Monday, July 08, 2013

558 ~ Al Fatihah





Pagi Jumaat...
5hb Julai 2013
26hb Shaaban 1434 ...perginya insan yang sangat istimewa.

Menderita sakit kanser ovari sejak 10tahun lepas.
2kali kimo... akhirnya beliau dipanggil mengadap penciptanya,

Sebelum mendapat kanser, beliau seorang yang sangat rajin melakukan kerja-kerja amal.

Akak mengenali beliau sewaktu akak bekerja dengan Muslim Convert Association di Setiawangsa.
Kami membawa masuk dua orang pendakwah terkenal iaitu Sheikh Ahmed Deedat dan Yusuf Islam.
Waktu itu beliau menetap di Brunei Darussalam kerana suaminya bertugas di Shell Brunei.
Beliau turun ke Kuala Lumpur sama-sama menjayakan program dan kemudiannya menyelia siri ceramah Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat di Brunei.




Kenangan akak dengan beliau sewaktu menghantar hadiah buat isteri Saudara Yusuf Islam di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz ketika itu.... Kami bertemu dengan saudara Yusuf Islam dan menyampaikan cenderahati khas buat isteri beliau. Memang menjadi  kenangan paling manis kami berdua.

Buat Kak Ida...
Semuga kak ida ditempatkan bersama para solihin.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., penghulu sekelian Rasul dan juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, jadikanlah kubur kak Ida ini sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
Ya Allah, Engkau ialah Tuhan bagi kak Ida..
Engkaulah yang menjadikannya dan Engkaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam;
dan Engkaulah yang mencabut nyawanya.
Engkau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya.
Kami sekelian hadir atas tujuan memohon syaafaat kepadaMu untuk kak ida;
Ya Allah ampunkanlah segala kesalahan kami dan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh kak ida;
mohon limpah kurniaMu jua wahai Allah, Tuhan sebaik-baik pengurnia rahmat.
Allah cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Segala pujian itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

( Kali terakhir akak bertemu kak ida ada di entry 
282 ~ Yang Jauh kita dekatkan... Yang dekat.. Kita mesrakan bertarikh Selasa 7hb Febuari 2012...)

7 comments:

  1. Insan yang baik budi memang selalu menjadi kenangan dan ingatan di jiwa orang.

    Semoga mereka ditempatkan di sisiNYA dan mendapat keberkatan dan rahmat..

    Selamat menyambut Ramadan, KAK MAH...

    ReplyDelete
  2. Takziah.. semoga Kak ida ditempatkan bersama orang2 yng beriman ..ameennn

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.

    Budinya hanya Allah yang dapat membalas, doa moga2 di permudahkan segalanya buat kak ida.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah. Budi baik menjadi kenangan. Semoga segala amalan Kak Ida diberkatiNya. Ameen.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah
    Semoga di berkati olehNya jua

    selamat menyambut ibadat puasa, mohon ampun maaf di atas salah silap dan segala galanya
    Salam ramadhan al-mubarak..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata