Wednesday, June 22, 2011

1065 ~ Nama Recycle...





Sebentar tadi akak menerima panggilan telefon dari sepupu yang bertanyakan nama ibu kepada arwah emak akak dan arwah neneknya... Akak masih mengingati dengan baik kerana arwah emak akak sering menyebut-nyebut nama itu semasa hayatnya. Nama arwah nenek itu adalah Aminah binti Tuan Sheikh Abdul Kahar.

Qeeb yang terdengar nama Abdul Kahar segera menyebut...

Qeeb : Nama sama dengan nama abah kan... keluarga kita ni memang banyak nama recycle..

Zahrah : Iyerlah.. macam nama saya, ikut nama nenek Fatimah... nama Zahrah dari nama emak kepada atuk ... nama Qeeb ikut nama nenek Qibtiah...

Qeeb : Ibu, nanti Qeeb pun nak namakan anak Qeeb sama dengan nama ibu...

Ibu : ( Terasa terharu yang amat sangat...)...- tak terkata...

Qeeb : Sebabnya kan... katakanlah ibu buat perangai marah-marah Qeeb nanti, katalah masa raya ibu marah tak mo salam Qeeb sebabnya masa raya pertama tu, Qeeb raya dengan keluarga suami Qeeb...... lepas tu Qeeb tension... tak boleh nak lepas kat sapa-sapa... Qeeb boleh tengking anak Qeeb... " Hei! Rahmah!....."

Akak tak terkata apa... Memang nak ketawa mendengar penjelasan Qeeb. Mulanya rasa terharu kerana ingatan dia nak meletak nama ibunya pada nama anaknya... tapi bila dia terangkan kenapa dia buat begitu....Hmmmmm..... biru jugaklah akak jadinya.... tapi akhirnya kami ketawa beramai-ramai membayangkan bagaimana nanti aksi Qeeb dan anaknya yang bernama Rahmah....
Hah!!!!!!!......
Hai lah.. anak-anak ....


kita sudah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain... tak sanggup membayangkan tanpamu disisi.... Love U so Much...

LUEM

14 comments:

  1. Akak,

    Hehehe, Qeeb buat my rain go away! <3

    ReplyDelete
  2. ekekekeke....cerdik3!! ^_____^

    ReplyDelete
  3. pB,
    part mana pB tak faham?..
    nanti akak terangkan...

    ReplyDelete
  4. Lili..
    Alhamdulillah....
    senyumlah semula....

    ReplyDelete
  5. Ai...
    kadang2 rasa nak sekeh jer..
    kadang2 ada betulnya jugak...
    hehehehehe....
    kita dulu tak berani nak menyebut cenggitu dengan mak kita, kan?

    ReplyDelete
  6. Hahahahaaaa...lawak jugak Qeeb tu...

    ReplyDelete
  7. Anak-anak zaman sekarang. Berani jer cakap apa yang terlintas di kepala. Kita pula yang terpaksa buka hati menerima setiap kata-kata mereka.

    Kau zaman dulu, mana berani nak cakap macam tu, kan?

    Kalu KUDA baca, KUDA pun bantai gelak...!

    ReplyDelete
  8. kelakar lah qeeb nak marah ibu. apa pula sebab akak recycle nama buat nama anak?
    saya suka nama akak. di mekah, saya dipanggil siti rahmah :)
    nama anak saya juga dari nama datuk saya. suka nama dulu2.

    ReplyDelete
  9. cikgu...
    qeeb dan saya memang serupa... kami selalu punya rasa yang sama.. sama seperti saya dengan arwah emak saya... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  10. Azie..
    sememangnya pun...
    kita dulu cukup takut dengan mak kita.. nak menyebut satu2 benda tu pun, beralas... tak lepas jer macam budak2 sekarang....
    tapi.. setuju tak kalau kita ni lebih mesra dengan anak kita dari kita dengan emak kita dahulu?...

    ReplyDelete
  11. madora...
    nama-nama yg akak dok bagi semula pada anak2 sebabnya kerana nama itu maknanya baik... dan juga tuan punya nama tersebut mempunyai peribadi yang menarik/baik untuk dikenang....
    itu yang terkesima jugak bila Qeeb bagitau mengapa dia nak guna nama akak untuk anaknya....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata