Awal minggu ini, Isnin 19hb Disember... Thung-thung telah pergi meninggalkan kami. Sangat sedih buat kami sekeluarga. Awal subuh sewaktu Qeeb hendak turun mengambil telekong di bawah telah ternampak Thung-Thung sudah tidak bernyawa. Terus naik ke bilik kami menangis-nangis dan beritahu abahnya Thung-Thung dah tiada.
Kenangan bersama Thung-Thung masih segar di ingatan kami.
### 4 hari lepas, nak menyebut nama Thung-Thung pun tak sanggup. Qeeb amat terasa kehilangannya kerana Qeeb yang mengambil Thung-Thung dari Pet Shop berdekatan rumah kami. Nama Thung-Thung pun Qeeb yang beri. Malah hanya Qeeb seorang saja di rumah ini yang Thung-Thung tunggu depan pintu bilik ataupun depan pintu rumah. Tiap-tiap pagi Thung-Thung dah menunggu di depan pintu bilik Qeeb nak masuk kedalam bilik dan mengejut Qeeb untuk solat Subuh. Thung-Thung akan berbunyi manja atau memicit2 badan Qeeb.
Ayat daripada Qeeb sendiri :
Fikir secara positif : Mungkin ada hikmahnya bila ALLAH mengambil Thung-thung saat ini.
1. Dia dah tak merana sakit lagi kerana sebelum ini memang nampak Thung-Thung sangat kurus.
2. Selepas pemergiannya, ALLAH gantikan dengan kabar gembira dengan mendapat keputusan PMR yang cemerlang. Alhamdulillah.
Thung-Thung sangat-sangat dirindui.
### Dah tak hingin nak sayang kucing lagi sebab bila kehilangan... hmmmmmmmm terasa sangat pedihnya.
alooo....
ReplyDeletesian Akak.....
lahai sian nya...macam kat budak budak kat rumah ni gak laa...
ReplyDeleteMemang rasa cam gitu, sedihhhhh sangat2
ReplyDeletekan?sya walau pun hilang kucing yg bukan di bela pun terasa sedihnya
ReplyDeletememang sedih.. siapa yang dah rasa saja yg tahu
ReplyDeletesedih nya.. saya pun pencinta kucing...
ReplyDeletewalau saya ni tak pandai nak menghampiri kucing, terasa sedih juga baca kisah thung-thung. Qeeb yg tersangat rapat tentu paling terasa tapi syukur Qeeb bijak memahami ketentuanNYA dan melihat hikmahNYA dengan kesyukuran. I am sure thung- thung loves u dearly too.
ReplyDeleteaduhai..sedihnya.....:-(
ReplyDeleteDoktor...
ReplyDeletewaktu baru meninggal tu, memang tak boleh nak kata apa-apa.. menyebut namanya pun tak sanggup.
Kak Ezza..
ReplyDeletebila anak2 dah sayang kucing..
memang sedih bila ada kematian begitu..
Kak Nani...
ReplyDeletekak nani anak beranak pun peminat kucing..
memang sedih kan..
Sya..
ReplyDeletebetul sya...
apatah lagi bila kita membelanya.. lagi2lah sedih.
mycikgukita..
ReplyDeletebetul cikgu...
saya sejak dari kecik bela kucing..
walau dah banyak kali hadapi kucing mati.. tapi tetap sedih..
baru2 kucing mati cakap taubat taknak bela...
bila nampak anak kucing.. dah jadi sayang semula..
Adekniza...
ReplyDeletebila dah sayang, kita bela...
bila mati... kita masih bela lagi...
dah sayang kan...
Madora..
ReplyDeletememang nampak Thung2 sangat2 sayang pada Qeeb.
bayangkan dalam rumah ni ada ramai orang, Thung2 hanya menanti Qeeb balik sekolah dan selesai solat. Kan dalam kasihnya sesama mereka....
Anyway.. thank you sis...
Dil..
ReplyDeletememang :(
sampai hari ini pun masih terasa menghiris di hati.
Akak
ReplyDeleteMacam terasa2 kesedihannya :-)
I pun baru ada sekor rona oren yang hidup bebas tanpa dikurung. Dah pandai bila namanya dipanggil, dia ngeow dan dtg kat kita.
Kak Som..
ReplyDeleteMasih Kami Terasa...
Sangat pedih
tapi
jika datang lagi rona oren..
harus kami bela lagi...