Thursday, March 24, 2016

728 ~ Lauk tersedap dalam Donia (setakat semalam)


Balik dialysis.
Merangka nak makan apa.

Ambil Ain dan Aisyah.
Tanya nak makan apa.
Nasi ayam nak tak?
Tak Nakkkkkkkk......

Jika dah selalu sangat nasi ayam, pencinta ayam macam Aisyah pun surrender.

So balik umah...

Ibunya dapat idea.

Udang galah beli hari tu ada lagi.
Keluarkan.

Nak masak dengan pucuk paku.
Pucuk paku takda.
Takda sebab tak cari.

Pastu teruskan.
Kopek kunyit hidup..
Carik2kan daun kunyit.
Keruk serai.

Cili api, kunyit hidup dan belacan masuk blender. Blend sekejap.

Kepala ligat memikir nak kena jugak pi kedai beli kacang buncis.

Keluar jugak.
Gigih tu.

Balik bersihkan kacang buncis.
Potong-potong.
Panaskan periuk yang dah isi bahan blender dan santan.
Daun kunyit dan serai ketuk sekali masukkan.

Dah menggelegak masukkan kacang buncis.

Masakkan.

Jumpa ikan belanak masin dlm peti ais.

Bersihkan dan goreng.

Perahkan asam limau dan patah2 cili.

Makan dengan nasi panas.

ALHAMDULILLAH.

Lauk yg paling sedap dalam Donia....

Friday, March 18, 2016

727 ~ Pengalaman Beranak Kecik...


Cerita yg nak akak kongsikan ni diceritakan oleh empunya diri sendiri.
Jika ada pembaca yg merasa 'offended' akak minta maaf awal2. Ini cerita benar... Dari empunya badan sendiri. Jika dia mampu ketawa waktu bercerita dengan akak, maknanya tidaklah salah akak kongsikan kisah ini.

Sepasang suami isteri yang dah lama berkahwin mendapat anak angkat. Anak dari satu keluarga cina yang sanggup memberikan anaknya untuk dijaga oleh pasangan melayu. Selalu kita dengar kisah begini sewaktu tahun 50an,60an dan 70an. Malah beberapa orang jiran akak di Kg Baru mempunyai anak angkat dari keluarga cina memandangkan kawasan Kampong Baru dahulunya berdekatan dengan kawasan Chow Kit Road. 

Punyalah teruja setelah mendapat baby yang baru lahir untuk dibela membuatkan ibu-ibu yang membela anak angkat ini memberikan segala yang terbaik untuk anak mereka. Ada yang sanggup mengenepikan keperluan mereka sendiri tapi lebih menumpukan segala perhatian dan wang ringgit buat anak yang dibelanya. ALHAMDULILLAH... Ada sahabat akak yang akhirnya mengenang jasa ibu angkat yang membela... Dibelanya ibunya yang telah tua hingga ke nafas terakhir... Ada yang lari balik kepada keluarga asal dan ada yang terus meninggalkan ibu angkat dan ayah angkat yang membela.

Akak kenal mereka sejak kecil.
Sedih bila dengar cerita akhirnya mereka melupakan ibu dan bapa angkat mereka.

Okay.
Panjang2 kisahkan perkara itu pun tak akan habis.
Ini ada kisah paling lucu yang akak sendiri pun baru dengar.

Sewaktu lahir, sahabat akak A telah diberikan kepada ibu dan bapa angkat melayu. Pasangan suami isteri tersebut memang tak pernah membela anak kecil. Memanglah excited tak terhingga.

Hinggalah hari yang ke 15...

Ibu : Aku ingatkan budak ni buta....
Mata tak bukak-bukak.....
Rupanya tidak.....
Syukur Alhamdulillah.
Ada mata rupanya.

Mana taknya...
Baby melayu dan baby india kan sedia maklum matanya bulat bundar. Baru 3 hari dah bulat buka matanya...
Manakala baby cina kan payah nak lihat matanya terbuka....

Sewaktu sahabat akak ni menceritakan pada akak, mmg tergelak besar akak jadinya. Gaya ceritanya yg bersahaja.... Menggayakan keluhan ibundanya yg tak biasa membela baby mmg terasa lawak sesangat.

Kita dahulunya di Malaysia ini kaum Cina tidak keberatan memberikan anak perempuan mereka untuk dibela oleh pasangan melayu. Banyak cerita kita dengar pasangan melayu mendapat anak angkat dari pasangan cina. Sikap saling percaya dan mempercayai antara kaum memang tebal. Anak-anak tersebut rata-rata dibela dengan sangat baik dan sempurna oleh keluarga melayu tanpa dipersia-siakan. Ramai anak jiran akak di Kg Baru adalah anak angkat cina. Nampak bagaimana mereka dipelihara bagai menatang minyak yang penuh oleh keluarga angkat mereka. Alhamdulillah.

Sekarang dah tak berlaku lagi kerana tahap ekonomi kaum cina pun dah ramai yang kaya raya.


Wednesday, March 09, 2016

726 ~ Sebab Sayang Sangat...


Balik dari sekolah.

Ini Kakak....
.
.
.


Ini Adik....
.
.
.



Ini adik.

Dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tetiba dengar adik mengaduh.

"Ouch!"....

Ibu : Kenapa Aisyah?

Adik : Ain pegang jari saya.

Ibu : Kenapa Ain sakitkan adik?

Kakak : Saya pegang jarinya kuat sebab saya sangat sayangkan dia.

Ibu : Balik karang ibu pegang tangan Ain kuat-kuat sampai sakit sebab ibupun  sangat sayangkan Ain.

Kakak : Oh.... Really?
( dia pulak terkejut)

Anak akak tinggal berdua ni jer yg masih berbaju sekolah. Tahun depan Ain dah tak pakai baju sekolah.. Tinggal Aisyah sahaja..

Panjang lagi masa akak mengejar waktu persekolahan...

Monday, March 07, 2016

725 ~ 2 Orang Veteran Bagi Ulasan Movie.


Lepas makan malam.
Buka movie The Marines 4.
Awalnya memang seronok lihat pemandangan dalam hutan Amerika. 
Pergunongan, sungai...

Jalan cerita tentang Hero seorang mengalahkan 20 penjahat.
Bila dah asyik di kejar dan diasak orang jahat.. Hero kekal maintain.. Luka kena sikit jer... Orang jahat seorang demi seorang mati.

Suami : Nampak tak logik... Org jahat bertukar dan tambah peluru.. Hero tak habis-habis peluru.

Isteri : Hero dapat xtra life macam main games. Unlimited life.

Suami : Rasanya ramai kena tembak tadi, tapi nampak orang jahat makin ramai.

Isteri : Mmg banyak bohongnya... Hero kena tembak sipi-sipi jer. Org jahat sekali kena tepat kat kepala...

Suami : Bukanker perempuan tu dah kena tembak ke tadi..?

Isteri : Dia guna life kedua lepas mati td.

Lama juga isteri dan suami beri komen cerita tersebut. Walau nampak tak logik... Tengok jugak sampai habis...

Padahal.. Control depan mata.
Tukar jer channel lain. Ini tunggu jugak sampai habis.

Penangan orang dah veteran.
Banyak tak kena kat mata.


Pemandangan mmg superb.
Itu jer yang berbaloi tunggu buat seorang veteran macam akak.

Sunday, March 06, 2016

724 ~ Bitamin R dan virus M


Sejak akhir2 ni akak rajinlah pulak nak memasak. Macam2 akak pelbagaikan. Akak pun agak heran jugak ni

Mudah jer.
Bitamin R datang.. Maka badan pun sihat nak pelbagaikan lauk. Dulu suka sangat tgk resepi tapi selalunya derhaka pada resepi.... Beli barang tp tak guna semuanyanya.

Akak pulak jenis suka ada bahan masakan lengkap dalam simpanan. 
Akak kemas petiais dan terkejut lihat ada 15 ikat serai dlm simpanan. Mana taknya. Tiapkali nampak serai ambil seikat dua. Sebab suka kalau nak masak cukup bahan. Lama tak masak, berkumpul serai tu sampai 15ikat.

Ada juga bahan yg tak tahan, busuk sendiri dan terpaksa dibuang seperti timun jepun, cili benggala warna kuning.., kacang bendir, peria katak...
Tomato nasib baik tak cepat rosak.. Masih elok.

Melihatkan ada simpanan daun kari segar dan serai... Akak gugel resepi. Dapat resepi yg menggunakan banyak serai.
Ayam Masak Bali.

Gigih akak bangun awal mengajak Qeeb ke pasar. Sampai pasar terus order ayam bahagian peha sahaja. Kemudian cari sayur, bawang dan ikan.

Alhamdulillah. Semua lengkap.

Masak...

Hadilnya..


Kerajinan pulak tu.
Walau dahbeli  sarapan, gigih juga menggoreng kuih keria...


Cerita ptg jumaat pula...


Kawan dialysis beri pes pecal dari Sg Besar.
Balik dialysis hari jumaat gigih cari kacang panjang, taugeh, sengkuang, tempe dan tauhu.

Malamnya makan Pecal.

Pernah cuba buat kuah pecal sendiri... Tak sedappppp.
Yang ini 'Berasa' sambal pecalnya.

Nak kirim lebih2 buat simpanan. 

Tapi..
Andai Virus M melanda...
Demam... Sakit2 badan...
Makan beli jer...