Saturday, April 06, 2013

530 ~ Bestnyer.....






Mengimbau kenangan waktu kecik-kecik dulu..

Bila balik kampong mak sedara di Kg Sungai Sekah, Nilai, Negeri Sembilan... di belakang rumahnya ada sebatang anak sungai yang terletak di dalam kebun getah. Sangat redup kerana dipenuhi dengan pokok-pokok getah.

Anak sungai tidaklah lebar sangat.. seluas jalanraya kampong duahala(Lane)... Pokok getah seberang sini dan pokok getah seberang sana seakan bergabung jadi kanopi menutupi sungai tersebut. Jadinya sepanjang masa memang terasa sejuk dan redup...Jarak dari rumah mak sedara tu kira-kira 100meter jer.... Jalan menuju ke Sungai dipenuhi dengan semak dan pokok-pokok paku pakis.

Sungainya pula sangatlah jernih. Akar pokok getah yang di tepi tebing sungai boleh kelihatan masuk ke dalam sungai. Akar-akar tersebut jadi tempat ikan sembilang dan anak-anak ikan bermain... Wow!!! Tergambar jelas pada akak...

Setiap pagi kami bangun pagi-pagi.. kami ke sungai untuk membasuh kain. Kakak sepupu (anak mak sedara) akan membawa basuhan ke sungai dan di sungai telah ada kakak saudara sebelah rumah dengan kain untuk di basuh. Akak hanya bermain air bersama kawan sebaya manakala kakak sepupu dan saudara sebelah rumah sibuk membasuh dan berbual. Ada perbualan yang kami tak boleh campur maka kami di nasihatkan main jauh-jauh... - Borak anak dara lah tu.... dulu mana ada facebook nak update status kan.. tak jumpa kat sungai tu.. maka antara mereka tak updatelah cerita terkini... ekekekekek so sweet.......

Airnya memang sejuk. Akak yang selalunya di rumah sendiri bangun lewat tapi bila di rumah mak sedara tu memang takder peluang bangun lewat. Awal pagi dah kena kejut oleh kakak sepupu yang garang tu... mengajak ke sungai. Bukan dia suruh basuh baju pun... setakat teman dia membasuh dan akak cuma main air...

Teringat akak sungai yang panjang itu ada lorong kecik. Di situlah 'port' untuk kakak sepupu dan sedara mara nak basuh baju... siap ada batu leper tempat memberus baju... Memang indah kenangan itu..

Sekarang sungai tersebut sudah tiada...
Pembangunan dan kawasan bela 'kerbau pendek' dah merosakkan sungai yang satu ketika dulu sangat indah... kesian anak-anak akak tak merasa suasana yang begitu indah dan hebat dan tak pernah akak sangka (waktu itu ) bahawa suatu ketika ianya akan pupus...

10 comments:

  1. Ah..memang indah kan kenangan zaman lampau yg jauh dari pencemaran, memebaca cerita kejernihan sungai tu terasa macam dalam gambar..ikan2 berenang2 di celah2 akar pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan...
      hmmm... bila di kenang2kan semula waktu itu memang cantik dan indah .. tak tahu pula kita dah tak berpeluang nak menikmatinya lagi...
      Ikan sembilang berenang2... rindunya....

      Delete
  2. kalau blk kg,sungai tempat saya berkubang dulu jugak dah takde...dulu temapt membasuh kain,mandi..lebar dan dalam sg dkt rumah...skrg dah kering,hampir tertimbus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamsiah..
      beberapa tahun sahaja semuanya dah musnah kan?
      mana nak dapat semula semua itu?

      Delete
  3. sungguh bagai Gadis Melayu Terakhir membasuh baju di tepi sungai..

    berkemban tak..?
    kihkihkihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc..
      kakak sedara tu memang lah berkemban..
      kami yang kecik baya aisyah... pakai seluar katok jer......

      Delete
  4. ala...sayangnya...

    Baru nak ajak pegi...

    Hakikatnya byk tempat kenangan yg terpencil gini musnah sebab 'pembangunan'. Bukak ladang kerbau pendek boleh dipanggil pembangunan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      memang rasa sangat sayang...
      ladang kerbau pendek tu bukan pembangunan... itu pemusnahan pada alam sekitar....

      Delete
  5. seronoknya sya dapat bayangkan dan rasakan sebab dusun arwah atok sya masih lagi suasanya begitu kalau panjang umur murah rezeki sya akan pelawa akak sekeluarga menikmati bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      ajaklah..
      jemputlah..
      lawalah kami....
      pleaseeeeee.....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata