Saturday, July 20, 2013

561 ~ Ikhtiar


Tahun-tahun yang lepas... bila mangga berbuah memang akak cuma tahu dah ada dalam tempat beras ataupun dalam fridge. Tapi kali ini... akak kena usaha sendiri nak ambil dari pokok dan pastikan ianya tidak rosak.

Puas memikirkan apakah caranya nak mengambil buah-buah mangga dari kebun akak yang berekar2 tu.... Akhirnya dapatlah IDEA....

Pergi kedai hardware... Beli galah yang boleh dibuka jadi panjang..... dibuat dari aluminum.... ringan jer....
Then ambil botol minuman bikarbonat... potong bahagian tengah....
Then.... ikatkan di hujung galah...
.
.
.
.
.



Walla....!!!!!

( heran kan? kenapa ada plastik terikat kat hujung galah.... sebab mulut botol tu besar dari hujung galah... makanya plastik tu kena lilit kat hujung galah kasi tutup botol duduk tetap di hujung galah... jika tidak... tutup botol tersangkut kat buah mangga..... hahahahahahha.... percubaan pertama kali hari tu dah gagal....)





Buah mangga masak ranum dah di pokok...
Yang terdahulu habis dah kena makan tupai..
yang dapat inilah rezeki kami untuk berbuka semalam...
Aisyah dok mengadap makan buah ini sahaja berbuka semalam...




ALHAMDULILLAH...
syukur nikmat
berbudi pada tanah...
dapat hasilnya....

12 comments:

  1. Dh follow sini no.95

    Follow me backmyea.. heee.. salam kenal.. slmt berpuasa..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. pokok ni belah mana kak?
    tepi rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc...
      pokok ni belakang rumah...
      tepi rumah dalam pasu punya dah mati...

      Delete
  3. oh.sedapnya. Lagi2 tanam sendiri tu..nyum2

    ReplyDelete
  4. ishy77,
    Alhamdulillah..
    memang dari dulu lagi bila duduk dimana-mana akak akan tanam pokok.
    ada pokok mangga akak tertinggal di melaka dan penang...

    ReplyDelete
  5. Ada tanah lagi tanam pokok jambu batu, senang hidup dan buah tak rosak

    ReplyDelete
  6. Kak nanie...
    memang dah 3x saya cuba tanam pokok jambu batu tapi pokoknya tak dapat hidup lama...
    yang geramnya.. rumah orang lain.. pokok jambu batu tumbuh depan umah pun bukan depa tanam...
    rezeki memasing laaa tu.... :(

    ReplyDelete
  7. Salam. Jgn lupa patentkan hasil ciptaan tu...

    ReplyDelete
  8. Hehehe....tahniah peladang jaya wanita;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya....
      Oh terima kaseh...
      Lihatlah dunia....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata