Monday, July 22, 2013

562 ~ Terpaksa Buka Puasa...



Hari Jumaat balik sekolah Aisyah mengadu giginya sakit. Ada sebatang giginya dah longgar tapi Aisyah tidak membenarkan akak melihatnya. Kakak Ainnya yang berminat nak jadi doktor gigi melihat keadaan giginya dan melaporkan gusi Aisyah bengkak kerana ada mata ikan. Aisyah lebih percayakan kakak Ainnya daripada sesiapapun di rumah ini. Sebab itu hanya kakak Ainnya berjaya melihat keadaan gigi dan gusinya yang sakit itu.

Waktu berbuka petang itu, Aisyah tidak memakan nasi. Dia lebih senang mengunyah mangga mungkin kerana mangga tersebut lebih lembut... Melihatkan dia yang sebelum ini jika berbuka memang akan makan nasi.. akak ikhtiarkan juga membuat temujanji dengan ibu saudaranya.

Hari Sabtu kami tidak memaksa Aisyah puasa. Kerana tidak berbuka sempurna hanya Mashed Potato dan beberapa potong mangga, memanglah tidak membantu... Sahur pun kami tidak membangunkannya kerana gusi yang bengkak tidak memudahkan Aisyah untuk mengunyah makanan.

Petangnya temujanji dengan Makcik Lin. Bengkak pada gusi bukan sebab mata ikan, (doktor Ain dah salah diagnos...) gusinya bengkak kerana bernanah akibat jangkitan kerana gigi susu yang dah lama goyang. 




Setelah di letakkan gel..
Barulah gigi tersebut dicabut.




Gigi tersebut dicabut menggunakan ragum...
Sertamerta bengkak di gusinya susut sebaik dicabut.




Budak yang dah selesa sebaik bengkak susut dan gigi dicabut..
Teringat waktu Ain kecil2... sangat mudah nak cabut giginya...
bila dia mengadu giginya dah goyang, dia datang pada akak dan akak ambil tisu terus cabut..
tak nangis tak apa...
tapi....
budak yang sorang ni....
lain pulak...
lebih percaya/yakin cabut di klinik daripada  di rumah...



8 comments:

  1. Sama macam KC dan ariq dah ronggak sebatang gigi depan 2 beradik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya..
      Anak2 ronggak masih sweet
      Kita kalau ronggak.. Ayoyoyoyoyo

      Delete
  2. Alahai Aisyah... sama ler macam Aisyah saya. Bila gigi goyang, cukup takut saya nak usik. Saya biar jer. Lama-lama dia goyang sendiri sampai tercabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie..
      Kuatir jugak jika tertelan...
      Itu yg usaha juga cabutkan...

      Delete
  3. Phewwwwww,
    Mujur aisyah tak pandai baca blog ibu dia...
    Legaaaaaa

    ReplyDelete
  4. aik, relax je muka...tak sakit ka? Kalau Uncle, muka mesti herot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle..
      Anak dara ni mmg agak kuat menahan sakit..
      Tp mengada tak kasi ibu dia cabut...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata