Thursday, May 30, 2013

545 ~ ALHAMDULILLAH...



Pada 29hb Mei 2013.. Hari Rabu... Qeeb menjalani pembedahan membuang 7 batang gigi. 3 batang gigi geraham bongsunya tumbuh senget/terbalik dan memberikan kesakitan pada gusi setiapkali ianya membesar. Selepas berunding dengan Ketua Jabatan Pergigian Doktor Sharifah Munirah gigi tersebut perlu dicabut. 
Manakala 4 batang lagi iaitu gigi yang hampir dengan taring juga perlu dibuang untuk memberikan laluan dan ruang apabila hendak memakai pendakap gigi.

Sepatut pada cuti sekolah lepas (Bulan 3) kami dah aturkan pembedahan ini tetapi setelah mendapat pandangan dari pakar bius, kami dinasihatkan agar menangguhkan pembedahan ini kerana waktu itu Qeeb tidak begitu sihat. Tarikh baru dibuat dan ALHAMDULILLAH segalanya telah selamat.

Seawal pukul 7 pagi, Qeeb sudah disediakan untuk dibawa ke Dewan Bedah. Air dimasukkan melalui IV line dan diberikan nebulizer untuk asthma. Alhamdulillah.. pukul 9 pagi pembedahan bermula sehingga jam 1145 pagi.





Ada kenangan waktu pemasangan Branula ni.
Sewaktu doktor pergigian memasang alat ini di tangan kanan Qeeb, Qeeb memerhatikan dengan teliti.
Entahmacamana tiba-tiba Qeeb bagai nak pitam. Akak yang ada sama di situ panik juga tapi mujur doktor yang bertugas tenang dan meminta Qeeb menarik nafas lepas.. tarik nafas lepas...
Memang pucat kaki tangan Qeeb waktu itu. Rupanya dia panik melihat jarum dicucuk ke salur darah ditangannya.

Akhirnya Branula berjaya di pasang apabila datang 2 orang doktor Bius yang lebih arif memasang Branula. Alhamdulillah... Mudah sahaja dah selesai.
( Ikut pengalaman akak, memang bukan semua doktor mahir melakukan dan berjaya memasang branula kerana waktu akak di CCU dan selepas keluar wad.. akak sering di pasangkan Branula kerana hendak memasukkan ubat antibiotik yang diperlukan. Sewaktu mengambil wuduq akak sering terlanggar alat branula tersebut dan sering tertanggal... maka akak sering berulang alik ke CCU meminta jasabaik doktor-doktor bertugas memasangkannya semula...)




Malam pertama di wad, akak menemankannya. Bangun pagi sakit2 badan dan tengkuk.
Malam kedua, abahnya menawarkan diri menemankan Qeeb.





7 batang gigi yang diberikan sebagai kenangan.
(Aisyah hari tu pun lebihkurang 7 batang juga...)




Alhamdulillah..
Tengahari 30hb Mei, Khamis... Qeeb dah boleh pulang kerumah...

Thursday, May 23, 2013

544 ~ Buat pertama kalinya....



Sejak tidak berbibik ni, masa nak mengadap laptop memang dah kurang.. selalu akak switch on laptop tapi tak sempat-sempat nak jenguk.. mujur juga ada smartphone yg banyak bantu akak akses ke Fb dan blog teman-teman... jika tidak memang han..yut...

Semalam... pertama kali dalam sejarah akak dialysis di Hospital Serdang... dihidangkan Nasi goreng yang sangat sedap... rata-rata pesakit yang sama-sama dialysis dok memuji mengatakan Nasi Goreng tu Berrasa..
( Perkataan biasa digunakan sendainya sesuatu masakan/makanan itu cukup rasa garam dan perasa rencah..)

Tak pernah2 akak makan sampai licin... semalam for the 1st time licin.. tak tinggal sebutir...

Citer tak habis lagi...

Sewaktu pekerja Besta datang mengambil tray hidangan akak tanyalah soklan cepumas...

" Wahh.... sedaplah nasi goreng hari ni... dah tukar chef ya? "

Jawapannya yang tak boleh belah..

" Bukan... chef tak sempat nak goreng untuk unit ni... so dia ambil dari unit lain.... "

Hai Yo.... Apa yang dibimbangkan memang betul...

Hidangan tak sengaja dapat...

Ikut diet kami memang tak boleh ada garam... semalam terlepas garam.... Hadoi...

Mulai Jumaat.. Back to Nasi goreng atau Mee hoon atau Mee kasar atau Kway teow  tawar...



Hajatnya nak puasa hari ni.. untuk sahur akak buatlah sambal ni... Sambal Ijo... resepi geng DHW..





Hajatnya nak buat sup sahaja lah berbuka nanti..




Daaaa...

Thursday, May 16, 2013

543 ~ Macam-macam akal asal ponteng...





SELAMAT HARI GURU...

Rata-rata sekolah di Selangor menyambut Hari Guru pagi ini. Anak-anak yang bersekolah petang, dikehendaki datang pagi bagi sama-sama meraikan Sambutan Hari Guru di sekolah mereka.
Petang semalam balik dari sekolah Aisyah dah bagitau tak mahu ke sekolah hari ini.

Aisyah : Saya dah bagi semua cikgu saya kad hari guru sebab esok saya tak datang sekolah.

Ibu : Kenapa Aisyah tak mahu datang sekolah esok?

Aisyah : Saya tak boleh bangun pagi-pagi... Kalau saya terbangun pukul 10 pagi macamana?

Jawapnya.... tak sekolah laaa....

Tuesday, May 14, 2013

542 ~ Soklan sebelum tidur.....






Seperti biasa malam tadi sebelum tidur....... Aisyah selalu menemankan abahnya menonton tv.
Tiba-tiba keluar satu soklan cepukmas....


Aisyah : Abah... jika saya dah belajar pandai-pandai sangat dan dah habis kolej.. Kalau saya nak kawin.. suami saya kena nama Abdul juga ke?

Abah : ( Lama terpening dengan soalan budak 8 tahun ni...) Nama suami tidak... nama anak kena Abdul..


Darimanalah datangnya soalan anak dan suami kena nama Abdul.....
### Aisyah... calun mesti ada nama Abdul tau... Ibu boleh kompol 3 Abdul nanti.... ekekekekeke


Thursday, May 09, 2013

541 ~ Ingatkan merajuk tadi....



Dekat setahun jugaklah dia tak berbuah... rasanya dah lama sangat... ingatkan dah merajuk sebab 'bibik' yg rajin membelai dia dah balik...

Tup-tup... anak menjerit-jerit bgtau dari biliknya dah nampak mangga ini lebat berbunga... 

Cumanya dia hanya berbunga bahagian atas... yang tinggi sekali..

Saja dia nak sakat akak sebab selama ini bibik yang ambilkan buah-buah tu menggunakan 'galah ajaib'nya... Bila bibik takda sengaja..dia buah tinggi-tinggi dan payah nak di ambil... Qeeb sedang memikirkan cara nak mengambilnya.. akak serahkan pada Qeeb sahaja senang.. tak yah serabut otak....





Putik-putik mangga...
panjang umur merasalah  lagi....
In Syaa ALLAH..



Monday, May 06, 2013

540 ~ Selingan...








Pagi tadi Muiz datang degan tersenyum lebar. Katanya dia turut mengundi semalam. Dengan bangganya menunjukkan jarinya dah bersih daripada dakwat waktu mengundi.

Muiz : Semalam orang tu letak dakwat dekat tangan cantik jer... Lama dia buat..

Akak : Sempat tak tanya nombor talipon kerani tu? Dia saja calit dakwat tu lambat-lambat sebab nak tunggu Muiz tanya nombor talipon dia... Alaaaaa Muiz ni..... kenapa tak tanya nombor talipon kerani tu..

Tersipu-sipu malu Muiz...

Akak : Muiz ni...... Orang tu saja buat lambat-lambat sebab tunggu Muiz tanya nombor talipon dia.... kenapa Muiz tak tanya????? ( Saja desak nada mengusik ...)

Lama baru Muiz jawap...

Muiz : Mak ada sebelah...  ( pelannnnn jer jawapnya...)

Hahahahahahahahahahaha
Tak sangka jawapan Muiz...
Buat meriah unit dialysis pagi tadi....

Saturday, May 04, 2013

539 ~ Balik Kampong....



Rasanya dah lama juga kami tak balik kampong... sejak Hari Raya Haji tahun lepas...
Boss sibuk dengan kerja dan oncall... dekat 8 bulan jugaklah tak balik...
So esok.. macamana pun kami kena balik sebab raya juga....
Pilihan Raya...

Citer menarik jugak sebab akak ni sejak 2008 berazam nak tukar alamat kat JPN (belakang rumah jer...)
tapi...... masa berlalu akak masih tangguh menangguh..... atau menangguh - nangguh... (mana ayat yang betul...)

Akhirnya sewaktu akak memperbaharui passport antarabangsa seminggu sebelum parlimen di bubarkan... barulah akak sempat nak tukar alamat. Maknanya... memang tak merasalah akak nak mengundi di BBBangi....
Tahun 2008 punyalah berazam nak tukar tempat mengundi melihatkan rata-rata kenalan rapat akak di Bangi mengundi... akak tak dapat nak balik kampong waktu itu kerana boss waktu itu berada di luar negeri... Nak balik sensorang mengundi rasa macam tak rajin jer... So dalam hati berazam nak tukar alamat dan tukar tempat mengundi... 5 tahun berlalu begitu sahaja.....

Esok... pagi-pagi kami pulang ke kampong dan lepas mengundi kami pulang semula ke BBBangi sebab Hospital Serdang tidak pasti samaada nak cuti atau tidak kerana temujanji pesakit yang sangat ramai pada setiap hari Isnin... Rasanya Hospital Serdang tetaplah beroperasi seperti biasa walaupun jabatan lain di Selangor diberikan cuti.

Marilah mari... pergi mengundi..
Tunaikan kewajipan kita semua....

Thursday, May 02, 2013

538 ~ Cerdik sikit dah...



Suami akak membeli sesisir pisang cavendish. Malam tu nampak cantik sangat rupanya... bila pagi tu nak makan dengan cereal.. dah tukar kaler lebam.. nak makan pun dah tak selera... dia minta akak buatkan cucur dengan pisang tu.

Penekan besi yang akak ada nampak dah karat sangat. Akak pun pikir nak beli yang baru.

Hinggalah pagi tadi masih tak buat apa-apa dengan pisang tu.. Penekan besi pun tak terbeli lagi... asyiklah terlupa nak singgah beli.. Akhirnya...

Akak kopek pisang tu..
masukkan dalam mangkuk..
tekan pakai garpu..
boleh pun....

Punyalah tangguh punya tangguh nak buat cucur pisang sebabkan takder penekan besi tu...

Mujur cerdik sikit pagi ni...

Petang karang boleh goreng....