Tuesday, April 30, 2013

537 ~ Memanglaaaaa dah namanya Aisyah.....or Esah...





Awal tahun memang akak dah siapkan 5 helai tudung untuk Aisyah. Akak tak tahu yang tudung 'awning' dibenarkan digunakan di sekolah. Makanya akak belikan sehelai sahaja tudung Awning.. Bila dah buka sekolah, barulah tahu yang tudung Awning dibenarkan digunakan di sekolah.

Aisyah lebih suka memakai tudung Awning daripada tudung yang dua lapis kerana sewaktu pergi solat, dia kena buka dan pakai semula tudung dan dengan pemakaian tudung 2 lapis tu agar sukar nak betul2kan bahagian muka biar sempurna.. makanya dia hanya memakai sehelai tudung Awning setiap hari.. bila kotor basuh dan esoknya pakai semula. Akak sengaja tak mahu belikan tudung Awning yang lain kerana tudung 2 lapis masih ada 4 helai yang masih baru dan sudah berjahit lencana...

Akhirnya akak tak sampai hati melihatkan Aisyah sanggup bertudung Awnig juga walaupun tudung tersebut dah kotor.. akak belikan 2 helai lagi tudung Awning.

Masalah timbul bila nak pakai tudung baru. Di bahagian mukanya agak ketat. Akak besarkan sedikit dan muat-muat pada wajah Aisyah...

Tiba-tiba Aisyah menangis. Heran jugak akak. Mengalir airmatanya laju..

Ibu : Kenapa Aisyah menangis? Kan ibu dah beli tudung baru?..

Aisyah : (Lama baru jawap.. sambil airmata mengalir...) Tiap-tiap hari saya kena ucap Assalamualaikum pada Cikgu.. Saya kena cakap kuat-kuat...

Ibu : Habis tu cakaplah...

Aisyah : Tapi saya tak boleh bukak mulut besar-besar sebab tudung baru ni ketat....

Laaaaaaaa......
itu jer masalahnya dia boleh menangis sampai berderai2 keluar airmata...

Akak buka semula tudungnya dan besarkan bahagian muka...

Pakai semula... dan Aisyah pun senyum...

Anak laaaa Anak yang bernama Esah ni....



14 comments:

  1. So sweet Asyiah..dia tak mahu menyusahkan ibu dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nanie..
      hihihihi
      sweet mmg sweet dah..

      Delete
  2. Replies
    1. Shina...
      mmg cik esah ni lain sikit..

      Delete
  3. Nak minta mak besarkan lagi takut kena marah, bila magis mak mesti tak sampai hati...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina..
      bila nangis lg senang kena marah...

      Delete
  4. Ya Allah kak oiii...tergelak besar ai kt opis ni!

    hai la cik esah... ^_______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. AI..
      Akak dalam pada geram nak gelak juga mengenangkan esah punya alasan tu..

      Delete
  5. Esah ketua darjah ye...sbb ketua darjah kena kata dulu dan kena bagi salam kuat kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu..
      esah bukan ketua darjah pun.. tapi semua murid kena cakap kuat2.. maybe sebab sekolah petang cikgu nak elak budak ngantuk dan tidur kot...

      Delete
  6. alolo akk esah ni somellah....hihi..kate ecah humeyro'...hihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dil..
      kak esah ni mmg banyaklah dia punya hal..
      sebab itu makcik suka buat entry biar dah besar nanti dia baca dan dia ingat apa dia dah buat kat kami...

      Delete
  7. hahaha comelll! Tahap nangis sebab nak ucap assalamualaikum! Heheheh.

    Jap. Dah boleh pakai tudung awning eh gi skolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      akak pun tak menyangkalah tudung awning dah boleh pakai kat sekolah...
      itu yg beli satu jer awal tahun tu...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata