Tuesday, August 21, 2012

405 ~ Berhari raya....



Hari raya pertama

Sesudah bersembahyang di pagi hari..
Menziarahi  pusara kaum keluarga.....

Kemudian kami pun bersalam-salaman dan bermaaf-maafan... Pergi rumah mak sedara yang bersebelahan sahaja... 

Suka lihat kumpulan sepupu ni... masih mengenal main tutup botol...




Sempat bergambar dengan mak saudara,biras dan sepupu...




Bergambar antara 2 keluarga...




Malamnya pula sebelum balik ke Bangi... sempat beraya di rumah tepi bendang..
juadah yang disediakan memang istimewa sekali..
juadah pencuci mulut yang kami buat macam pembuka selera...
ini memang menjadi kegemaran kami adik beradik dan hanya sepupu ini sahaja yang boleh buatkan..




Setelah muak dengan rendang dan ketupat... Mee hoon sup sangatlah menyelerakan...
Sebaik balik dari rumah sepupu tepi bendang... kami terus pulang ke Bangi. Tiba rumah dah pukul 2pagi...




Hari Raya Kedua

Selesai berbuka, kami beraya di rumah kakak saudara akak di Selayang. 

Masing-masing dengan gadget masing2.. Beza betul dengan akak masa kecil dahulu.. 
Mungkin kerana anak-anak kami kurang mengenal antara satu sama lain jadinya masing2 buat hal sendiri... ( Memang kena selalu jumpakan...)



Sempat bergambar sekeluarga juga...
Dulu kami berkawan rapat dan bermain sama-sama...( tiga lelaki yang dibelakang akak adalah tiga beradik daripada 6 orang adik beradik lelaki...)
sekarang masing2 dah ada anak sendiri...
( Mana pernah terduga masa kecik dahulu akan jumpa dengan anak2 pula...)
~ Kenangan dengan keluarga ni..
Bila waktu masak kerang... akak dan anak perempuan kakak saudara (yang bertudung dan baju orange) ni ditugaskan membersihkan kerang. Kami disuruh menggunakan berus dawai... kerang jadi sangat cantik.. putih bersih berseri... Kuah rebusan kerangnya boleh di hirup sampai kenyang.... - tak main-main....!!!!!
Tapi... itulah kenangan manisnya...
Kenangan dengan anak kakak saudara yang sulong (berdiri sebelah kiri suami akak) tu pula, kami suka mencari tiket2 di hentian bas untuk dikumpulkan... suka melihat bentuk dan warna tiket2 yang berbeza.
Masa kecik waktu kami banyak bermain diluar rumah. Itu yang macam2 kami boleh buat.
Anak2 sekarang sudah disogokkan dengan teknologi hujung jari... dah tak reti nak habiskan masa diluar rumah.





8 comments:

  1. juadah pencuci mulut tu apa namanya? i pun dulu suka kumpul tiket bas especially yg cantik nombornya, tapi tak kutip kat bustop, simpan yang sendiri punya. teknologi hujung jari, jauh dari realiti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      Juadah pencuci mulut tu hanya dipanggil bubur sedappp... Rasanya dah pernah tanya tp selalu lupa...

      Delete
  2. Salam Kak.
    Amboi meriah sunggoh aih gambaq yang last tu....itu dah penoh corum ka belom lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle..
      Gambar ramai2 tu mmg tak cukup korum... Jenis ambil jer dulu... Jika nak tunggu semua,mmg sah ler tak dpt...

      Delete
  3. salam lebaran yang indah buat akak dan keluarga
    masih sibuk berhari raya lagi ye sekarang masih cuti sekolah lagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      Mmg sejak rayatu mmg akak tak menyempat nak duduk rumah... Berjln raya jer... Ini minggu ni nak kena balik kg lg... Puas berjln rasanya...

      Delete
  4. Zaman IM rasanya tutup botol ni untuk main dam jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM...
      main dam dan main pangkah2 (tak tahu nama)
      masa akak kecik2 dulu...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata