Thursday, June 30, 2011

1074 ~ Selamat Hari Lahir....Aisyah....


Sambutan menyambut ulang tahun kelahiran Aisyah 30hb Jun 2005 diadakan pada hari ahad lalu kerana hari ini abahnya berada nun jauh di Germany. Sebulan sebelum hari lahirnya, abahnya dah mencari-cari hadiah yang dihajati iaitu Nintendo DS warna hijau...

Setelah agak pasti Nintendo DS warna hijau tak ada, barulah abahnya mencari warna lain untuk Aisyah. Mujurlah Aisyah menyukai warna merah. Jadinya untuk hari lahir yang ke enam tahun Aisyah mendapat Nintendo DS warna Merah.


Semuga Aisyah menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup.

- ( ibu nak buat entry ni berkejar-kejar masa hendak pergi ke sekolah Qeeb... nanti balik ibu sambung...)

Terharunya ibu....
Ibu balik dari sekolah Qeeb, lihat Aisyah sedang mandi dan syampu rambut sendiri. Aisyah dah bersiap-siap hendak ke sekolah. Rupa-rupanya selama hari ini, bila ibu tiada di rumah, Aisyah memang mandi dan syampu rambut seorang diri. Sudah pandai berdikari anak bongsu ibu....

###Baru sebentar tadi Mbak Erna - bekas bibik kami menalipon untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada Aisyah. Wah... terharunya sekali lagi... Katanya dia terlalu rindu pada Aisyah... Akak pun rasa terharu atas ingatan dia. Terima kaseh Mbak...


Wednesday, June 29, 2011

1073 ~ Selamat Jalan, Abah......


Boipren akak ke Germany untuk kursus bermula malam tadi.
Selepas solat maghrib, kami bertolak ke KLIA.

Akak dah dapat idea kedudukan parking yang paling baik. Pernah kami sekeluarga sesat barat mencari kereta di tempat letak kereta. Boipren masa tu dahlah kepenatan kerana lama dalam penerbangan, kemudian kena cari parking pulak... jangankan dia rasa letih, kami ini semua turut kepenatan mencari. Akak selalunya ke KLIA bersama boipren, boipren yg memandu dan meletak kereta... bila kena buat sendiri.... hhhhhhmmmmmmm ......

Kali ini akak dah agak fandai... kalau dulu tak ada idea langsung mengenai parking... kali ni mmg ambil tahu sampai fandai... semalam, lepas cakap bye..bye sampai vanjirlah KLIAdgn boipren... akak terus ke tempat letak kereta... Shendiwi.... clap..clap..clap....





FIL, MIL dan BIL dah ada menunggu di Food Court.
Makan-makan ala kadar habislah 2 keping roti canai dan sizzling mee boipren tak perlu makan kerana sebelum penerbangan .. sambil menunggu di Golden Lounge.. ada macam-macam juadah yang disediakan. Memang selesa.. ada bilik solat sekali...




Aisyah cukup suka duduk di bahagian depan troli...



Ain yang paling manja dengan abahnya, terasa sangat bila abahnya tiada.



FIL dan MIL..



Bye.. - nak nanges dulu...




You're not like the rest, I know, you're one of the best, You give more than you should, and take nothing in return..

LUEM

Tuesday, June 28, 2011

1072 ~ Terima kaseh, Ustazah....


Alhamdulillah... setelah hampir 4 bulan kami mengikuti kelas pengajian ilmu Al-Quran bersama Ustazah Aslina, kami telah berjaya menguasai bacaan Al Quran dan mengenali hukum-hukum dan makhraj-makhraj huruf.... Alhamdulillah....

Bersempena dengan tarikh hari lahir Ustazah Aslina pada 27hb Jun... hari ini kami berpakat meraikannya selepas kelas mengaji.

Ustazah yang agak terkejut dengan 'kejutan kami'.




Cenderahati yang kami sama-sama sumbangkan buat seorang guru yang sangat berdedikasi dalam menyebarkan ilmu dan tidak pernah meminta bayaran. Alhamdulillah... semuga ilmu yang diajarkan oleh Ustazah menjadi keberkatan untuk kami semua...




I had your love, i had it all

LUEM

Monday, June 27, 2011

1071 ~ Tetamu dari Oman.....




Pemandangan yang sangat indah yangmana dahulunya adalah Kelab Lumba Kuda Jalan Ampang....



Mercu tanda kemegahan Malaysia...
Puas memikirkan kemana nak dibawa menjamu mereka makan... kebetulan hotel mereka menginap berdekatan dengan KLCC, makanya kami bertemu di sana pula. Hendak bawa ke Restoren makanan Thai, takut terkejut pula mereka nanti dengan masakan pedas ala Thai... Makanan Arab, mereka dah biasa... akhirnya jumpa di Food Court. Boleh pilih makanan apa yang jadi pilihan.



Akak cukup suka gambar ni...
Akak yang mengenali isteri beliau tapi suami akak cukup mesra dengan Mr Obaid suami teman akak tu. Pernah Mr Obaid datang ke Kuala Lumpur bertemu dengan suami akak sahaja....



Sewaktu kunjungan Mr Obaid yang pertama menziarahi kami , kami waktu itu tinggal di Pulau Pinang. Kedua-dua budak comel ini masih dalam kandungan... siapa sangka mereka bertemu 6 tahun kemudiannya...
Aisyah dan Sara..



Alhamdulillah...



LUEM

Sunday, June 26, 2011

1070 ~ Jumpa PM... tak main-main...


Sebagai memenuhi jemputan yang diterima suami akak, kami keluar awal sebelum maghrib menuju ke Hotel One World di One Utama... Akak yang kebetulan puasa membawa bekal nasi dan air untuk berbuka. Lauk yang telah mengalahkan offer suami akak untuk membelikan burger Mc D adalah lauk ikan sembilang masak lomak cili api dengan mangga. Sudahlah malam sebelumnya akak tak berpeluang nak mengulang makan lauk tersebut kerana keluar meraikan teman yang datang dari Oman dan kami keluar makan, dan sepanjang hari semalam akak puasa... lauk tersebut menggamit meswa meminta akak menghabiskannya juga tak boleh tidak...

Goyang gambar sebab kereta sedang bergerak laju menuju Hotel One World.

Hmmmm... tersangat nikmatnya berbuka nasi berlaukkan masak lomak cili api. Airnya pula air teh o panas-panas... Alhamdulillah..Nikmatnya...



Setiba di Hotel, kami menunaikan solat Maghrib dan mendaftar diri untuk masuk ke dewan utama. Kelihatan sungguh berbeza dari majlis perkahwinan yang akak hadiri sebelum ini walaupun diadakan di hotel. Yang ini memang penuh dengan protokol yang ketat.
Rupa-rupanya tetamu VVIPnya adalah Sultan Pahang dan Perdana Menteri Malaysia.



Hiasan bunga segar berupa sirih junjung. Cantik dan menggunakan Ros Kuning.



Akak cukup tertarik dengan lampu Chandelier dalam dewan ini.



Sudah kelihatan Perdana Menteri dan Sultan Pahang.



PM yang sangat mesra dengan tetamu.



Upacara merenjis pengantin yang dilakukan oleh PM.



Dekat pukul 1000malam jugaklah baru tetamu diberi makan. Mujurlah akak berbuka dengan nasi maghrib tadi... kalau tak... sure fengsan...



Pasangan Mempelai.
Bertugas sebagai Housemen di Hospital Serdang. Baru selesai pengajian di Russia.


Nampak tak tetamu yang berbaju melayu biru. Dia duduk betul2 di hadapan akak. Sebaik dia duduk dan memandang kepada akak, dia bertanya " rasanya kita pernah jumpa sebelum ini... di mana ya?...".. Lama juga dia memikirkan. Akak yang pernah juga melihat wajahnya rasa serba tak kena kerana akak pun tak boleh mengingatinya. Tiba-tiba, gadis sebelah beliau berkata..." Iyalah.. you nampak sangat familiar... macam my lecturer kat UM.. Prof Dato' Dr something..something...' Dan lelaki yang berbaju melayu biru terus meneka dengan yakinnya... " Iya.! You ni Prof Dato' Dr.. something-something.. You apa kabar???."... HAH! mujur masa tu kami belum makan... kalau tak mahu menyembor makanan dalam mulut akak.

Setelah akak menafikan... akak baru teringat Dato' yang berbaju biru itu. Dia bekas lecturer UPM yang sekarang dah memasuki bidang korporat. Selalu keluar di tv... Hehehehehe.... Siapa kenal siapa ni?. Nampaknya akak lagi terkenal dari dia.. hehehehe....-FERASAN jer lebeh...
Tapi, dua orang mengatakan yang serupa... akak cuma mendengar saja... I'm inesen.. i'm the victim actually...


Berkenalan dengan Puan Julaida dari Bukit Mahkota. Kami berjiran saja. Anak kami sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Jalan Empat. Anaknya di tingkatan 2. Yang bestnya Puan Julaida sempat berbisik dengan akak... " Maaf ya.. u ni ada Datin ke tidak.. maaflah i tak panggil u Datin.." Hah! lagi sekali akak nak tersedak.... Dalam hati nak menyebut jer.." Bukan.. I bukan Datin tapi my husband Tan Sri...".. Hehehehehe .... Memang sangat kelakar malam tadi...
Walhalnya baru kenal disitu tapi boleh berborak macam dah lama kenal. Namanya pun dah Rahmah.. mestilah peramah... kan?...



Kelihatan kebawah duli Sultan Pahang merenjis pengantin.
Sewaktu bapa pengantin memberi ucapan alu-aluan kepada kebawah duli.. beliau menggunakan ayat 'Pacal Didik Patik'... yang membawa erti anak saya... Banyak bahasa baru yang akak dengar semalam. Menarik sungguh.



Alunan suara dari Penyanyi Azie. Suatu waktu dahulu beliau menyanyi bersama Arwah Zubir Ali. Muzik di mainkan oleh suaminya Syed Sobri.

Lagu Tema Pengantin berarak masuk... Memang sangat merdu dibawakan oleh Azie.

Kaulah segalanya...


Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruska ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya
Chorus :
Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang





Syed Sobri turut menyumbangkan suara...
Sedap didengar.



Akak minat lihat bunga hiasan ini. Tapi kali ini bunga kain. Sewaktu majlis resepsi anak Dato' Dr Azmi di Hotel Grand Seasons.. sepenuhnya di gunakan bunga hidup. Memang sangat menarik.



Sempat juga akak ambil gambar bunga lili ini di Lobby hotel sewaktu pulang.



Acara berakhir pukul 1130malam dan kami pun tiba di rumah pukul 1215tengah malam...



Kaulah segalanya untukku...kaulah curahan hati ini....

LUEM

Saturday, June 25, 2011

1069 ~ Ain lah Ain






Dahulu... Ain memang kecil...



Sekarang dia yang paling tinggi....
( Ain yang bertudung biru..kakaknya bertudung purple pekat - yg pendek tu... yang tudung purple cair berbunga2....- yg tinggi tu..ibu depalah... )

Kakaknya selalu merungut...

Zahrah : Ain ni tinggi sangatlah... dia minum susu sebab tu dia tinggi... saya pun suka minum susu juga.. saya selalu minum susu... kenapa saya tak tinggi?..

Ain : Kakak.. you salah minum susu... U minum susu Low Fat Milk... sebab itulah u jadi LOW and FAT....

Kami yang sama-sama mendengar kata-kata Ain, sakit perut ketawa.... dalam liver macam betul pulak.. minum susu Low Fat.. akan jadi LOW and FAT saja lah...


Budak yang kalau sekali cakap.... masuk akal jugak...



Friday, June 24, 2011

1068 ~ Bitamin RRRRRRRRRRRRrrrrrrrrrrrr



Sejak semalam dok menyebut-nyebut nak masak Lomak Cili Api Ikan Sembilang dengan mangga... Alhamdulillah... Bitamin RRRR semalam mendapatkan bekalan ikan-ikan di Pasar Tani berjaya dengan 2 ekor ikan Sembilang Laut... Alhamdulillah...

Balik dari opis tadi.. terus masak... delegate dengan vivik... Tak kering tangan vivik kena buat itu dan ini.... hahahahahahaha...- ketawa puas hati...

Mangganya datang dari Pulau Pinang pemberian BIL yang memang suka makan mangga muda dengan kuah rojak. Olehkerana bekalan yang banyak, akak menyimpang buat masak lemak cili api mangga2 muda tersebut....

Part yang paling akak suka ialah bahagian ekor...
nampak mangga muda yang dijadikan pemasam untuk masak lomak ni...



Waktu tuang di nasi...
masa ni nasi punyalah panas..
melompat2 jari jemari nak mengaut nasi...



Beberapa minit kemudian....
tinggallah tulang dan kulit mangga sahaja...



Verdictnya:

Kurang pedas dan kurang masam....
- harus mencari lagi dalam minggu ni juga....


Ku selalu bersyukur berkasih denganmu.... I found a very special love in you... it's a feeling that's so totally new..over and over.. it's burning inside...

LUEM

1067 ~ Mesin Baru


Mesin baru akak pulak..
saja ambil gambar untuk rekod dan proses pembelajaran untuk memasangnya nanti...
pasang blood-line jer.. bukan pasang mesin...

bloodline pulak berbeza bila mesin berbeza..
itu pun kena faham jugak...
cara pasang bloodline pun berbeza...



Ambil heparin 2ml dahulu, kmudian tambah air sampai 9ml...
* heparin bergerak perlahan-lahan...
2 jam pertama tinggal 6ml...

kena pastikan semua penutup menutup lubang2 di hujung/pangkal blood line
jika tidak nanti kena 'infection'...



dah pandai pasang bloodline.. kena belajar set mesin pulak...



Dah tua2 ni kena belajar lama sikit baru ilmu tu masuk...


sayang... I've never felt so much love before...

LUEM

Thursday, June 23, 2011

1066 ~ Habis Puasa...


Dari malam tadi dah niat nak puasa...
tapikan...
pagi tadi ken...
kita rasa lapar sangat sebab kita tak makan nasi malam tadi..
jadinya pagi ni kita terus buka puasa...
- kalau kita buka puasa pukul 1200tengahari... kita kerugian masa...
jadinya seawal 849pagi, kita dah pergi kedai beli sarapan...
kita beli nasi lemak, lontong dan roti canai...
semuanya kita rasa kita nak makan.....

Nasi lemak masih belum kita sentuh....
roti canai dan lontong dah selesai...
lontong, kita kongsi dua dengan vivik....
roti canai .. kita amik sekeping jer....
nasi lemak.... eeeeee..... belum boleh sanggup lagi sebab perut masih kenyang....
nasi lemak sambal kerang, you.....

Hajatnya pagi2 tadi mencari ikan sembilang nak buat gulai masak lemak cili api...
nak buat pedas2 dan pekat2 dan masam2....
hmmmm.... nyum..nyum...

Lihat gambar pun dah boleh terliur...



Tapilah ken...
tak adalah pulak ikan sembilang laut...
ikan keli banyaklah....
tak jadi buat...
gambar kat atas tu gambar tahun sudah...
saya masak di rumah mertua...
berebut2 kami makan....
- bukan nak riak tapi saya kalau masak lemak cili api memang terang-kat...

Tapi ken...
masak lemak tak jadi
masak lemak ikan masin/sepat dengan nenas...
rasanya tak jadi jugak....
-gambar lama juga...
masak lemak ikan sepat dengan nenas...



Akhirnya saya nak masak
Ikan patin masak asam.... resepi Datin Noniswara.....
kena kena sambal velacan....
rebus bender...
Hah!... nak ke dapur.... Daaaaa.....



saya bertuah memiliki cintamu.....

LUEM

Wednesday, June 22, 2011

1065 ~ Nama Recycle...





Sebentar tadi akak menerima panggilan telefon dari sepupu yang bertanyakan nama ibu kepada arwah emak akak dan arwah neneknya... Akak masih mengingati dengan baik kerana arwah emak akak sering menyebut-nyebut nama itu semasa hayatnya. Nama arwah nenek itu adalah Aminah binti Tuan Sheikh Abdul Kahar.

Qeeb yang terdengar nama Abdul Kahar segera menyebut...

Qeeb : Nama sama dengan nama abah kan... keluarga kita ni memang banyak nama recycle..

Zahrah : Iyerlah.. macam nama saya, ikut nama nenek Fatimah... nama Zahrah dari nama emak kepada atuk ... nama Qeeb ikut nama nenek Qibtiah...

Qeeb : Ibu, nanti Qeeb pun nak namakan anak Qeeb sama dengan nama ibu...

Ibu : ( Terasa terharu yang amat sangat...)...- tak terkata...

Qeeb : Sebabnya kan... katakanlah ibu buat perangai marah-marah Qeeb nanti, katalah masa raya ibu marah tak mo salam Qeeb sebabnya masa raya pertama tu, Qeeb raya dengan keluarga suami Qeeb...... lepas tu Qeeb tension... tak boleh nak lepas kat sapa-sapa... Qeeb boleh tengking anak Qeeb... " Hei! Rahmah!....."

Akak tak terkata apa... Memang nak ketawa mendengar penjelasan Qeeb. Mulanya rasa terharu kerana ingatan dia nak meletak nama ibunya pada nama anaknya... tapi bila dia terangkan kenapa dia buat begitu....Hmmmmm..... biru jugaklah akak jadinya.... tapi akhirnya kami ketawa beramai-ramai membayangkan bagaimana nanti aksi Qeeb dan anaknya yang bernama Rahmah....
Hah!!!!!!!......
Hai lah.. anak-anak ....


kita sudah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain... tak sanggup membayangkan tanpamu disisi.... Love U so Much...

LUEM

1064 ~ Alhamdulillah...... Kebunku...


Alhamdulillah...
dah lama tak menjenguk pokok mangga nan sebatang...kebun beratus ekar akak...
tiba2 ternampak putik2 mangga yg sangatlah banyak...

Nampaknya akak dah mula kena hubungi pihak lori dan supermarket untuk memasarkan mangga-mangga akak nanti... kilang juga kena cari jugak sebabnya untuk membotolkan mangga menjadi jus.... ececececece......







bila rindu... kupejam mata mengenangmu.....

LUEM

Monday, June 20, 2011

1063 ~ ICT - i nak citer...



Upload gambar2 ni daripada opis... hmmm memang mengambil masa... bayangkan 4 jam lamanya akak dok meng-upload gambar2 ni... lepas tu bila nak cerita, dah tak cukup masa.... mesin dah berbunyi menandakan pesakit kena pulang..... orang lain dah tunggu....

Tak sempat nak cerita.....

Okay ceritanya....

Akak dah lama dengar mengenai I-City. Nampak jugak gambar2 pengunjung2nya dari blog-blog dan FB teman. Tapi tak der yang menceritakan khusus mengenai I-City...( or.... akak yg tak cari dan baca dari mana-mana.....) Dengan semangat yang berkobar-kobar akak pun dah terlanjur ke Shah Alam sebabkan gathering dengan kenkawan lama..... akak pun ajaklah suami dan anak-anak ke sini.... semuanya setuju dengan hati yang sangat gumbira....

Dari jauh kelihatan lampu2 warna-warni... memang mengasyikkan mata memandang.... Nak masuk di kira melalui tiket meletak kereta. Kalau malam minggu - jumaat, sabtu dan ahad kena RM10 satu kereta.... kalau malam biasa cuma kena RM5 satu kereta.....

Nak parking pun kena pandai jugak... sebab kalau kita ni banyak stamina - orang muda gitu... bolehlah parking jauh sedikit... kalau dah berusia macam akak ni... eloklah parking dekat kawasan kedai-kedai tu.... - tapi bergantung jugak ikut kosong atau tidaknya tempat tu..... Mana-mana yang larat, eloklah parking jauh2 dan menikmati dan mengambil gambar2 lampu yang berwarna warni... Memang mengasyikkan....





Bentuk2 binatang yang dihiasi dengan lampu pun ada... ada bentuk zirafah, lembu dan beberapa lagi... memang cantik...



Rasa macam sama macam ukiran 'globe' di Universal Studio....
Yang ini tertulis I City....



Budak ni macam dah naik geram sebab ibu dia asyik2 control dia ajak bergambar...
tengoklah muka dia dah tak larat nak jadi model....



Okay.....
tempat yang menarik sekali yang ada di sini ialah 'Rumah Salji'...
Tiketnya memanglah agak mahal kalau anak yang kecik bawah 12 tahun adalah sorang jer...
Ain walaupun belum 12 tahun, mana-mana pergi pun kami dah bayar tiket dewasa padanya.... sebab kalau nak bertekak dengan penjaga tiket pun tak guna sebab Ain dah meninggi dan nampak macam gadis remaja....



Bayarannya bukan setakat tiket masuk saja tau...
baju sejuk juga perlu di sewa kerana suhu dalam bilik sejuk tu bawah 5 darjah...
kasut boot juga perlu disewa... sebab permukaan lantai yang licin ...
rasa macam betul2 jalan di atas salji....
budak-budak memang xcited.....
mak dan ayah yang dah berumur dan berbadan gempal ni agak berhati-hati kerana tak mahu menjadi 'nangka masak' kalaulah terjatuh sebabkan licin....



Boot plastik yang agak keras... memang tak selesa....
kalau kita beringat... kita pakai kasut yang sesuai... rasanya tak perlu sewa boot ni....
dahlah keras... terasa sakit jugaklah jari-jari kaki sebab setokin yang di beli sangatlah nipis....
patutnya kita pakai setokin tebal sikit...
baju panas kami semuanya ada kerana sewaktu kami ke Hanoi, musim sejuk... memang masing-masing dah ada sorang satu....
Tak tahu.... okay... sekarang akak dah bagitau....



Dalam Rumah Salji ni adalah jugak permainan untuk anak-anak...
ekceli orang tua pun okay jugak kalau jantung mereka kuat dan tulang-tulang mereka dalam keadaan yang baik....

Aisyah dah lepas dahulu menaiki tayar.... meluncur turun....
Berderap jugak hati akak melihat Aisyah berlalu pergi cenggitu....



Lepas tu, Ain pulak....
Tak terasa berderap sangat hatinya sebab Ain kan nampaknya dah besar...
- beza pulak rasanya... tak patut jugak kan...



Zahrah pulak kesedapan mengumpul 'snow'... buat bola dan baling pada kami....
perasan macam kat ober sea...you....



Aisyah macam biasa bila kena paksa berdiam dan bergambar...
muka dia mulalah nampak boring....



Part kasut ni memang lucu...
ada satu kali tu... sebabkan semua baju seakan-akan sama jer... akak pun dah tak cham anak sendiri...
yang geli hatinya.. akak dok konfiden gambar kaki yang akak nak ambil tu kaki Aisyah...
siap fokus kamera kat kaki budak malang tu...
bila dia gerak-gerak... sikit lagi akak nak marah suruh diam....
- mau taknyer... tah makcik mana dok tiba-tiba fokus kat kaki, mau tak seriau....
akak angkatlah muka pandang budak tu...
tengok2 anak benggali....
hehehehehehe.... mujurlah akak tak sekeh budak tu suruh diam....



Ada juga dibuat 'rumah seperti igloo' orang Eskimo...
merasalah budak2 ni main di dalam rumah Encik Eskimo...



Ain seronok nak main ais ..
ada ais yang di ukir menjadi lembu...



Macamanalah kalau rumah kita membeku macam ni..
tak yah nak pikir abuk2...



Model tak berbayar...



Keluar dari rumah salji ada figure Sponge Bob dan Patwick...
happy betul Aisyah...
Kamera berkabus sebab digunakan dalam rumah salji tadi...
( Sebab tu dia nasihatkan jangan bawa kamewa...)



Lepas tu...
diluar ada kumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang bermain dengan ais salji buatan...
sesekali ais berupa salji jatuh dari mesin yang disediakan di bahagian siling....
pengunjung berebut-rebut sesama sendiri hendak memegang ais tersebut....
memang sangat menghiburkan...

sebabnya....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
akak pun main sama... berebut sama-sama.... nampak meriah 1Malaysia... mula2 akak berebut dengan keluarga india... lepas tu akak berebut dengan keluarga china..... kita kan 1 Malaysia.... ma....



Mesin yang mengeluarkan salji buatan....



Kenkononlah we all ken.... ada kat negara sejuk..... winter gitu....







Balik dari I City... akak kena perli....
I City.... dah selesai.....
lepas ni dah takder I ... I lagi.....
oppppsssss...... Ipad.... Iphone.....



Di kala penuh ketakutan... ku bersyukur.... adanya KAMU....

LUEM