....

    ReplyDelete
  6. Azie...
    Bila ada rezeki tertulis kesana, memang akan sampai juga. Macam akak jugak... kebetulan ke arah sana dapatlah singgah....
    lama jugak menanti nak kesana...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata