Hari raya pertama
Sesudah bersembahyang di pagi hari..
Menziarahi pusara kaum keluarga.....
Kemudian kami pun bersalam-salaman dan bermaaf-maafan... Pergi rumah mak sedara yang bersebelahan sahaja...
Suka lihat kumpulan sepupu ni... masih mengenal main tutup botol...
Sempat bergambar dengan mak saudara,biras dan sepupu...
Bergambar antara 2 keluarga...
Malamnya pula sebelum balik ke Bangi... sempat beraya di rumah tepi bendang..
juadah yang disediakan memang istimewa sekali..
juadah pencuci mulut yang kami buat macam pembuka selera...
ini memang menjadi kegemaran kami adik beradik dan hanya sepupu ini sahaja yang boleh buatkan..
Setelah muak dengan rendang dan ketupat... Mee hoon sup sangatlah menyelerakan...
Sebaik balik dari rumah sepupu tepi bendang... kami terus pulang ke Bangi. Tiba rumah dah pukul 2pagi...
Hari Raya Kedua
Selesai berbuka, kami beraya di rumah kakak saudara akak di Selayang.
Masing-masing dengan gadget masing2.. Beza betul dengan akak masa kecil dahulu..
Mungkin kerana anak-anak kami kurang mengenal antara satu sama lain jadinya masing2 buat hal sendiri... ( Memang kena selalu jumpakan...)
Sempat bergambar sekeluarga juga...
Dulu kami berkawan rapat dan bermain sama-sama...
( tiga lelaki yang dibelakang akak adalah tiga beradik daripada 6 orang adik beradik lelaki...)
sekarang masing2 dah ada anak sendiri...
( Mana pernah terduga masa kecik dahulu akan jumpa dengan anak2 pula...)
~ Kenangan dengan keluarga ni..
Bila waktu masak kerang... akak dan anak perempuan kakak saudara
(yang bertudung dan baju orange) ni ditugaskan membersihkan kerang. Kami disuruh menggunakan berus dawai... kerang jadi sangat cantik.. putih bersih berseri... Kuah rebusan kerangnya boleh di hirup sampai kenyang.... - tak main-main....!!!!!
Tapi... itulah kenangan manisnya...
Kenangan dengan anak kakak saudara yang sulong
(berdiri sebelah kiri suami akak) tu pula, kami suka mencari tiket2 di hentian bas untuk dikumpulkan... suka melihat bentuk dan warna tiket2 yang berbeza.
Masa kecik waktu kami banyak bermain diluar rumah. Itu yang macam2 kami boleh buat.
Anak2 sekarang sudah disogokkan dengan teknologi hujung jari... dah tak reti nak habiskan masa diluar rumah.