Thursday, July 18, 2013

560 ~ Gigih demi tekak...



Pagi Khamis memang pagi akak rehat tiada dialysis...
Pagi tadi memang mengganti tidur sejak beberapa hari yang lalu akak tidak tidur selepas sahur. Dekat pukul 11pagi jugalah baru akak bangun.

Bangun sambil buka fb. Ternampak satu posting dari teman mengenai Mee Kari Chinese Style...
Terus datang minat nak masak.

Petangnya waktu menjemput Qeeb pulang, kami ke Pasar Tani seksyen 16 untuk membeli bahan. Banyak bahan segar terdapat di situ seperti daging, tulang, ketam dan udang ... Ketam dan Udang adalah bahan utama untuk membuat mee kari versi ini.

Alhamdulillah.... Syukur... penat lelah berbayar...

Kari untuk mee... menggunakan rencah udang dan ketam...




Sambal kerang yang menjadi bahan untuk pedaskan mee.




Taugeh.




Mee kuning.



Alhamdulillah...
kegigihan memang berbayar...
Sedapppp...

Disertakan resepinya disini...
Cubalah... memang sedappp

Mee Kari chinese Style

Bahan( utk mee 1 kilo):
to tell the truth sebenarnya byk sukatan ni main agak2 aje..sori le..buat kek mmg kena ikut sukatan tpi bab2 ni mmg selalu buat ikut rasa hati..

1. Rempah mee kari ni misah beli dr Makcik India di pasar yg jual rempah ratus (kering)..bgtau aje nak rempah utk buat mee kari..harganya RM 1 aje di pasar taipinglah,kt lain mgkin harga lain ..(RM1 rempah campur utk 1 kilo mee)
2. 10 ulas bawang putih (tumbuk)
3 3 batang serai (di titik)
4. 1/2 kilo udang basah - goreng(bubuh garam kunyit sikit) dan blend separuh.
5. 2-3 ekor ketam- goreng juga tpi jgn blend pulak.
6. 1/2 kilo santan
7. 3 ketul tauhu (pootong 4 dn goreng)
Garam,gula (misah guna brown sugar) dn perasa (klau perlu)


Cara:
1. Sediakan minyak menumis yg mencukupi dalam periuk.
2. Tumiskan bwg putih dan serai.Biarkan hingga wangi.
3. Jadikn rempah kering tadi sbg pes.
4. masukkan pes rempah dan biarka seketika hingga pecah minyak.
5. Masukkan ketam dn udang yg digoreng sedikit..(sbg pemanis)
6. Masukkan udang yg di blend (tambah air sedikit)
7. Biarkan didih ...baru dimasukkan santan..kalau pekat sgt tambah air..biarkn
mendidih.
8. Masukkan garam,gula dan perasa.
9. Akhir sekali masukkan tauhu yg di goreng.
Hiasan : taugeh ,fish ball,fish cake ( semua dicelur) dan daun pudina.

Sambal kerang:
1 kilo kerang (di rebus dan diperisi)(misah tmbah ikan bilis goren-opt)
5 ulas bwg putih (tumbuk)
1 btg serai (dititik)
2 sudu cili boh (boleh lebih klau nk pedas)
garam,gula dn perasa...(misah tmbah kicap pekat sikit)
Cara: Tumis bwg putih dn serai, mskkn cili boh..biarkan pecah minyak ...tambah gula,garam..dah agak masak cili tu..mskkn kereng rebus tu dn ikan bilis..biarkan pekat ..tambah kicap sikit...(klau nk berkuah biarkn sekejap aje..)



6 comments:

  1. Kena cari MakcikIndia kat Pasar Tepen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc..
      jika u jumpa... amik gambar dia..
      dan akak nak kirim rempah mee kari singgit...

      Delete
  2. Harus seok kat Pasar Borong beli ketam nih...

    ReplyDelete
  3. Sya nak datang beraya nanti akak buat yeah;-)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata