Monday, March 09, 2015

735 ~ Jejak Kasih....

Setelah sebulan berbual di telefon, petang smlm akak berpeluang bertemu anak arwah kak Rosnah... 

Beliau datang ke BBBangi dan pertemuan di Mc D.

Alhamdulillah...
Syukur. Masih berpeluang bertemu setelah lebih 33 tahun tidak bertemu.
Wajahnya makin cantik dari dahulu.
Penampilan diri yang sangat sempurna.
Tentunya tersenyum kak Rosnah andai akak berpeluang beritahu padanya bagaimana cantiknya anak dara sulongnya dgn penampilan begitu.

Kenangan demi kenangan kami bualkan. Keluar semua nama yg sama2 menjadi teman sepermainan. Usia Roslin sama dengan anak saudara akak. Olehkerana anak saudara akak memanggil akak dgn panggilan 'acik'... Sejak kecil beliau turut memanggil acik. Arwah kak Rosnah juga membahasakan diri akak 'acik' pada anak2nya...

Alhamdulillah.
Pertemuan walau seketika tapi cukup menghilangkan rasa rindu pdnya.
Semuga silaturrahim kita berpanjangan.

Alhamdulillah.



Tidak akak menyangka nama adiknya menjadi penghubung jejak kasih kami.
Al Fatihah buat Arwah Mohd Rathady.

6 comments:

  1. Kata orang, salah satu cara menghargai persaudaraan dengan yang telah tiada ialah menziarahi/menghargai waris terdekat beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mmg mengikut seperti itu. Selepas arwah emak saya meninggal.. Semua kawan2 arwah emak saya .. Saya kunjungi. Mmg saya suka menyambung silaturrahim dgn sahabat emak saya. Malah dgn anak2 mereka. Saya usaha cari.

      Delete
  2. indahnya ukhuwah itu..dn dil pula yang sayu..
    cantik dan manis 2-2 wanita di atas tu ye...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Jika nak menyambung silaturrahim selalu ALLAH akan permudahkan.
      Syukran Dil...

      Delete
  3. Cantiknya dia... Anak2 sebagai penyambung silaturrahim yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dah emaknya mmg cantik..
      Anaknya dan cucunya pun turut cantik.
      Arwah kak Rosnah macam wajah Saira Banu....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata