Kami sudah berjiran hampir lapan tahun...
Setiap kali beliau hendak keluar bekerja, beliau akan lalu pulang dan balik depan rumah akak.
Setiap kali suami beliau ke surau, sering bertemu suami akak.
Tapi kami belum dijodohkan bertemu.
Sehinggalah petang semalam.
Akak sedang membuka pintu pagar untuk masuk kedalam kawasan rumah.
Tetiba ada sebuah kereta berhenti depan rumah akak. Melihatkan caranya bagai seseorang hendak bertanyakan sesuatu.
Akak mendekati kereta tersebut dan si isteri mengucapkan salam dan memuji pokok belimbing akak.
Mula2 nampak 2/3 tangkai
Pastu nampak lebat sampai ke pucuk..."
'Alhamdulillah'.... Jawap akak.
" Tiapkali saya nampak dan terbayang sedapnya kalau dibuat gulai"..
' Ya Allah.. Kenapa tak bgtau hendak...
Kalau puan ambil pun saya halalkan...
Memang puas saya sedekah2 pada kawan2...'
" Terima kaseh, In syaa ALLAH...."
Sambil menghulurkan tangan utk bersalam..
' Saya Rahmah...'
" Saya Ramlah..."
Senyum lebar akak. Namapun hampir serupa.
Lepas tu mulalah bercerita panjang. Sikit2 suaminya menyampuk bagitahu selalu jumpa suami akak disurau.
Rancak sangat kami bercerita.
Orang yg akak ingatkan saja lalu di kawasan perumahan rumah akak rupanya jiran akak sejak 8 tahun lepas.
Sungguh akak tak pernah nampak kereta dan orang tersebut lalu pulang balik depan rumah akak. Dan tak tahu dimana rumahnya. Seorg jiran yg 'baik' akak ni kan?????
Alhamdulillah.
Silaturrahim sudah bermula.
Akan bertambah mesra selepas ini.
Bermula dengan pokok belimbing....
Akak dah bertambah jiran...
Alhamdulillah.
Assalam Rahmah,
ReplyDeleteDah lama akak tak blog walking. Hari ni baru duduk depan lappy nak jengok blog kawan2.
Akak pun akan datang meminta jika kita berjiran sbb akak suka sangat belimbing ni utk buak lauk, especially buat sambal belacan
hihihi
Waalaikummussalam kak nanie..
DeleteAndai kita berjiran, mmg kak nanie org pertama dapat dahulu....
terima kasih pokok belimbing ^_^
ReplyDeleteBetul tu Ai
DeleteSyukur Alhamdulillah ada pokok belimbing sebagai topik utama...
saya akui.... sesetengah jiran kat rumah saya pun saya tak cukup kenal dengan mendalam...
ReplyDeletenama pun setakat nama panggilan...
Kat kawasan rumah saya pun IM
DeleteLebih2 lagi jika jiran tersebut bekerja.. Mmg jarang bersua.
Kakcik kenal jiran sebelah tp amat jarang kami bersembang...:)
ReplyDeleteKakcik
DeleteJiran sekarang tak macam jiran dulu
Jiran dulu punya mesra sampaikan kita boleh bawa pinggan nasi dan makan lauk depa...
buah belimbing punca persaudaraan...hahahahahaha....
ReplyDeleteSejak dua menjak belimbing ni berbuah lebat.. Masa togel dulu takda yg menegur..
ReplyDeleteEkekekekeke