Sunday, December 01, 2013

604 ~ Salam dari Ko Li Ya....


Jumaat baru ni kami bertolak ke Korea Selatan. Permintaan Qeeb sejak 5 tahun lepas tertunai sebaik habis SPM....

Aisyah amat seronok mendapat peluang mengikut ke Korea walaupun awalnya menyebut " Qeeb ni suka Korea.. Korea.. Saja..."



Hari jumaat selepas dialysis akak rasa amat penat dan pitam sebentar. Balik dari hospital pun akak pitam juga. Waktu di hospital, akak pitam dan siapa yg banyak membantu?
Yaaaaa Yang Berkhidmat Muiz ... Beliau memanggil petugas yg ketika itu sedang sibuk menguruskan shift petang. 

Setelah berehat petang tersebut .. Akak terasa segar sedikit.... Bersiap2 masukkan barang2 yang masih belum dimasukkan kedalam beg dengan bantuan anak dara yang kerananya kami semua merasa ke Korea....



Baru tahu.. Laluan ke Korea melalui Ho
chi Minh... Perjalanan yang mengambil masa >< 6 jam.


Aisyah bertenang kerana sebelum ini dia akan menangis bila telinganya rasa kurang selesa.



Alhamdulillah..
Tepat >< pukul5 pagi kami mendarat di Inchieon Airport. Pengalaman akak hanya di Airport ini banyak menggunakan borang utk saringan kesihatan, immigresen dan declaration duit yg dibawa. Banyak beratur dan lama urusannya. >< 3 jam juga berada di situ.
Kesejukan pagi sangat menyegarkan dengan suhu 1 darjah tanpa salji.

Gambar akan menyusul..

4 comments:

  1. Wahhh...bercuti jauh ye kak. Tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kak hajah nora...
      Hihihihihih
      Itu hello kan?
      Saya mmg tak tahu sepatah haram bahasa korea....
      Tak minat lansung...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata