Friday, April 05, 2013

529 ~ Terkenang....




Kisah ini berlaku sewaktu suami bertugas di Hospital Pulau Pinang. Memang jadi kenangan sungguh...

Surau Hospital Pulau Pinang terletak di luar kawasan bangunan hospital... masih dalam kawasan hospital tapi luar bangunan. Suami sering solat di sini.

Suatu hari sebaik selesai solat, suami keluar dan lihat kasut kulit baru pakai 2 hari sudah tiada di tempat meletak kasut. Di cari-cari sekeliling - kot2lah tersalah letak... masih juga tak bertemu. Dengan menggunakan selipar spare yang ada di dalam kereta, suami pun terus masuk ke Lab ICL. Bila diceritakannya pada staff di ICL.. mereka memberitahu sekiranya ingin mencari kembali kasut tersebut, hendaklah pergi ke Lorong Kulit ( Rope Walk) berdekatan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Hari itu juga suami pergi dan mencari dari setiap gerai yang ada. Pasar lambak di Lorong Kulit ini menjual berbagai-bagai barang.. termasuk barang2 antik, kasut baru dan kasut terpakai ...buah-buahan.. CD.. kain baju... dan lain-lain..
Puas di amatinya tetapi tidak pula bertemu..

Keesokannya sekali lagi suami akak ke Pasar Lorong Kulit tersebut. Di tujunya terus ketempat menjual kasut terpakai....

Jeng..Jeng.. Jeng..

Kasut suami yang hilang ada di jual di situ...
Suami pun pura-pura bertanyakan harga pada penjual...
Kasut itu dijual dengan harga RM30.
Suami pun bgtau penjual bahawa itu adalah kasutnya yang hilang semalam di surau. Penjual itu rasa bersalah dan hendak memulangkan semula kasut tersebut tetapi suami tak sampai hati mengambilnya tanpa bayaran apa-apa... ditanya berapa harga di beli oleh penjual tersebut dari pencuri kasut itu? Jawapnya RM20.. suami terus bayar RM20 untuk sepasang kasutnya yang di curi...

Selepas itu kami mengetahui bilamana ada kasut yang hilang, cari saja di Pasar Lambak, Lorong Kulit....



8 comments:

  1. Mat pit la yang rembat tu..hahaha
    Kat Mekah,akak hilang selipar asadi..yang pelik nya akak simpan dalam beg plastik..beg nya ada tapi selipar nya udah ilang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ezza..
      memang mat pit punya kerja...
      orang siuman mana sanggup ambil kasut orang yang solat...

      Delete
  2. AsSalam Rahmah,

    Ishhhh...dia sanggup mencuri dan jual kasut kulit rm20 jer?

    Ermmm..jenuh menjawab si pencuri dan si penjual diakhirat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nanie..
      ituler..
      dah teruk sangat sampai hilang pertimbangan.. curi kasut di Surau...
      memang tak selesailah antara penjual dan pembeli kasut curi tu nak menjawap di akhirat nanti. Maybe kita dah halal.. orang lain?

      Delete
  3. Akak
    TB pun terkena juga dimasjid. Kasut baru 'leder' kekdahnya.. Masa tu kita kemajlis khatam Quran (D khatam masa tu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. CS..
      kita tak menyangka kan..
      adakah patut di masjid/surau boleh ada pencuri...
      tapi gitulah kisahnya...

      Delete
  4. sya senyum baca entry ni sebab pernah alami masa kami tinggal di langkawi gigih kami cari di pasar malam kuah tempat yg jual kasut terpakai gitu
    tapi bukan rezeki sbb mungkin orang tu pakai sendiri kot?

    ReplyDelete
  5. Sya..
    sakit hati kan bila kasut kita di curi...
    jauh di sudut hati pun terasa tak mo halal...
    hahahahaha

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata