Monday, July 15, 2013

559 ~ Balik Berbuka dengan Abah....



Lama juga akak tak buat entry baru... Memang malas rasanya tetapi ada orang dah ingatkan kata bukan ke Blog ni seumpama diari untuk anak dan cucu.... ( Hmmmm cucu tu.... jika cakap kat Qeeb sure dia dah menyeringai siap bagi nama cucu tu.... Dalam liver dia... Wooooo ibu pun dah berangan nak tengok cucu...)

Sebelum terlupa... Khas buat Doktor Singa... ( katanya hari tu jika lalu kat sini kalau tak nampak budak yang sedang selak rimbun pokok .. memang kena pakai cerminmata... Untuk menjimatkan kos dan mengkayakan Optometris... akak perhati betul2 sebaik melalui jalan ini.. 


Jeng..
jeng..
jeng...

Tu diaa....!!!! Budak yang sedang selak rimbunan pokok sebab nak tengok akak lalu.....



Betul2 berhadapan dengan Mutiara Motors...
Kawan akak yang memandu nampak gambar AA..
akak cuma nampak kereta Audi...


Petang Jumaat selepas habis waktu sekolah Ain dan Aisyah... kami balik ke Melaka.
Dalam perjalanan singgah McD sebab budget masa memang tak sempat nak berbuka dengan Abah sekeluarga...
Azan Maghrib kami berhenti di Petronas, makan burger untuk berbuka.


Hari Sabtu... memang sessi membalas dendam.
Seawal pukul 3 petang akak dah keluar rumah.. Pergi PaRam Taman Telok Mas... Memang ternanti-nanti tiapkali Ramadhan, akak akan ke gerai Kak Faridah yang menjual sambal sotong.. Terbaek.
Tapi menurut kata Kak Faridah, mungkin tahun depan dia tidak lagi berniaga sambal sotong kerana harga sotong yang terlalu tinggi. Tapi... Jika ada permintaan... beliau tidak keberatan  mengambil tempahan untuk makan seisi keluarga...




Susunan sotong Kak Faridah dah susut bila akak borong separuh dari yang dijualnya.
Memang nak makan puas-puas...
Alhamdulillah..
Sejak mula akak makan sambal sotongnya hinggalah ke sabtu lepas... tak berubah rasa sedikitpun...
Syukur.





Tuanpunya gerai Kak Faridah.
Airtangannya memasak sambal sotong dan menggoreng mee memang terbaek.



11 comments:

  1. sya pun ada satu kueh yg nak di cari bila berbuka di kampung badak berendam nama di beri:-P yummmyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      agaknya dah dapat lah kueh tu kan?

      Delete
    2. Tak lagi setakat ni kak x sempat lg berbuka di kampung

      Delete
  2. asam pedas Melaka terbaik...susah nak cari disini.Makan sekali teringat berkali kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu...
      asam pedas melaka cikgu pernah cuba dimana yang sedapnya?
      ada beberapa tempat yg sedap di melaka ni...

      Delete
  3. Balik kampung semuanya sedap kak, bukan macam kat KL masak kerana nak untung ja...ishhkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina...
      betul tu aina..
      kat KL ni nak untung jer....

      Delete
  4. hahhahahhaaaa...
    sah tak rabun!!!!

    ' orang' tu Dr Jantung kah..?

    saya tau nama cucu
    Afif
    Afaf

    hehehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc...
      hehehehehehe
      gigih mencari masa gi makan nasi beringin hari tu...
      'orang' tu bukan dr jantung...
      kawan sekolah...

      Nama cucu Aqif dan Azif laaaa doc....
      Q tuuuuu.... mesti ada...
      keturunan...

      Delete
  5. Nama cucu?
    Alvin?
    Afrin?

    hahhaha

    tang mana budak selak semak tu?

    Sambal Sotong? Jelesssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha
      Alvin baru kena tangkap sebab menghina org islam... takkanlah nak letak nama tu....
      budak dalam semak tu dekat dengan masjid bangsar....
      cuba cari ya....

      sambal sotong melaka memang sedapppppp

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata