Tuesday, December 31, 2013

610 ~ Doktor Aisyah





Baru ni akak kena allergic. Gegata kata separuh orang dan lopak garam kata separuh orang lagi... Tak tahu laaa berpunca dari apa... Tahu2 dah bengkak-bengkak dan tergaru-garu akak jadinya.

Satu malam akak terjaga dan bangun menggaru2 seluruh badan. Aisyah yang ada sekali turut terjaga.

Aisyah : Kenapa ibu garu2? 

Ibu : Gatal sangat ... Ibu tak tahan.

Aisyah : Ibu jangan garu guna kuku. Nanti luka. Nanti bila ibu mandi.. Ibu akan rasa sangat sakit dan pedih. Saya dah kena dah.

Ibu : Tapi.. Gatal sangat..

Aisyah : Ibu pakailaaa lotion..

Ibu : Gelap ni.. Tak nampak nak sapu lotion.

Aisyah : Ibu kan ada handphone. Pakailah lampu handphone.

Ibu : Okay Dr Aisyah... Tapi dah pakai pun gatal jugak.

Aisyah : Ibu sapu ubat tu.. Ibu biarlaa kering dulu. 

Anak kita yang kita sangka masih kecil rupanya dah cukup akal nak memberi nasihat pada kita.

Saja akak rakamkan dialog kami pada tengahmalam itu sebagai kenangan buat akak dan Aisyah dimasa akan datang.


11 comments:

  1. Selamat menyambut tahun baru 2014, Hajah. Semoga ceria bersama keluarga. Aishah sungguh comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut tahun baru kak hajah nora...

      Delete
  2. assalam..pandai dr.aisyah..semoga masin mulut ibunya..amin ya rabb...bdk2 mmg kadang2 kita tak sangka dia lebih akal dr kita...hehehe...slm thn baru 2014 makcik...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Alamin
      Selamat tahun baru 2014 buat Dil sekeluarga...

      Delete
  3. bijak aishah.Semoga membesar jadi doktor.
    saya pernah kena mcm tu..bila gatal saya sapu listerine yang warna kuning.(original).Menjadi dgn saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu..
      Aamiin Ya Rabbal Alamin.
      Mudah2an ALLAH permudahkan hajat saya dan doa cikgu.
      Saya pakai plax.. Rasa2nya
      Boleh tak?

      Delete
    2. akak,
      Kalau yang lain tu tak pernah cuba lagi.Sekali tu cuba listerin yang berwarna lain...melekit lekit.Tt pun dah guna listerin kalau dia gatal gatal..kena gigit nyamuk pun dia sapu.lega katanya...

      Delete
  4. Kan ayah dia doktor,i/allah mengikut jugak nih :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin....
      Jazakallahu khair lyn....

      Delete
  5. mesti menggaru kuat sangat sampai gegar ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikikikikiki
      Gegar berapa scala richter?

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata