Wednesday, December 07, 2011

235 ~ Kisah Opis Hari Rabu..



Hari ini memang hari yang sangat memenatkan. Akak tiba di Opis sebelum pukul 8pagi. Tunggu mesin untuk 'priming'. Nampak MAFaizun yang buat. Lega.. sebab MA Faizun memang arif mengenai mesin BBraun akak. Lama jugalah masalahnya cuba diatasi. Masih tak boleh-boleh...

Lama-lama MA Faizun pun pergi membuat kerja di CCU. PPK Poobalan pula mencuba untuk melihat apa yang boeh beliau bantu. Kebetulan pula hari ini banyak mesin mengalami kerosakan. Jadinya hendak menggunakan mesin lain memang kena tunggu giliran juga.




Masalah Mesin BBraun ini rupanya memerlukan bantuan dari Radicare. Datanglah jurutekniknya yang ditugaskan untuk membaiki mesin ini.




Dapat juga akak melihat keadaan di dalam mesin yang banyak membantu akak selama hari ini. Kesian dia... dia kepenatan juga.

Puas jugalah juruteknik itu berusaha membaikinya. Akak menanti lebih 3jam sehinggalah ada satu mesin kosong, barulah akak dapat menggunakannya.




1030pagi baru akak dapat dialysis. Habis pukul 230ptg.
Sebaik habis dialysis akak terus kena pergi ke Klinik.
Temujanji setiap 3 bulan.
#### Banyak yang perlu dipatuhi.




Dah lama tak cerita opis mate akak... Kak Jamilah.
Sekarang tugas membawa dan menjaga beliau di pikul oleh anak lelakinya. Beliau tidak lagi menunggu sehingga petang untuk pulang kerana anaknya bertugas sepenuh masa menjaganya. Alhamdulillah.

Buat masa ini Kak Jamilah sedang agak uzur dan sedang dirawat di Wad. Semuga Kak Jamilah akan segera sihat seperti biasa.



## Sampai saat ini terasa penatnya menanti di opis sejak awal pagi. Selesai Klinik tadi pun dah dekat pukul 4ptg...
Hari dialysis yang paling memenatkan.

8 comments:

  1. IM pun entah kenapa hari terasa letih dan mengantuk di tempat kerja...

    ReplyDelete
  2. Cucu saya tido, jenguk sini jap..

    ReplyDelete
  3. wah dalam mesin tu sangat complicated. mesin pun kadang jatuh sakit. ujian kesabaran dari pagi ke petang menunggu. semuga anak kak Jamilah juga sabar dan kak Jamilah kembali sihat.

    ReplyDelete
  4. sya mengantuk sebab anak anak kecik silih berganti mengamuk,muntah dan mengerang sakit pagi tadi

    ReplyDelete
  5. IM..
    Sesekali memang akan terasa sangat letih walaupun melakukan perkara yg biasa kita lakukan...
    Muga hari ini IM lebih ceria dan segar.

    ReplyDelete
  6. Cikgu...
    Cucu comei tu.. ralit main dengannya...

    ReplyDelete
  7. Madora..
    itulah... akak suka dapat tengok dalam mesin tu. Bila technician buka saja, akak terus sibuk tengok... siap ambil gambar lagi..

    ReplyDelete
  8. Sya...
    akak doakan agar anak2 sya dah sihat seperti biasa..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata