Thursday, December 08, 2011

236 ~ Jawapan yang tak sangka...






Sejak dari kecil lagi Ain sangat selesa makan dengan menggunakan sudu. Akhir-akhir ini terasa bagai satu keganjilan pula melihatkan Ain terus-terusan makan menggunakan sudu. Sering nasihatkan Ain supaya belajar makan dengan menggunakan tangan tapi masih terus menggunakan sudu.
Perbualan ini terjadi sewaktu makan malam dan menonton berita TV3.

Abah : Ain, bilalah Ain hendak belajar makan menggunakan tangan?

Ain : Nanti bila saya dah dapat lesen...

Terkejut betul mendengarkan Ain menjawap begitu. Memang di TV sedang menyiarkan kisah anak-anak muda ditangkap polis kerana menunggang motor tanpa lesen. Terus Ain menggunakan alasan begitu.

Ain memang kurang bercakap orangnya. Sekali ditanya... memang akan ada jawapan yang akan menggeletek hati kita.

12 comments:

  1. Ain cute, bijak, lucu, surprising and quick thinking. Bila orang ketawa dengan respon Ain, apa reaksi Ain?

    ReplyDelete
  2. ain2..ada je jawapan bernas dia....hehehehe.....

    ReplyDelete
  3. hehehe...lesen apa kah itu ain?

    ReplyDelete
  4. wahhh ain macam anak orang puteh pulak...

    ReplyDelete
  5. tak tanya ke lesen apa? kut ada jawapan yang lebih tajam dari ut!

    ReplyDelete
  6. Madora..
    Ain mmg jenis cool..
    Sekadar senyum...
    Dan sebut..
    "what? Apa saya jawap salah ker?"

    ReplyDelete
  7. Dil..
    Sebenarnya Ain ni pendiam..
    Kawan sekelasnya pun beritahu begitu..

    ReplyDelete
  8. Sya..
    Taktahulah apa yg dia faham..

    ReplyDelete
  9. Ida..
    Mmg akan ada anak2 kita akan lain sedikit dari adik beradiknya yg lain

    ReplyDelete
  10. IM..
    Nanti nak cuba tanya juga..

    ReplyDelete
  11. budak bijak mmg begitu....hihi~

    ReplyDelete
  12. gB..
    terima kaseh...
    semuga pagi tadi gB memang makan garam..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata