Seringkali kita terlepas pandang pada Insan Istimewa yang ada di sekeliling kita... ALLAH jadikan mereka kebanyakannya menjadi pembantu pada sesuatu keluarga dan masyarakat.
Bagi sesebuah keluarga yang mempunyai Anak Istimewa .. dengan didikan yang baik (dan mereka ini semula jadi memang baik perangainya tidak berdendam.. bersangka buruk...) mereka adalah pembantu yang membantu dengan ikhlas buat keluarga mereka dan masyarakat juga.
Sejak akak berkawan, tiga keluarga yang akak kenal mempunyai Insan Istimewa ini. Seorangnya abang kepada sahabat baik akak. Bila-bila akak kerumahnya, kami dihidangkan dengan lauk yang dimasak oleh abang angkatnya Abang H... Ya ALLAH... tak tipu... masakannya memang sedap dan perfect.... teringat2 sampai hari ini.
Kawan yang kedua juga punya abang yang sama. Abangnyalah ( Abang H juga namanya) yang banyak membantu ibu mereka ke kedai beli bahan untuk nak masak... mengemas rumah... menyapu laman...(rumahnya besar.. pokok2 rendang sekeliling rumah... tiap-tiap hari lamannya bersih sahaja..... ) Dalam pada sibuk mengemas, sempat memasak... Tak tipu lagi... masakannya... Ya ALLAH... sempurna.... sedapppp....
Kawan yang seorang lagi ni punya abang juga Insan Istimewa... memang rajin mengemas tapi bab masak... tak buat sebab ibu mereka yang selalunya masak untuk kami. Tapi bab mengemas dan membantu orang waktu kenduri kendara... jangan cakap.... memang abang K sangat rajin... orang lain boleh balik tinggalkan segala periuk belanga yang hitam legam... abang K lah yang mengemaskannya sampai bersih dan siap kemas sampah-sampah lagi....
Pernah sekali waktu akak beranak kecik.. bawa anak sekali datang ziarah kerumahnya... nampak hari agak mendung.... Abang K terus masakkan secerek air untuk dibuat mandi anak akak yang waktu itu umur belum setahun. Di siapkannya besen depan pintu rumah sebab kalau boleh dia tak beri akak masuk bilik air dengan baby sebab kuatir akak jatuh sambil pegang baby.... dah siap semua dia akan panggil akak untuk mandikan baby di depan pintu hadapan rumahnya... hahahahaha.... Rindu padanya....
Insan Istimewa yang akak kenal ini sewaktu dialysis di Hospital Serdang.. menemankan jiran sebelah rumahnya mendapatkan rawatan dialysis. Kami yang tiada pembantu dibantunya dengan berlapang dada...
Kejap-kejap kedengaran " Muiz... air biru habislah.... tolong ambilkan air biru..."
" Muiz, laparlah... tolong gi kantin carikan pau..."
" Muiz.. tolong tukarkan paper ini dengan kak sham..."
" Muiz... botol ni ketat betullah nak buka.... tolong bukakan tutupnya.."
" Muiz.... tolong belikan air ..."
" Muiz.. tolong belikan nasi kat kantin..."
" Muiz, tolong ambilkan selimut.... sejuklah hari ni..."
" Muiz... tolong carikan kipas saya..."
" Muiz... dah terlanjor Muiz bangun tolong ambilkan tisu kat sink tu..."
Jawapannya?...
" Boleh... boleh... tak apa....."
Inilah hero yang didatangkan untuk kami pesakit di bilik rawatan dialysis ni..
Ada seorang pesakit cukup sayangkan padanya dan dia pun sangat menyayangi pakcik itu.. Birthday Muiz baru ni, pakcik tu belikan dia jam tangan memang cantik..
Hah!!! Baru teringat nak belikan sesuatu untuk birthday Muiz tahun ini.....
Kadang-kadang kita meletakkan kejayaan akademik sebagai penanda aras kejayaan seseorang anak tu.
Bagi akak, cukuplahsekadar dia hidup tidak menjadi penagih dadah.. perompak.. menyusahkan ibu bapa depa semula... bergaduh adik beradik berebutkan harta...
Banyakkan yang hendak kita Syukurkan......
Semoga Allah memberkati insan-insan istimewa ini.
ReplyDeleteKak Hajah Nora...
DeleteAmiin... Ya Rabbal Alamin...
Sangat2 tersentuh Kak Rahmah...
ReplyDeleteAIna...
Deletemereka memang istimewa di hati,,
tanpa prasangka...
bersih...
kelebihan ada pada semua. Syukur dapat menggembirakan orang sekeliling dengan kebaikan dan kasih sayang.
ReplyDeleteMadora...
Deleteperkara yang kelihatannya simple tapi manafaatnya dan sangat menyentuh hati kami yang memerlukan pertolongan...
Kasih sayang memang luas hikmahnya...
rugi saya tidak terima tawaran jadi GB sekolah anak istimewa.Tentu banyak pengalaman menarik mengendali kebajikan mereka.
ReplyDeleteCikgu...
DeleteJika dapat dampingi mereka, tentunya banyak erkara yang menyentuh hati kita dan menarik lagi dari kisah2 anak2 yang biasa...
assalam..org istimewa ini mmg sangat istimewa..dil ada abg sepupu yg istimewa...sgt baik dan pandaiiii masakk..btul ckp mkcik..diorg ni punya kebolehan yg kita pun x dapat tandingi..dulu,masa belum berkahwin,dil mmg join yayasan SALAM dan Kinwanis..sangt tenang bila disamping mereka....makcik...hti seorang ubu kn?asalkan ank jadi anak yg baik,menyejuk hati pun dah cukup....:-)
ReplyDeleteWaalaikummussalam Dil...
DeleteHati seorang ibu mmg mudah tersentuh dengan kebaikan dan kelembutan anak istimewa ini....
mulia hati dia kan kak..
ReplyDeletetak yah tunggu birthday dia kak.. :)
DOc..
DeleteYup..
akak minta IC dia tadi..
Birthday dia mmg lama lagi bulan Oktober...
akak dah bagi dah... happynya dia.....
Doc..
DeleteThank u sages suh bagi sekarang....
Hati depa ni bersih dan lurus.. tak dak hasad dengki.. tu yang senang mata memandang..
ReplyDeleteAnak sepupu makchaq pun ada seorang yang macam ni.. sangat sayangkan mak ayah dan adik2nya.. kalau maknya tegur dia buat silap, terus pi peluk mak minta maaf.. memang tersentuh hati kita mak2 ni bila tengok..
Makchaq..
Deletesungguh..
mereka tidak prejudis..
tidak memandang warna kulit..
tidak bias...
memang suci murni...
kita pun tenang dengan mereka...