Tuesday, February 24, 2015

731 ~ Kembalikan TV ibu....


Tiapkali nak buka tv jika tanpa remote control.. Mesti jadi begini...



Puaslah ibu terpicit2 tah apa button di remote control utk memulihkan siaran. Hampeh...
Ibu mmg tak ingat nak kena tekan yg mana..
Ibu akan menjerit memanggil kakak zahrah. Satu rumah akan dengar laungan kecemasan ibu... Ibu mahu siaran segera pulih. Ibu tak suka dengar bunyi bising yg keluar dari tv.

Kakak akan segera datang dan akan bantu ibu hentikan bunyi yg sangat menjengkelkan yg keluar dari kotak speaker tv...

Kakak seperti biasa dengan tenang menerangkan apa yg perlu ibu picit bila berlaku seperti itu. Rasanya dah berpuluh tahun ibu diajar kakak tapi tetapla ibu lupa nak picit yg mana satu....

Akhirnya ibu bgtau kakak
Takpa... Kakakkan ada.. 
Bila jadi macamni ibu cari kakak jer.....



Kenapa laaaa ibu tak boleh nak ingat tekan butang mana?
Banyak benda lain ibu ingat tp tidak butang remote control tv.....

Tolong..Ibu nak tv yg senang control
Picit satu butang.. Boleh control semua...

Monday, February 23, 2015

730 ~ Merasa jugak akhirnya..


Bila balik dari hospital mengikut laluan Bandar Baru Bangi... Memang akak perhatikan ada satu gerai makan baru bukak yang diberi nama 'Warung Ikan Bawal'... Kereta yg di letakkan ditepi jalan  berhampiran gerai tersebut tak pernah kurang. Sentiasa penuh. Bermakna sambutan yg amat menggalakkan.

Setiapkali lalu di situ mmg akak keseorangan..  Untuk singgah dan menjamu selera sendirian mmg tidaklah. Mesti lebih berselera jika ada teman yang menemankan dan boleh bual2.

Tapi hari ini akak dah teringin sangat.
Akak parking di tepi jalan tidak jauh dari situ. Landmark gerai tersebut ialah warung roti canai atas bukit. Di simpang tiga antara Shell dan warung atas bukit.

Akak beli bungkus untuk anak2 dirumah olehkerana menu utamanya Ikan Bawal tp malangnya ikan bawal tiada. Mungkin kerana masih musim perayaan....
Akak mengambil 2 ketul ayam dan 2 ekor ikan kembong besar utk kami berempat beranak.

Ayam mmg betul2 baru diangkat dari kuali. Harumnya mmg semerbak. Agak ralat juga sebab tak dapat ikan bawalset makanannya ialah Kuah kari kosong, sambal belacan, sambal kicap dgn hirisan bawang dan cili dan ulam-ulaman.

Dalam perjalanan balik mmg bau sangat semerbak dalam kereta. Rasa tak sabar hendak menikmatinya.

Hidangan set begini mmg terkenal di bahagian utara negeri iaitu Pulau Pinang. Terdapat banyak warung yg menyediakan juadah yang serupa. 
Melihatkan sambutan dari pengunjung gerai mmg sangat menyakinkan akak tentu rasanya lebih kurang sama yg terdapat di Pulau Pinang...


Ikut selera akak..
Bolehlaaa
Sambal belacannya mmg sangat pedas
Ikan dan ayamnya kalau dimakan diwarung lebih enak kerana baru keluar kuali...

Nak kena pi warung kat Pulau Pinang juga laaa mcm ni.




Friday, February 20, 2015

729 ~ Cuti yg tak cuti.....


Seronok bila tiba musim cuti..
Keluar rumah pagi2 nak ke hospital tidak sesak jalanrayanya.


Jika haribiasa, waktu begini dah sesak sgt...
Di tol Sg Ramal... Lega sangat. Lorong tambahan tak perlu dibuka. Lancar sesangat nak ke Hospital.

Bapa mertua pula sedang mendapatkan rawatan di wad. Kami tidaklah balik ke Melaka untuk bercuti tapi kami berulang alik ke Hospital. Ada ketikanya jadi medan berkumpul adik beradik.


Anak sedara yg kebetulan ada.


Macam adik beradik kan?....

Qeeb menghiburkan hati adik2nya yg tak bercuti dgn bawa kami ke kolam ikan Lampam di UPM. Seronok Aisyah dan Ain bg makan roti pd ikan2 yg dtg berebut2 makan roti tersebut... Asyik juga dibuatnya.


ALHAMDULILLAH...

Monday, February 16, 2015

728 ~ ALHAMDULILLAH... ALLAH mmg sangat Pengasih dan Penyayang.


ALHAMDULILLAH

Rentetan dari entry akak yg bercerita ttg tv dan surat.. Membawa kepada kenangan akak dengan kak Rosnah.

Bila dah teringat mmg laaaa akan ada rasa rindu. Akak mencari melalui FB nama anak2nya tapi tak satu pun dapat. Sehinggalah akak teringat nama seorang daripada anaknya yang bernama Rathady. Nama itu mmg menjadi kemarahan kak Rosnah sebab kesilapan waktu pendaftaran. Beliau mahukan nama anaknya Radhi tetapi kesilapan itu terjadi. 

Sewaktu beliau mendapat Surat Beranak anaknya akak ada sama di situ. (Kan akak dah cerita akak paling rapat dgn kak Rosnah) waktu bidan kerajaan datang kerumah waktu beliau hendak melahirkan pun akak ada bersama... Waktu bidan mandikan anaknya pun akak pun sebuklaaaa sama... Sehinggalah waktu bidan datang mandikan dan lawat bayi selepas dilahirkan pun akak akan ada sama..... (Bini penghulu pun tak menyebuk macam ni.....)

Jadinya akak mencari di FB menggunakan nama Rathady... Alhamdulillah.... Dapat....
Tapi...

Makin akak scroll ke bawah, beliau diberitakan sudah meninggal dunia kerana banyak ucapan takziah. Aduhai.... Tak dapat lah nak tanya kabar.

Kemudian akak cuba hantar mesej kepada teman FBnya yg akak rasakan sahabat atau teman paling rapat arwah...
5 mesej serupa akak hantar pada mereka.. Agak lama juga akak menantikan jawapan.

Sehinggalah pagi tadi akak dapat balasan dari salah seorg teman arwah. Beliau turut memberikan no talipon isteri arwah dengan namanya.

Akak pun terus menalipon isteri arwah.
ALHAMDULILLAH...
Selepas akak mengenalkan diri dan bgtau serba sedikit mengapa akak hendak no talipon keluarga beliau, beliau pun memberikan akak no tel anak sulong kak Rosnah iaitu Roslin.

Akak pun terus menalipon Roslin.
ALHAMDULILLAH.
Beliau masih ingat dan kami berbual dengan bertubi2 soalan dari akak.
Paling sedih kak Rosnah sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2005. Manakala suami kak Rosnah pula meninggal pada tahun yg sama dengan pemergiaan anak kedua mereka pada tahun 2013. 

Al Fatehah buat mereka semua.

ALLAHUAKBAR
ALLAH pertemukan kami semula.

Saturday, February 14, 2015

727 ~ Walaupun jauh..... Jika sudah Rezeki...


Akak mendapat jemputan dari ibu pengantin dan pengantin untuk menghadiri majlis perkahwinan di Institut Kraftangan Rawang di Templer Park.

Waktu sekolah memang sering akak ikut trip ke Hutan Lipur Templer Park bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). 

Memandangkan akak memang ada ramai sahabat dari sekolah yg berlainan. Acara seperti itu yg dapat mempertemukan kami. Selalu kami tidak melepaskan peluang begitu. 

Kalau dulu bila ada acara .. Kami akan menaiki bas yang disewa khas dari ibupejabat PBSM.

Citer hari ini....

Sejak pagi akak dah berbelah bagi antara pergi dan tidak. Bapa mertua sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Baru pagi semalam menjalani pembedahan. Rasa nak pergi kemajlis memanglah rasa keberatan yg amat.
Suami mengizinkan kerana yang menjemput sangat dikenali suami isteri. Cuma suami tidak dapat turut serta dgn keadaan abahnya berada di hospital dan baru dibedah.

Akak menghantar mesej pada pengantin mengatakan tidak dapat menghadirkan diri. Mesej diterima.
Namun hati akak rasa bagai tak tenang.
Akhirnya bertemankan Qeeb... Kami pergi juga memenuhi jemputan.



Berpandukan Waze.... Akak memandu mengikut jalan yg menghindarka akak dari kesesakan.

Dari rumah keluar ke Uniten highway-UPM-Mines-Bandar Tasik Selatan-MRR2-keluar ke jalan ceras HUKM kerana MRR2 mengalami kesesakan yg sangat teruk-jalan stadium-jalan Bank Negara-jalan kuching-pasar borong-templer park.
Akak nampak perjalanan arah Selayang-Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang sangat teruk.

Setibanya kami terus bertemu ibu pengantin dan kami menjamu selera. Alhamdulillah... Rupanya dalam pada hati keberatan nak menempuh perjalanan yg jauh ini... Kami akhirnya tiba jua kerana sudah ditakdirkan rezeki kami dah tertulis disana. 

Pernah kami pergi ke majlis perkahwinan ygmana kami tidak dapat menjamu selera lansung... Even segelas air atas masalah salahfaham meja utk pihak pengantin lelaki berkurangan dan meja yg disediakan amatlah terhad. Dalam pada kelamkabut tanpa tempat untuk duduk... Kami (ahli rombongan yang terdiri dari 10 orang) pun pulang dan kami menjamu
selera di tempat lain.
- begitulah andai rezeki kita mmg tiada disitu.




Bergambar bersama ibu pengantin.

Perjalanan pulang pula mengikuti 
Jalan Ipoh-rawang kemudian masuk LATAR-lebuhraya Guthrie-Bukit Jelutong-Elite-Saujana Putra-SKVE-Silk Highway-Hospital Serdang.

Dua perkara besar terlaksana juga sudahnya.
ALHAMDULILLAH.

Wednesday, February 11, 2015

726 ~ Surat dulu... Mesej sms dan WA skrg......


Bila bercerita smlm mengenai surat .. Teringat kembali akak wakty zaman kita bergantung pd surat menyurat sahaja untuk bertanya kabar.

Bila ada kawan baik yg jd jiran pindah mengikut ayahnya bertukar kerja ke Air Hitam .. Maka surat menjadi alat perhubungan kami. Sebaik dapat surat dia, akak segera balas.. Sebaik dpt surar akak, dia pun terus balas. Masa dulu seten 15sen. Beli banyak2... Senang takyah nak selalu pi pejabat pos utk beratur dan beli. Dah siap balas cuma masukkan jer dlm posbox yg ada depan pejabat pos.

Pejabat pos kegemaran akak adalah di Jalan Dewan Sultan Sulaiman yangmana berdekatan dgn sekolah menengah akak dan Pej Pos Jln Gurney... Ianya dibawah bangunan jabatan ukur. Kena naik bas dari rumah akak.

Bila cuti sekolah mmg menanti2 surat dari beberapa org sahabat karib. Cuti duaminggu pun penting bertanya kabar. Kongsi cerita buat apa semasa cuti...

Nampak posmen lalu pukul 11pg.. Jika nampak ada surat utk akak, mmg happy sangat. Dulu2 arwah mak tak sibuk dpt bil mcm kita sekarang. Bil itu... Bil ini...
Dulu bil cuma bil letrik dan bil air ygmana petugas LLN dan jabatan air dtg rumah. Cuma bil cukai pintu dan bil cukai tanah sahaja melalui pos. Itupun 6 bulan sekali.
Agaknya kalau arwah mak dapat bil mcm  Yang kita dpt sekarang.... Harus mak nanges meraung... Ek???

Nota/surat dari kak rosnah tu anaknya jd posmen. Kalau dah ada WA lg mudah agaknya. Tulis dalam buku rampaian sekolah anaknya... Lipat 8 kali kasi kecik.. Takyah sarung... Sbb dpt surat hari2....  Tulisannya mmg cantik... Pastu speaking jer bila menulis. Maklumlah pelajar MCE... Speaking mmg berhabuk2....

Sebenarnya bila mentioned kak rosnah dlm entry smlm.. Rasa rindula... 
Nak cari juga kak rosnah ni...


Tuesday, February 10, 2015

725 ~ Dulu dan Sekarang......


Waktu akak kecil2 dulu ... Rumah akak tiada TV. Arwah mak tak berminat nak menonton TV yang padanya rata2 cerita di TV adalah cerita Omputeh dan banyak adegan yg tak elok ditonton kanak2.

Akak pun kalau nak menonton kena pergi tumpang menonton di rumah penyewa rumah akak takpun kerumah jiran. Banyak kenangan masa menumpang menonton TV rumah orang.

Jom kita mula dengan jiran A.

Akak suka pi menonton dirumahnya kerana dia suka mengulas cerita2 yg kami menonton. Kak Rosnah yang punya anak kecil2 suka ajak akak menonton dirumahnya kerana waktu itu akak berusia 13/14tahun... Pada kak Rosnah, seronok nak bual bicara mengenai kisah Six Million Dollar Man... Bionic Woman.. Cerita hujung tahun 70an.. Dll. Dia suka ulas balik dan bgtau apa yg dia fikir mengenai sesuatu episod itu.
Yang paling best sekali bila waktu akak sampai dia sedang makan anak beranak. 

Kak Rosnah pula mmg seorang yg pandai masak. Makan berebut2 dgn anak2nya mmg seronok berbanding makan sensorang dirumah. Arwah mak pula kadang2 ada.. Kadang2 tidak sebab pi mengajar mengaji anak saudara dan jiran di rumah mereka. Ada yang tinggal di Jalan Aman, berhampiran Jalan Tun Razak. 

Arwah mak akan masak lauk waktu sebelum zohor  kemudian selepas zohor beliau akan pergi mengajar kerumah saudaramaranya dan mengajar ramai anak saudara dan anak jiran2 mereka yang agak ramai. Selalu arwah mak akan solat maghrib dan isyak di sana dan malah adakalanya mmg selalunya makan malam dahulu sebelum pulang kerumah. Makanya banyak masanya akak akan makan sendirian dirumah.

Kak Rosnah pula sangat suka kalau akak dapat kongsi lauk yg arwah mak akak masak. Akak bawa lauk seperti rendang ayam atau rendang daging yang sangat kak rosnah suka. Satu lagi kalau arwah mak buat kuih karipap, apam tepung beras atau wajid.. Mmg akak akan bawa untuk dimakan bersama kak Rosnah.



Jiran B

Menonton dirumah  Penyewa rumah akak waktu akak berusia 6 tahun. Sebab waktu ini akak kecil lagi.. Akak selesa menonton di rumah penyewa kami yg rumahnya hanyalah sebelah rumah kami. Antara cerita yg akak suka tengok 
Giant Robot.. Cerita drama melayu... Spt Pontianak dan lain2. Cerita sekitar awal tahun 70an.

Waktu ni kalau menonton TV malam2.. Hendak2nya pulak cerita seram.. Nak balik rumah mmg selalu kena sakat. Walaupun cuma sebelah rumah tapi nak balik dan menunggu emak atau makcik bukakan pintu mmg menakutkan dalam keadaan malam yang gelap. Bila ditakut2kan mmg akak akan menangis.
Keesokkannya akan jadi bahan gelak oleh teman2 sebaya.

Akhirnya sewaktu akak berusia 14tahun barula arwah mak belikan TV sebab mungkin arwah mak melihat umur 14tahun dah tak manis nak menumpang nonton TV dirumah jiran. 

Banding sekarang dan dahulu..
Dahulu nak mendapatkan sebiji TV mmg payah. Berhutang dan bayar bulan2 selama setahun dengan kedai letrik.. Manakala sekarang TV mampu dibeli tanpa berhutang. Hinggakan setiap ruang dan bilik di rumah kita ada TV. Anak2 sekarang tak pernah merasa susah. Bezanya taraf hidup kita waktu sekarang dengan dulu.

Apapun akak suka dahulu sebab banyak kenangan. Kalau akak tak menumpang TV rumah kak Rosnah, takdalah ikatan kakak angkat antara akak dengan kak Rosnah.
Tak adalah surat dari Kak Rosnah mengingatkan akak 'malam ini ada cerita apa' 'Apa lauk hari ini' dan ada satu surat yg selalu akak dapat.. Kandungannya hanya akak dan kak Rosnah saja yang tahu.

Walau dimana kak Rosnah ada.... I will remember u dan missed u.....







Thursday, February 05, 2015

724 ~ Penunggu Rumah..


Sejak di serang oleh si Kitam... Kitam ni punya sejarah dirumah kami. Pernah menumpang beranak dirumah kami, memindahkan anak2nya.. Kemudian datang semula... Pindah semula setelah anak besar dan kemudian datang balik semula di rumah kami sendirian... Tak tahu mana anak2nya.

Sekarang ni mmg Kitam agak aggresif bila melihat Mika dan Bagera yang darang tinggal dirumah kami selepas dia berpindah bawa lari anak2nya dari rumah kami. Pantang lihat Mika dan Bagera berkeliaran diluar rumah, Kitam akan menerkam dan menyerang Mika dan Bagera. Mungkin sebab Mika ada naluri seorang ibu, maka Mika juga berani melawan kembali di Kitam. Pernah juga akak lihat mencicit juga laaa si Kitam melarikan diri dari lawan balas Mika.

Akan tetapi Bagera seekor kucing muda, selepas cedera di lukakan menjadi sangat takut untuk keluar berkeliaran waima depan pintu sekalipun.... Dia lebih selesa duduk2 dalam rumah dan bermain bergurau dengan Mika apabila Mika ada dirumah. Lebihnya Bagera lebih suka baring dan tidur di atas sofa atau bawah meja makan.


Rancangan akak selepas baik lukanya akak nak bawa 'Kasi'/Mandulkan Bagera  agar terus menjadi Penghuni Rumah. Baru ni doktor bgtau kena tunggu demamnya baik.. Kemudian bawa untuk Vaksin pertama. Lepas sebulan bawa untuk Vaksin Kedua dan selepas sebulan baru boleh di kemirikan.

Sebab tu laaa usaha akak selalu gagal untuk kemirikan ibukucing kesayangan kami sebelum ini kerana jangkamasa yg panjang begitu menunggukan vaksin-demam-vaksin-demam. Sementara nak tunggu vaksin kedua, Baby Ching dah termengandung..........
Dengan Bagera ianya berbeza kerana Bagera lansung tak keluar rumah sekarang ini. Mudah2an usaha ini akan berhasil.

Tuesday, February 03, 2015

723 ~ Serupa macam ibu dia...


Bila Aisyah menunjukkan minat nak memasak, teringat kisah akak waktu kecik dulu. Sebelum pandai masak, akak main masak2 dgn kawan sebaya.

Kami menggunakan periuk mainan utk masak nasi. Pasang api dari kayu. Batu bata jadi tungku periuk kami.

Nasi mmg masak.. Kadang2 mentah.. Tapi sedappppppppp
Rasa sangat nikmat dpt makan nasi yg seciput tu dalam periuk nasi mainan jer pun... Tapi nikmat sungguh makan panas2... Periuk penuh jelaga pun tak kisah. Badan bau asap pun tak kisah... Janji dapat makan beras yg kami bawa dari rumah dan kami masak jadi nasi.

Lauk selalunya kami rebus telor. Kalau
Nak goreng pun kami goreng ikan bilis dalam kuali mainan juga. Itu pun rasa nikmat juga.....

Bila lihatkan anak2 akak sekarang tak pandai nak lasak2 diluar rumah macam akak rasai waktu 40 tahun dulu... Kesian juga... Macamana kami akan petik segala daun2 yang jadi pokok pagar seperti pokok pandan serani.. Bunga raya.. Bunga yg berwarna warni.. Kami jadikan bahan jualan. Kenkononnya sayur2an...

Jadinya petang tadi bila Aisyah teringin
nak goreng telur dadar sendiri.. Akak biarkan tapi dipantau oleh kakak zahrahnya...



Chef Aisyah
Lengkap pakai apron dan topi chef kakaknya.

Siap telur dadar, bagi ibu rasa.
Perfect rasa garamnya.....
Nanti belajar nasi minyak pula....