Sejak mengenali GPS beberapa tahun dulu.. kami mengenali suara yg memberi arahan kekiri kekanan.. Berhenti.. Ambil laluan kedua... Garmin nama gadjet kami dan Sally nama suara yg memberikan arahan.
Sally kami hilang sewaktu pencuri memecahkan cermin kereta dan membawa lari sally dan beberapa barang lain.
Dengan kemajuan teknologi yg makin canggih... Telefon pintar telah menyediakan applikasi GPS yang bernama Waze. Sekarang hendak kemana2 pun dah tak susah2 nak berhenti kereta tanya org dimana tempat yg kita nak cari itu. Tulis alamat di Waze.. Waze akan tolong cari sampai dapat...
Waktu akak ke Kuala Trengganu 2 minggu lepas, suami akak menggunakan sepenuhnya laluan yg di berikan oleh Waze. Mmg mudah dan berguna buat kami yg jarang menggunakan laluan KL-Kuala Trengganu.
Perjalanan pulang pula berbeza dari perjalanan waktu datang. Waze akan mendapatkan jalan yg tidak sesak dan lebih dekat dari jalan biasa. Maka dapatlaa kami menikmati pemandangan Felda Sungai kuantan.. Dan beberapa felda lagi. 1st time akak masuk kawasan Felda.. Memang cantik.
Baru ni kami nak balik Melaka kerana ada saudara yg pulang kerahmatullah. Kami mencuba mengikut panduan yang Waze berikan. Set nama tempat Waze bawa kami melalui jalan yg tak pernah kami gunakan. Sangat impress..
Tetiba lak tengah2 lebuhraya AMJ.. Waze kata dah sampai destinasi walhalnya kami berada jauh dari tempat sebenarnya...
Suami : Eh! Takkan laaa kat sini Masjid Tedungnya? Kiri kanan kebun getah...
Isteri : Itulaaa Yang. Yang selalu tak ikut arahan.. Dia bg had masa sampai 1jam 45minit.. Yang dok singgah sana sini...
Pastu dia recalculating lagi.. Berapa kali dia pening...
Suami : Dah.. Tak boleh percaya Sally
Ni.... (Sambil setting semula Waze tersebut)
Suami : Hah! Kenapa dah tak berbunyi Sally ni?
Isteri : Dia merajuk.. Dia dah taknak TIAK Yang....
( org melaka kalau kata takmo menegur dah sebab merajuk kita panggil taknak Tiak...)
Suara perempuan dalam waze serupa dgn suara perempuan dalam garmin.. Jadinya kami memanggil waze kami Sally juga.