Monday, February 28, 2011

963 ~ Senin Pagi selepas sabtu dan ahad....


Sabtu..

Awal pagi sudah berangkat pulang ke tanah jajahan Sultan Melaka. Mujurlah jugak akak ke Melaka atas urusan keluarga, kalau setakat nak jumpa Sultan Melaka... harus Malam Raya Tahun Depan baru akak dapat balik Bangi.. sebab Melaka memang takder Sultan.....

Singgah sebentar di Mc D... Ikutkan tekak akak memang hendakkan roti sardin di Tepian Bangi... tapi atas titah perintah suami... semua kami Bersarapankan Sausage Mc Muffin, Pan Cake... bibik2 pun mengalas perut dengan Pan Cakes.... (tak main-main you....)

Tiba di kampung.... kami dibawa pula kerumah sepupu yang mengadakan kenduri kawin anak perempuannya.

Dan taklama lagi 3 dara ini pula akan perlu diadakan kenduri.... Yang mana dulu ya....????



Para Jemputan.....
sedang menikmati hidangan...



Pada Malamnya pula... kami semua makan malam di restoren ikan bakar, Umbai....




Ahad

Pagi-pagi akak sudahpun ke pasar untuk membeli ikan, udang dan daging buat lauk seminggu. Dapatlah juga telor ikan senangin yang sudahpun akak masak gulai dengan belimbing... hmmmmm.... memang nikmatnya tak terhingga...

FIL, suami dan BIL telah pergi memancing ikan di Pulau Besar. Balik dengan hasil tangkapan yang amat lumayan. Terdapat ikan Bayan...(yg cantik berwarna-warni...)...



Untuk makan tengahari... akak telah memasak Nasi Ayam - atas permintaan khas tu.....



Sebelum Isyak.. kami telahpun sampai kerumah.

Isnin...

Timbang dengan berat sebanyak 66.2kg.... Hah???.. Nak terkejut memang tak terkejutkan...
bila dah cuti dan jalan-jalan... memang tak boleh nak kawal air...
Puasa...
Puasa..
Puasa..
Puasa..
Puasa.............



Kau pertama dan terakhir... tiada duanya....

LUEM.

962 ~ Jumpa juga sudahnya.......



Untuk sesiapa yg pernah lihat gambar baby Muhammad di Ianya bermula disini....
boleh nampak irasnya...
(Ja..akak tak jumpa gambar baby Muhammad yg itu... pls send kat wall akak...)




Cukup gambar menceritakan semuanya.....

Seperti yg dijanjikan kami bertemu juga pada hari jumaat lepas.... (hari yg berat akak naik sekelo jer tu.......)

Pertemuan dengan Puan Aniza dari Ianya Bermula Disini.....

Gumbira sungguh rasanya.....




Ja.... musyhkil sungguh akak...
apalah u dok talk2 dlm liver u tu.....



Ja... gambar ni nampak macam kakak sebenar Aisyah ialah adik....



Sempat verkenalan dengan adinda ja yang baru sambut buffday baru ni.... Yanti....



Sempat ambil buah velimbing dari kebun Yanti lagi...
balik ni akak nak buat masak lomak cili api velimbing dan telor ikan senangin....
perrrrgggghhhhhhh.... u all diharap jgn jelez ya....
Ja...
pesan kat Yanti...
jika belimbing berbuah lagi... bagitaulah i...
boleh i datang bawak felastik....



Ja....
seronok dapat bertemu dengan you.....

Friday, February 25, 2011

961 ~ Jumaat......


Pagi ini ke ofis berbaju kurung...
ramai menegur sofan dan ayu ~ BBPJ .....tapi hanya satu yg paling terkesan...
" Makcik... selalu makcik pakai seluar... ari ni pakai baju kurung..."
Wah! menantu makcik dah menegur.... dia perasan apa yg mak mertua dia makan or pakai....
Sebab pernah sekali tu dia tegur..."Makcik selalunya makan nasi lemak... hari ini makcik makan mee hoon..."...

Bersama Sham....(supplier kopi 434 dan nasi lemak sedapppp...)



Sempat bergambar dgn Puan Chan dan suami dan Sister...


Anak ketam mengambil BP...

Berita gumbira...

Berat akak naik cuma 1kg sebab semalam akak puasa dan hanya minum air panas...
cara berkesan menjaga jumlah air... so tarik air jauh lebih baik dari hari2 sebelumnya...
Alhamdulillah....


Wonderpets datang membantu akak...
Muiz bukan setakat menjaga keperluan Pakcik Salleh...
Kami-kami ini pun turut dibantunya....
Hanya Allah sahaja yg akan membalasnya....




mmg indah perasaan ini.. berdebar sblm bertemu n rasa kasih yg sgt membara slps berjumpa..


LUEM

Wednesday, February 23, 2011

960 ~ Kisah semalam dan pagi ini....








Nanti upload gambar......

Semalam pagi.. janjinya nak pergi makan nasi lemak kak sham di kg baru... Cukup 4 orang LOL cawangan BBB... Jie, Marina dan Bib....

Selesai makan, Marina dan Jie mengajak kami ke KLCC. Marina dan Jie.. kalau dah masuk KLCC serupa macam ikan masuk air. Berdesup berenang kelubuk.... Kami mengikut ajerlah...

Rupanya banyak butik yang ternama tidak membenarkan pelanggan mengambil gambar... Akak cakap kenapa? Ingat kami ada kilang handbag kat Jinjang ka?... takut sangat kita nanti nak ciplak pattern handbag or kasut.... or baju.... Butik Zara, Gucci dan Isetan amat melarang... tp dlm pada tu sempat jugak kami mengambil gambar. Butik Aigner dan Marks & Spencer... okay pulak...

Pagi ini....

Akak terlewat keluar rumah kerana Aisyah tidak sihat dan merengek minta akak tidak pergi ke ofis... kesian sungguh bila terjadi situasi begini... boleh jadi serba salah jadinya kerana terpaksa meninggalkan dia dalam keadaan dia tak sihat begitu..... Masa2 begini mmg akak terasa nak sihat segera... biar tak perlu ke ofis... dapat hantar dan ambil Aisyah dari sekolah....


mana mungkin melepaskan sayang kerna sayang yang terindah dalam hidup...

LUEM


Monday, February 21, 2011

959 ~ Happy Birthday Kakak....


Kakak...
17 tahun dahulu... ibu lahirkan kakak di Hospital Melaka...
Bulan Ramadhan ...Hari Isnin dan menjelang Maghrib kakak selamat dilahirkan.
Esoknya setelah selesai mendapat suntikan BGC, dan kakak disahkan sihat...kita pulang kerumah.

Dirumah sudah menanti nenek Bik, nenek Bik Kasa, nenek Zoom, nenek Lobak, nenek Uda, dan nenek Tom. Mereka semua tersangat seronok hendak melihat cucu pertama dari sebelah atok.

Malamnya Atok, Opah, Pak Ngah, Mak Ngah, Mak De dan Achu pun datang melihat kakak.

Sekarang kakak pun dah besar. Dah 17 tahun usianya dan apa yang boleh ibu katakan kakak adalah seorang kakak yang menyayangi adik-adik dan lembut dengan adik-adik. Alhamdulillah.
Semuga nantinya bila kakak dah berusia, kakak akan menjadi tempat adik-adik mengadu hal dan bergantung.

Tadi ibu baru perasan gunting yang selalu bawa ke dialysis adalah gunting yang pertama sekali ibu beli sewaktu membeli barang-barang keperluan bayi masa kelahiran kakak. Ada satu macam rasa pula bila ibu melihat gunting ini.... Memang thema warna yang ibu pilih untuk menyambut kelahiran kakak adalah warna hijau muda. Terkenang kembali ibu sewaktu 17 tahun dahulu membeli barang-barang keperluan bila melihatkan gunting ini....




Harapan dan doa ibu agar kakak menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam apa yang kakak cita-citakan. Alhamdulillah ibu dikurniakan dengan kakak yang lembut orangnya dan mendengar kata. Walau macamana marahnya ibu pada kakak, kakak tetap menyapa ibu dengan baik. Tak pernah sekalipun kakak berkasar atau melawan cakap ibu. Alhamdulillah kakak... Syukur ibu kepada Allah snw dikurniakan anak yang selembut kakak.





Alhamdulillah.......

958 ~ Ofis dan Hapis dan Muis


Opis..

Hari isnin.. tetaplah ke ofis.. datang sendiri ditemani Maher... dengan lirik 'Open Your eyes' yang tersangatlah syahdu... muzik yang hebat... membuatkan akak berdesupp jer ke ofis. Keluar seawal 7pagi dan tiba 715pg. Parking bawah pokok masih belum direbut... hak milik akak... dengan selesanya.... Hahahahaha.... Sungguh Gumbiranya....

Bila Akak bukak buku rekod kesihatan baru perasan yg akak dah buat kesilapan pada Jumaat lepas. Akak datang sebenar-benarnya dgn berat 62.5kg.... patutnya tarik air 2.5kg saja kalau hendak jadikan 60.5kg... tapi akak dah salah kira pergilah kira tarik 3.5kg... itu yang jd berat masa balik 59.5kg.... Satu kesilapan yang merbahayakan jugak... balik nanti memang kena belajar campur tolak dengan Aisyah. Dia boleh tunjukkan cara mengira dengan betul.....

Hapis..

Lihat dia sedang mencuba mengambil BP berkali-kali... Tanya kenapa... katanya BPnya tinggi kerana tak makan ubat dan tak tidur. Mak Ketam pun duduk dengannya sebentar. Biarlah Mak Ketam pun tak betul..tapi Mak Ketam akan pastikan Anak Ketam dipantau... Mulai hari ini Mak Ketam akan beri perhatian lebih sikit untuk Anak Ketam. Tak boleh jadi.. sebabnya tahun ini sahaja dah 4 orang pesakit sudah meninggalkan kami. Baru sabtu ni, satu pesakit melayu meninggalkan kami... keadaannya kelihatan agak teruk juga..

Muis...

Jumaat lepas Muis takder.. Rasa sunyi sepi..sebaik nampak kelibatnya menyorong kerusi roda Pakcik Salleh.. ceria sikit sebab Muis memang suka tersenyum bila diusik akak.
Bila Muis yang menjaga Pakcik Salleh.. memang penuh ketelitian. Disediakan makanan dan keperluan pakcik Salleh... hinggakan kami-kami pun turut dibantunya....

Memang nampak keikhlasannya menjaga Pakcik Salleh. Kerana.. akak pernah melihat bagaimana ahli keluarga pesakit tak dapat menyembunyikan riak wajahnya bila kena melayan karenah pesakit yg juga ahli keluarganya... Sedih sungguh bila akak perhatikan pasangan tersebut dan bayangkan jika ianya berlaku pada diri sendiri. Tentu 'rasa nak sihat semula' pun boleh merosot bila tanpa support dan kasih sayang.



terima kaseh sayang atas perhatian dan kasihmu...kebahagiaan itu bila bersamamu


LUEM

Sunday, February 20, 2011

957 ~ Satu Family..



Anak Vaio..


Ibu Vaio


Abah Vaio..




3 Veranak....


Mula-mula beli Ibu Vaio....
Berat nak angkut ke ofis...
beli anak Vaio...
ringan sedikit nak angkut ke ofis.. beg laptop pun tak koyak

Lepas tu..
Boss dah nak gunakan anak Vaio pun susah sebab isteri boss guna yang Mak Vaio untuk kegunaan dirumah... anak Vaio untuk dibawa ke ofis...
Boss terfaksalah beli abah Vaio....
Lepas tu sorang pun tak minat nak guna abah Vaio sebab ianya besar dan berat...
Boss nak pergi meeting pun guna anak Vaio sebab lagi ringan....

Isteri Boss pun malas nak guna sebabnya keperluan isteri boss dah ada dalam mak vaio....
tak usik mana-mana dah...

Mungkin abah vaio akan digunakan bila mata dah mula tak terang sebabkan umur yang makin tak turun.... dan mata pun pelan sehari pelan tak berapa nak terang.....


mana mungkin melepaskan sayang kerana kaulah yang terindah dalam hidup...satu janji!

LUEM

Saturday, February 19, 2011

956 ~ Ampang Park



Sewaktu kami muda remaja... sekitar 70-80an..(Ooooooooooooo lama dah tu...) okaylah..sekitar 80-90an... shopping complexs di Kuala Lumpur amatlah terhad. Bagi yang membesar di Kuala Lumpur (spt yours truly.... ehem..ehem...) Ampang Park adalah satu-satunya soppim komplek(saja buat salah eja... sebab ada yang sebut shopping jadi soppim) yang ada. Kemudian barulah dibina Pertama Komplek, Campbell Shopping Komplex dan kemudian barulah ada Sungei Wang Plaza di Bukit Bintang.

Sekarang kami masih lagi kemari kerana pengurusan Ampang Park masih pandai menarik minat kami-kami (LOL Bangi). Ada saja barang yang kami perlukan....dan kami tetaplah mencari disini dan tetaplah kami akan dapat barang tersebut.

Setibanya kami disini.. sempat kami mengabadikan gambar disini...
(pssstttt kalau u all nak tau.. hanya sorang jer asal Kuala Lumpur.. yang berbaju oren tu...yang dua tu masa depa kecik-kecik ditempat lain...hehehehehehe...)



Sempat bergambar ketika ingin membeli kamera baru untuk LOL yang berbaju merah tu....




Air Apple Juice penghilang dahaga...



Hainam Mee menghilangkan lapar... Sebaik tiba... tak memandang kiri kanan dah.... Ngap terus...



Silakan makan?...(ajak-ajak ayam jer...)



Datang 4 orang...
gila menyopping 2 orang...



Memang Ampang Park ini walaupun dah lama... tapi tetaplah jadi tempat shopping kami.
Lepas penat menyopping kita boleh menjamu selera di Cozy Corners.....


tiada lagi yang kuimpikan...tiada lagi yang kuharapkan.... semuanya kini kumiliki...

LUEM

Friday, February 18, 2011

955 ~ Macam-macam Ketam...





Pagi ini Mak Ketam kena bawa laptop yang dah berusia.. Bila dah berusia sikit baterinya tidak begitu boleh nak tahan lama sampai 4 jam... jadinya Mak Ketam terpaksalah membawa segala macam extension untuk Mak Ketam dapat bertahan selama 4 jam..

Kenapa akak dah jadi Mak Ketam...???
Pasal Anak Ketam yang hujung tu lah...
( Yang anak teruna berbaju hijau tu)

Mak Ketam selalu menasihatkan Anak Ketam :-
1. Jangan minum air banyak-banyak..
2. Jangan sampai tarik air banyak-banyak..
3. Jangan selalu berjaga sampai tengah malam....

Tapi.....
Mak Ketamnya pun sama....

Yang bertudung Hijau itu adalah Jiran Ketam...
Dia amat baik dalam pengawalan penjagaan kesihatannya.
Selalu tarik air dibawah 1 kilo....
Makanya..
Mak ketam dan Anak Ketam harus mencontohi Jiran Ketam....



Nak ceritanya pula...
Hari ini Mak Ketam sampai dengan berat 63.5kg...
Mak Ketam congak-congak nak cuba tarik air sehingga dry weight jadi 60.5kg..
Mak Ketam pun dengan pintarnya meminta ditarik 3.5kg...

Habis dialysis... Mak Ketam dah rasa funny...
telinga dah berdengung... dan ada fening sikit...
Mak ketam pergi timbang.... tengok berat jadi 59.5kg...
Fadanlah rasa penat semacam.....
Target nak dapat 60.5kg dah jadi 59.5kg....

Balik dialysis ambil Qeeb dan mintak dia belikan air...
nak tau kenapa Mak Ketam tak boleh pergi beli air sendiri?
Mak Ketam pakai seluar warna putih...
masa tarik plaster tadi, Mak Ketam tertarik jarum sekali... makanya habis darah memancut keluar....
Seluar yang putih jadi bunga-bunga merah.....
Nak pergi kantin?... Malu lah pulak...

Tapi...
Mak Ketam dapat minum minuman kegemaran Mak Ketam...
Sarsi.....


sangat sayang.... tak main-main tau...

LUEM

954 ~ INDAHNYA PAGI INI...

Look around yourselves                      
Can’t you see this wonder                      
Spreaded infront of you                      
The clouds floating by                           
The skies are clear and blue                  
Planets in the orbits                    
The moon and the sun                 
Such perfect harmony                           
Let’s start question in ourselves                               
Isn’t this proof enough for us                
Or are we so blind                  
To push it all aside..
No..                

We just have to                         
Open our eyes, our hearts, and minds                                     
If we just look bright to see the signs                                 
We can’t keep hiding from the truth                     
Let it take us by surprise

Take us in the best way    (Allah..)                         
Guide us every single day.. (Allah..)                   
Keep us close to You                   
Until the end of time..                 

Look inside yourselves                  
Such a perfect order             
Hiding in yourselves                  
Running in your veins                             
What about anger love and pain                             
And all the things you’re feeling                              
Can you touch them with your hand?                     
So are they really there?                          
Lets start question in ourselves                               
Isn’t this proof enough for us?                
Or are we so blind                 
To push it all aside..?
No..                

We just have to                                  
Open our eyes, our hearts, and minds                                     
If we just look bright to see the signs                                 
We can’t keep hiding from the truth                       
Let it take us by surprise
Take us in the best way    (Allah..)                        
Guide us every single day..
(Allah..)                    
Keep us close to You                    
Until the end of time..                
When a baby’s born                  
So helpless and weak                           
And you’re watching him growing..           
So why deny                          
Whats in front of your eyes                         
The biggest miracle of life..                

We just have to                                  
Open our eyes, our hearts, and minds                                     
If we just look bright to see the signs                                 
We can’t keep hiding from the truth                      
Let it take us by surprise
Take us in the best way    (Allah..)                        
Guide us every single day.. (Allah..)                    
Keep us close to You                    
Until the end of time..                                   
Open our eyes, our hearts, and minds                                     
If we just look bright to see the signs                                 
We can’t keep hiding from the truth                     
Let it take us by surprise
Take us in the best way    (Allah..)                        
Guide us every single day.. (Allah..)                   
Keep us close to You                    
Until the end of time..     Allah..                
You created everything               
We belong to You                        
Ya Robb we raise our hands                   
Forever we thank You..

Alhamdulillah





Pagi ini dlm perjalanan ke ofis... akak dengar lagu ini...
aduh...syahdunya..
dengan liriknya yg amat indah...
banyak yang hendak disyukurkan
atas segala kurniaanNYA...

i never dreamed how wonderful my life could really be until the day u came along, and changed my world 4 me


LUEM

Alhamdulillah...

Thursday, February 17, 2011

953 ~Terkenang-kenang suatu waktu dahulu


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


Sewaktu mencari-cari lagu lama.. tiba-tiba ternampak lagu ini dalam youtube. Memang pernah menjadi lagu kegemaran suatu waktu dahulu.

Tahun 1979, akak pergi bercuti ke Air Hitam, Johor selepas peperiksaan SRP. Pertama kali jalan jauh sendiri. Kerumah sahabat baik iaitu Nong yang dahulunya kami berjiran dan kemudiannya keluarganya berpindah ke Air Hitam, Johor.

Bercuti disana mengenalkan akak dengan kawan-kawan baiknya... Hubungan mereka memang sangat akrab. Akak diterima dengan baik sekali dan kami buat rancangan untuk mendaki Gunung Lambak di Kluang, Johor.

Kami seramai 6 orang iaitu Nong, Akak, Arwah Salbiah, Kak Ai, Kak Hendon dan Chik telah berjaya mendaki Gunung Lambak dan bermalam disana. Bila tiba malam, kami memasak makanan dan membuat unggun api dan bernyanyi-nyanyi. Dan antara lagu yang sangat-sangat akak minati sebaik mendengarnya ialah... Tanjung Puteri.

Bila dengar lagu ini dinyanyikan teman-teman.. memang sangatlah syahdunya... terasa nak jadi orang Johor pulak... ( Amacam orang Johor? Doktor singa, KOG dan kak som??..... terasa terkesan tak dengan lagu ini?...)

Kadang-kadang lagu memang memberikan kesan yang sangat mendalam kan?..


akan kusemai keihklasan hatimu.. akan aku semaikan...


LUEM

Wednesday, February 16, 2011

952 ~ Cucu betul..


Muhammad Aqlan Haiqal.
Hari Isnin 14 hb Febuari 9 37pagi.


Dapat berita kelahiran cucu kedua dari FB. Bagus punya nenek sedara... taklah sempat nak ambil tahu pun tentang kelahiran cucu sedara dari anak abang kandung akak. Nizam adalah anak saudara yang sulung dari 4 orang anak abang akak. Akak pernah tinggal dengan mereka satu ketika dulu kerana ingin merasai bagaimana rasanya tinggal dengan adik beradik kandung kerana kami tidak dibesarkan bersama-sama.

Alhamdulillah... merasa juga melihat Nizam yang dahulunya sebesar anaknya... sekarang sudah menjadi ayah kepada dua orang putera.... Tahniah buat Nizam dan Is...


kau yang terbaik jua buatku... tiada akan mensia-siakannya...

LUEM








Tuesday, February 15, 2011

951 ~ Cuti, camera dan cucu

CUTI

Alhamdulillah...
sempena cuti Maulidur Rasul akak pun bercuti dari ke ofis...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua sahabat di luar sana. Sama-sama kita memperbanyakkan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. semuga kita sebagai umatnya mendapat berkat syafaat Baginda s.a.w. di akhirat kelak. Amin.

CAMERA

Dah lama rasanya tidak menembak dengan DSLR... nampak dirumah ja dan kak som.. ada gambar2 yang tergantung menghiasi dinding mereka dengan gambar2 yang sangat menarik.... maka akak menghantar wakil iaitu Qeeb untuk menembak pagi ini...
ini adalah antara hasilnya...

Langit yang biru
( Jemur kain sure kering ni... )




CUCU

Buat KOG
kami pun ada cucu Kucing Oren Yang Gemuk....
selalu terbayangkan KOG bila melihat Dhung-Dhung...



Cucu yang sangat aktif...
2 antara 6 cucu kami...



Boleh jadi gambar Calendar tahun depan tak?



Antara seekor cucu yang bulunya lain dari adik beradiknya...



Dhung-dhung sedang berposing untuk jadi model calendar tahun hadapan...
Agen sedang mencari tawaran yang lebih lumayan...





I had your love, i had it all.. I'm grateful 4 each day u gave me.. I was blessed becoz' I was loved by U... Thank you, sayanggg..


LUEM