Monday, February 22, 2016

723 ~ Kasih Adik...


Semalam kami meraikan sambutan hari lahir kakak Zahrah. Kebetulan abahnya keluar daerah, maka kami berusaha melakukan sesuatu yang akan menggembirakan hati kakak.

Sambutan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedikit makanan.. Sebiji kek dan cenderahati.

Kerana masing2 ada tugas masing masing.. Hanya akak dan qeeb berdua keluar membeli barang-barang keperluan.

Setelah kek dibeli... Menanti agak lama juga kerana kek yg dihajati belum dihiasi,.. Kami meneruskan singgah dibeberapa kedai lagi untuk persiapan majlis makan2 sekeluarga.

Asalnya kek tersebut dipegang oleh Qeeb. Tp bila dah asyik keluar masuk kereta dan keluar masuk kedai.. Qeeb meletakkan kek tersebut di bahagian letak siku kereta kami. Sedikit pun kami tak perasan kek tersebut berada di dalam keadaan begitu.

Sehinggalah waktu ingin membuat pusingan di lampu isyarat kereta agak  laju.. Terdengar bunyi benda jatuh. Namun akak dan qeeb mengambil masa yang lama memikirkan 'maybe benda lain bukan kek' yang jatuh sehinggalah smaa-sama teringat Nasib Cik Kek Kakak sejak kami beli tadi.

Memang bagai disangka kek dalam kotak tersebut terbalik.... Dalam hati puas berdoa janganlah jadi apa-apa pada kek tersebut.

Qeeb buka kotak tersebut perlahan-lahan.
Akak sambil tangan di stereng.. Dan berdoa... Intai kotak kek yg dibuka Qeeb.

Lama Qeeb tenung keadaan kecederaan Kek Kakak tersebut... Huruf hilang... Ising... Melekat pada kotak...
Coklat hiasan tak patah cuma senget

Nampak titisan airmata Qeeb jatuh
Mmg pemandangan yang sangat menghibakan. Sayu... Tangisan tanpa suara.

Akak nak mengambil hatinya..
" Kakak tu lembut hatinya.. Dia takkan marah kita bawa balik kek ni padanya.."
Qeeb terus pandang akak dan berkata
" Ibu kena pusing semula. Kita pergi semula kedai itu. Kalau perlu beli yang baru kita beli..".

Akak mengambil ringan kerana akak memang sedia maklum.. Anak sulong akak hatinya mudah bertolak ansur.. Kejadian yg berlaku tanpa sengaja mmg akan mudah dia fahami.... Lagipula akak dah kenal anak2 akak tak mana akan kisah sangat nak makan kek jika dibeli hingga 2 biji. Nanti jadi pembaziran.

Akak melihatkan ketegasan Qeeb mengajak pergi semula kedai tersebut pun mengikut saranannya.

Sampai kedai, pekerja di situ tumpang simpati  melihatkan kami masuk ke dalam kedai dengan Qeeb mata merah masih berair... Even sewaktu memberitahu pada pekerja di situ pun suara tersekat2 dan menangis2...

Puas dipujuk pekerja dengan mengatakan boleh buat hiasan semula dengan upah tak seberapa. Keknya tidak cedera parah hanya solekan mukanya jadi tak sememeh jer.

Nampak bagaimana kasihnya si Adik  hendak mempersembahkan sesuatu yg lebih sempurna buat kakaknya yang tersayang. Jika qeeb juga seperti ibunya yang 'tidak apa' janji boleh makan..... Tentunya sambutan harilahir kakak tidak semeriah semalam beserta dengan kenangan paling manis.


Saturday, February 20, 2016

722 ~ Kena Ubah


Entry utk peringatan sendiri

Sejak 9tahun dialysis.. Macam2 rasa
Paling ketara berat badan

Pandai jaga air.. Berat kurang.
Antara usaha nak jaga air ialah puasa.

Jika tak puasa mmg tak boleh kawal air. Perasan macam minum taklah banyak mana. Tp bila timbang, haaaaaa baru terkejut... Tp dlm hati boleh menyebut..
" Laaaa.. Banyak rupanya..."

Then berulanglah selama bertahun2.

Kemudian jadi episod sesak nafas.
Air dah terlalu banyak maka nafas jadi sesak.

Selalunya sempat nak menyampai kehari dialysis seterusnya. Rasa lega bila air dapat dikeluarkan. Maka mulakan azam untuk kurangkan air.

Cakap nak kurangkan minum air mmg dah selalu. Kejayaan nak kurangkan mmg tidak pernah berlaku selagi tidak ubah tabiat minum. Air bikarbonat dan perisa teh, kopi yg pelbagai sentiasa menganggu diet akak. Kalau puasa pun... Pekena teh O panas pun boleh melarat2 hingga bercawan2. 

Kena ubah.
Kena ubah.
Kena ubah.

Tapi cammana?

Sesiapa ada cadangan?

Monday, February 15, 2016

721 ~ Akhirnya pulang ke tempat asal.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Setelah 2 bulan mencuci di private dialysis centre dan 1 bulan setengah berulang di Hospital Shah Alam.. Akhirnya pagi Isnin ini 15hb Febuari 2016... Akak balik cuci di Unit Dialysis Hospital Serdang. Rindu dah shift pagi dan 1, 3 , 5.

Seawal pukul 4 pagi akak dah terjaga. Xcited tak terhingga nak balik semula mencuci di tempat yg dah berjasa selama 8 tahun. Shift pagi pulak tu...

Waktu di swasta akak dapat pagi tetapi 2,4,6. Bila nak kemana2 hujung minggu.. Akak harus dialysis dahulu pagi Sabtu baru boleh bergerak kemana2. Andai dapat 1,3,5.. Tengahari Jumaat dah settle bab dialysisi ni. Nak balik kampong hari jumaat tengahari tu pun boleh dah. 

Namun di Shah Alam akak ada pelawat yg tak pernah berkesempatan hendak ke Serdang atas faktor masa dan jarak. Kami bertemu pula di Hospital Shah Alam.


Tetamu pertama..
Datang dengan ibu mereka. 
Jodoh kami bertemu di shah alam.


Depa kenalkan kek dan pie yg sedap ini
Jika tidak mmg tak tahu kedai cake ini..


Teman sekolah yg datang nak buat surprise.. Akhirnya depa yg tersurprise...


Tamu akhir ini dua kali bertemu di Shah Alam. Terima kaseh Leen....

Akak rindu keramahan staff Unit Dialysis hospital shah alam iaitu Encik Nesh dan anak buahnya SN Shikin, MA Syahmie dan MA Fahmie. Semuga mereka terus  berkhidmat dengan cemerlang dan berjaya di dalam jawatan yang lebih tinggi.

Alhamdulillah.

Tuesday, February 09, 2016

720 ~ Biasanya Anak ikut Ibu...


Sudah menjadi kebiasaannya ...
Anak ikut ibu.
Jarang ibu ikut anak....
Tp mengenai tekak dan selera.. Ibu ikut Anak...

Akak tak pernah seumur hidup masak perut muda. Perut lembu yg jenis usus.
Yang begini....



Pagi tadi akak bawa qeeb pergi pasar. Sebaik dia ternampak perut ini, terus teringin nak buat lauk. Akak tertanya-tanya pada penjual nak masak apa perut tersebut. Katanya rebus... Pastu makan cicah air asam. Akak tak berminat masakan begitu.

Anak akak pernah makan sewaktu di Melaka... Kenduri waktu hari raya Aidil Adha.. Perut usus muda tersebut dimasak Gulai Asam Pedas Daging. Akak tak rajin nak buat asam pedas daging.

Dalam pada tertanya-tanya nak masak apa.. Ada pembeli yang dengan mesranya memberitahu... " Masak goreng  dengan cili api sedap giler... ".
Statement Berani Mati tu...!!!

Nampak gayanya orangnya ramah mesra. Akak berani nak tanya resepi.
Dia bagitahu perut tersebut dah bersih. Cuma perlu rebus dahulu dan kemudiannya potong hiris2 dan goreng.
Kemudian tumiskan cili dan bawang. Masukkan perut tersebut. 

Balik pasar akak cuba buat.
Alhamdulillah... Sambalnya sedap cuma perutnya sepatutnya rebus lama lagi sehingga lembut. Tak tahu sebab cuma diberi resepi rebus... Tak cakap nak bg lembut. Boleh dimakan cumanya liat dan payah hadam.

Pertama kali seumur hidup akak masak dan makan perut lembu. In syaa ALLAH.. Lainkali dah pandai masak dan makan boleh buat menu lain pula.

Ini namanya ibu ikut tekak anak.

Thursday, February 04, 2016

720 ~ Tak tau haribulan....


Seperti biasa sarapan pagi anak kami sediakan dengan minuman air kotak dan roti perasa jagung, vanila, coklat dll. Roti-roti tersebut dibeli dengan banyak mengikut tarikh luput.

Selalunya ianya bertahan 3hari dari hari beli. Makanya tiapkali beli mmg berlebih. 
Seminggu beli dua kali untuk menampung sarapan seminggu.

Pagi semalam akak dan anak sulong bangun dengan tak tahu nak sarapan apa. Akak dah berhenti dari membeli nasilemak tersedap di Bangi makanya akak akan sarapan makanan yang tidak menaikkan kolestrol seperti roti dan oats.

Akak lihat roti sarapan anak2. Nampak mmg banyak lagi. Lihat pada tarikh akak terkejut kerana tarikh luput adalah hari tersebut. Akak segera minta anak sulong akak makan roti yg bertarikh luput 4hb Feb. Banyak juga kami terpaksa habiskan dan tinggalkan roti yg bertarikh 5hb febuari. Mana yg terasa muak akak cicahkan dengan air nescafe o. Memang lancar lah. 

Lapang hati akak melihat roti tidak berbazir. Cuma tinggal roti bertarikh 5hb untuk esok.

Tetiba handphone akak berbunyi.

Ternampak tarikh di handphone hari ini adalah 3hb Febuari....

Hahahahahahahahahahhaa
Roti untuk sarapan anak-anak pagi esok kami dah habiskan... Hahahahahahahahaha
Mmg nak ketawa.

Ingat takmo membazir...
Rupanya kena beli pula.

Ptg ni tunggu roti lalu.
Beli roti untuk sarapan esok pula....
Hahahahahahahahah

Andeh dah strike back....


Tiada roti gardenia pula bai roti ni.
Terpaksa beli jenama ini pula....
Lainkali kena hati2 lihat tarikh luput.

Tuesday, February 02, 2016

719 ~ Semangat nak hidup..


Kucing akak namanya Adik.
Adik ni adik kepada Abang.
Abang kucing jantan.
Adik kucing betina.

Adik dan abang anak Mika.
Abang jadi kucing jantan yang sangat baik. Tak pukul kucing lain dan malangnya abang selalu kena buli dengan Kelabu, Oren dan Malaysia.

Adik bersalin baru ni.
Anak pertamanya mati sebaik dilahirkan.
Anak keduanya sangat kecil.
Rasanya tak cukup bulan.
Sangat halus.


Beza sungguh anak Bagira dan saiz anak adik yang kami namakan Mikey.
Lahir hari Jumaat.
Mampu hidup tanpa ibu dan susu ibu selama 4 hari sahaja.
Namun begitu kami semua sangat menyayanginya.
Qeeb usaha belikan botol susu dan kakak zahrah usaha belikan susu kambing utk disuapkan pada Mikey. Tp Mikey tak mampu lagi hidup tanpa ibunya yg sejak dari hari pertama tidak menghiraukannya.