Wednesday, December 21, 2011

241 ~ Hari Pertama di Dubai


Selesai solat Zohor, kami memulakan perjalanan melawat bandar Dubai. Pemandangan yang menarik dikiri kanan jalan membuat akak sangat  teruja... Memang indah pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit di kiri kanan jalan.



 Untuk melawat keseluruhan bandar Dubai..adalah lebih bijak jika kita menaiki Bus Tour of Dubai. Mengambil gambar dari tingkat atas ruang bas yang terbuka memberi kita ruang yang luas berbanding jika menaiki teksi atau kereta sewa.




Mendengar penerangan tempat2 yang menarik melalui earphone yang disediakan.




Bangunan Atlantis..
Sangat cantik..



Bebarapa route yang disediakan oleh Big Bus Tours
Hari pertama kali menaiki route bertanda biru.




Bangunan pencakar langit yang cukup memukau mata memandang..




Antara kereta jenama mewah yang terdapat banyak di sini.
Highway 7 lorong dengan kereta yang laju-laju.
Gerammmm...




Masjid memang banyak terdapat di sini.
Alhamdulillah..




Stesen LRT yang sangat cantik..
- tak berpeluang nak naik walaupun stesennya berdekatan dengan hotel kami.




Bangunan pencakar langit berbentuk kapal layar.
Banyak bangunan berbentuk kapal layar di sini.




Burj Al Khalifah..
Menara tertinggi di dunia.



Walaupun di padang pasir.. masih terdapat tumbuh-tumbuhan yang beraneka warna dan pokok kurma yang subur menghijau.




Petang itu kami sempat menyusuri sungai Dubai dengan river cruise.



Pemandangan di tepi sungai.




Keadaan hampir waktu Maghrib.




Masjid yang terletak di tepi sungai.
Sangat indah...
terasa seperti menaiki cruise di Putrajaya dan kelihatan Masjid Besi.




kelihatan teksi air yang membawa penumpang menyeberang sungai.




Tiba di Souk.
Tempat membeli belah.
Tapi ada sesuatu mengenai Souk ini.
Kedai menjual barang-barang tertentu di satu bahagian sahaja.
Maksudnya.. jika kedai menjual peralatan sukan.. sepanjang jalan akan hanya terdapat barangan sukan.
Jika kedai menjual lampu-lampu hiasan... sepanjang jalan menjual lampu-lampu hiasan.
Nak mencari satu-satu barang kena tahu betul2 dimana tempat jualannya.
Jika tidak... puaslah berjalan mencari.
Cari punya cari... rasa nak tercabut kaki.




Balik bilik malam tu terus order room service..
Memang dah tak larat nak kemana-mana pun.



18 comments:

  1. akak,
    Selamat bercuti..cantiknya dubai

    ReplyDelete
  2. wah...makan angin lagi akak ni...

    ReplyDelete
  3. jadi untuk merasa seperti di dubai saya pergi putrajaya aje la..hari tu tak tercapai..tahun depan cuba lagi. akak cari kedai jual apa? kalau jumpa lorong yg betul pun, pening juga nak pilih sepanjang jalan semua barang yg kita nak :)

    ReplyDelete
  4. akak balik before next "cuci²" appointment or buat cuci² overseas?

    ReplyDelete
  5. Salam Kak.
    Ada beberapa orang kawan saya yang berkerja sebagai chef disana.....enjoying themselves dan kumpul duit buat bekalan tua depa...alhamdulillah!

    Uncle815

    ReplyDelete
  6. jauh perjalanan banyak pengalaman

    ReplyDelete
  7. Cantiknya tempat ni. Nampak bersihhhhh je kan? bila la ai ni nk smp ke sana. isk..

    ReplyDelete
  8. wow..!! bestnya..
    errrr...
    Burj Al Khalifah tu berapa ratus meter tingginya..?


    -sara-

    ReplyDelete
  9. Juju..
    Terima kaseh..
    Alhamdulillah.. dah selamat pergi dan selamat balik pun dah...

    ReplyDelete
  10. Ida..
    jalan2 hujung tahun... :)

    ReplyDelete
  11. Madora..
    Jika ada kesempatan lagi.. u singgah ke Putrajaya dan cubalah ambil cruise.
    Akak cari apa yg sempat saja...
    jika tak dapat akak cari benda lain pulak.. :)

    ReplyDelete
  12. KOG..
    Akak pergi diantara dialysis.
    Pergi selepas dialysis hari rabu dan balik sempat dialysis hari sabtu..
    Nak dialysis di luar negeri... tak mampu ooo..

    ReplyDelete
  13. Uncle..
    Memang akak lihat di Dubai memang banyak pekerja asing..
    Negara kaya macam tu memang rata2 menggunakan pekerja asing.
    Best jugak mengumpul harta sebelum balik malaysia...

    ReplyDelete
  14. AM..
    Macam-macam yang akan kita temui dan alami bila berjalan jauh begitu.
    Jadikan pengalaman dalam hidup.

    ReplyDelete
  15. Ai..
    SubhaNallah..
    memang cantik..
    Insya'Allah Ai..
    akak pun tak pernah mimpi nak kesana...
    rezeki dari Allah bukan kita tahu...

    ReplyDelete
  16. Sara..
    Ketinggian Burj Al Khalifa adalah 829.84m = 2,723ft..
    Kabarnya pelawat hanya dibenarkan melawat setakat tingkat 124 sahaja.

    ReplyDelete
  17. akak....geram nak racing racing kat hiway 7 lane tu eh? hahaha!!!

    *

    lawa jugak dubai kan? jumpa ramai org m'sia tak kat situ? dgn abu dhabi tak jauh beza kan?

    ReplyDelete
  18. gB..
    memang terasa sangat geram...
    dapat satu super car.. memang dah racing habis...
    - itu pun jika mampu lah kan...
    Dubai memang lawa..
    Jumpa satu pasangan Malaysia dari Penang waktu nak makan di Dubai Malls.
    Tak sempat hendak ke Abu Dhabi walaupun hanya satu jam perjalanan dari Dubai. Rugi pulak rasanya...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata