Wednesday, November 27, 2013

603 ~ Bila 2 ni bertemu......


Semlm tahap rajin adalah tinggi sikit sbb tak kemana2.... 
Keluarkan daging dan tunggu lembut...
Bila dah lembut potong kecil2 dan rebus dalam air bercampur kicap.

Tumis kan cili kisar, bawang besar, bawang putih dan halia.... Then campur kan pada daging rebus kicap tu.

Masukkan daun kari dan daun limau purut...- dua2 mmg ada di tepi rumah akak...( nak bgtau.... Pokok sendiri....)

Tunggu sampai kering sikit... Jadi rendang hitam daging.

Sebelum pergi mengaji akak makanla.. Tapi siksanya nak habiskan nasi tu... Tak boleh nak telan. Sbbnya.... Lauk daging tu manis...
Terasa macam Aisyah kena paksa makan sesuatu yg dia tak suka. Nak buang rasa berdosya pula.... Nak panggil anak2 ... Depa masih kenyang. Mmg terasa nak menanges....

Apapun habisla juga. Takkan nak masuk balik periuk sbb dah kena nasi... Dan takkan nak buang.....





Balik dari ambil Qeeb, dia bgtau belimbing banyak yg masak. Baik ambil sebab nanti gugur dari pokok ... Sayang pula....




Akak pun memetik buah belimbing tu.. Banyak laaa juga...



Makan malam td.. Berlaukkan belimbing tumbuk dgn ikanbilis, bawang besar dan cili api...

Ya Rabbi......
Sedapppppppnya. Kombinasi jumpa masak daging rendang hitam tu mmg paling terbaekkkkkk. Mmg tak jumpalaaa lauk tu waima makan di hotel sekalipun..... I'll tell u.......... Voilla......

Alhamdulillah..
Berkat pokok sendiri dan selera yg ALLAH kurniakan.

6 comments:

  1. Wahhh sedapnya kak pembuka selera tu...masam2 pedas2 sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Aina...
      Masam pedas masin lemak dan pedas byk...
      Esok pagi berulang ke tandas.....

      Delete
  2. akak percaya tak, tengok sambal belimbing akak ni buatkan pipi ai kembang bertakung air liur?? -mana nk carik belimbing kat umah ni. huwaaaaaa...help! help!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorri Ai....
      Jika dekat akak hulurkan lebih belimbing yg akak amik dinpokok akak tu....

      Delete
  3. Adoi macam mana nak buat ni...ingatkan tak mahu makan nasi malam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorri uncle...
      Ada lauk ni dgn nasi panas jer pun cukup dah.....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata