Thursday, July 21, 2011

1098 ~ Ingat masa kecik dulu.....


Bila semalam buat entry ceritakan kisah masa kecik-kecik dulu..terasa nak citer pulak kisah-kisah bila ke dapur dengan arwah mak. Tak mudah tau... selalu kena marah...

Selalunya emaklah yang menyediakan bawang-bawang, rempah-rempah bila nak memasak. Tak macam akak sekarang, semuanya suruh bibik yang siapkan.. akak cuma tinggal menumis... tapi dulu, dari ke pasar, menyiang ikan, ayam semuanya emak yang buat. Kopek-kopek bawang, mengambil serai, daun kunyit, daun kesom ataupun daun kari di kebun sekangkang kingkong belakang rumah tu pun emak yang buat. Sekarang, akak cuma mintak bibik yang mengambil serai, daun kunyit, daun kari dan daun pandan. Sejak akak menanam semua itu, sampai hari ini akak tak tengok2 dah. Taunya bila nak masak... order saja..."bibik, saya nak pakai daun kunyit...ambil satu"...

Arwah mak dulu kalau masak-masak Lomak cili api suka pakai periuk tanah. Gulainya jadi lagi sedap... Hmmm... tak jumpa lagilah rasanya.. Kalau dia masak rendang ayam atau rendang daging, ada jiran yang bila tahu selalu hantar surat kecik melalui anaknya tertulis, " Mah... sedaplah bau rendang mak ngah, boleh akak mintak sikit?" Itu memang gaya kak Rosnah, jiran kami yang beranak 7 orang. Selalu menghantar nota kecik-kecik ala-ala Memo antara department bila nak mintak apa-apa. Apalah kabarnya kak Rosnah sekarang?

Bila arwah mak membeli ikan bilis dan taugeh.... ini memang boleh jadi perang besar antara akak dan dia. Arwah Mak selalu mintak tolong kopekkan ikan bilis ataupun buang ekor taugeh. Tugas tersebut memerlukan penelitian yang tak terhingga. Kita masa tu kan selalu menghabiskan masa-masa diluar kawasan rumah. Kawan-kawan ramai yang terpanggil-panggil kat pintu mengajak main. Kalau kita takda, tak cukuplah korum.... Mak kita pulak masa itulah dia nak suruh kita kopek ikan bilis dan buang ekor taugeh. Saat yang sangat stress.. sambil buat merungut-rungut. " Mak lainkali, mak tak payah masak sambal ikan bilis dan goreng taugeh tau!.. Mak masak lauk lain pun takper..."

Ikan bilis tu hanya separuh jer berkopek..yang lain semua ditinggalkan jer. Taugeh pun begitu... kalau emak beli 30 sen taugeh... yang berkopek hanya 5sen saja... yang 25sen dah masuk dalam sampah-sampah ekor taugeh. Kalau nak masak taugeh jugak, Maklah kena habiskan. Tapi ken... bila dah berumah sendiri ni, bila beli ikan bilis dan taugeh... tetaplah akak kopek sendiri. Tidaklah menipu2 tak mahu kopek dan masak terus macam tu. Heran sungguh ken?

Cerita yang akak selalu kena marah kat dapur bila menolong arwah emak ialah bila arwah mak meminta tolong ambilkan Piring dan Pinggan. 2 perkara tu memang selalu jadi punca kecik-kecik hati. Akak ingat lagi sampai sekarang. Bila mak goreng ikan, dia suruh ambilkan pinggan nak letak ikan, akak selamba dek ambil piring. Dah kena marah. Bila dia suruh ambil piring, nak letak lauk sikit, akak ambil pinggan. Selalu akak jawap " Kenapa tak nak pakai mangkuk. Kan senang..." Mak jawap pulak..." Takkan aku nak letak ikan goreng ni dalam mangkok. Pinggan dan Piring pun Kau tak kenal..... @@#$$#%%&&*((*&(*" ( adalah sikit yang dibebelkannya lagi...)

Selalu akak kecik hati bila part kena ambil pinggan ataupun piring. Kalau mangkuk, akak pass... Yang dua itulah yang sangat menyesakkan kepala otak akak kalau disuruh. Yang emak pulak, dah tahu kita tak tahu... dia suruh lagi..suruh lagi.. niat dia nak kita pandai. Kita ni tak minat nak jadi pandai... itu yang selalu tension. Tapi bila dah dirumah sendiri... dah pandai.. dah pandai beli pinggan untuk apa... beli piring untuk apa.... heheheheheheeheheheh.. Kalau emak ada lagi sure dia VANGGA....


And I found a very special love in you
It's a feeling that's so totally new
Over and over, it's burning inside

LUEM

16 comments:

  1. kiranya akak kecik² pun dah masuk senarai tempat ke-16 perempuan tension di malaysia, kih kih... tension tak kenal piring dengan pinggan

    ReplyDelete
  2. seb baik sekarang da ada jual ikan bilis da siap kopek kan makcik? he~~

    *botol makcik saya pos hari sabtu boleh tak? masa amat dengki dengan saya la makcik~~boleh ya?

    ReplyDelete
  3. saya tak de experien tolong mak kat dapur, kononnya rajin sangat menelaah pelajaran..jadinya sampai sekarang tak serasi duk dapur.
    akak train tak anak2 akak?

    ReplyDelete
  4. arwah nenek dulu jd tukang kopek ikan bilis ngan bontot toge - terlepas seksaan kami adik bradik! haha..

    ReplyDelete
  5. Umur akak 12 tahun (darjah 6),
    Paling akak suka kedapur, kukur kelapa, kengkonon naik kuda ha ha ha
    Paling tak suka kena giling cili dan rempah kari dgn batu giling..hu hu hu

    ReplyDelete
  6. terkenang teringat masa mula mula masak asam pedas.Hentam segenggam asam keping dalam kuah.Awat tak masam dan kelat berdengung.Langsung kena pelengkung dengan bapa....haha

    ReplyDelete
  7. Akak,

    Terbaik! Saya tis tis ayaq mata sebab best entry ni dan boleh relate dgn citernye... hehee

    Tapiken ken...antara ciri2 sorang wanita pandai masak...dia tengok dari jauh dulu...pastu tolong2...pastu tak kenal pinggan dgn piring.
    I rest my case. ;)

    ReplyDelete
  8. kak ayong dah pandai masak sambal ayam, hari minggu lepas dia masak, sya sedikan bahan je
    lepas tu kan masa makan sya puji2 sebab sedap
    suka hati dia.

    ReplyDelete
  9. KOG...
    :)...
    memang sangat stress untuk menbezakan pinggan dengan piring....
    Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............

    ReplyDelete
  10. Bujal..
    memang nasib banyak baik bila boleh beli ikan bilis dah kopek dan ada bibik nak mengopek...
    Tidak apa, bila-bila pun bujal nak pos pun boleh... makcik dah tak sekolah nak bawak bekal air...:)

    ReplyDelete
  11. Madora..
    akak train yang minat... yang tak minat akak malas nak bergaduh2... nanti anak2 tu teringat2 kisah bergaduh di dapor sama macam akak bergaduh dengan arwah mak... tapi kan... suasana itulah yg selalu akak rindukan.... mak masak akak tengok dan bergaduh2 kecil....

    ReplyDelete
  12. Ai...
    Eeeeeee Ai chinekel...
    tak kena buang ekor togeh... tak kena kopek ikan bilis....

    ReplyDelete
  13. Kak nani...
    part mengukur kelapa dan menggiling cili dah diambil oleh arwah makcik saya.... dua-dua tu saya paling selamat....

    ReplyDelete
  14. Cikgu...
    kalau kita tak buat silap, kita tak tahu...kan????
    macam saya... nak bezakan pinggan dan piring bertahun2...

    ReplyDelete
  15. LIli...
    Oooooooo thank you..
    terharunya... sebak rasanya membaca komen u....
    thank you....

    ReplyDelete
  16. sya...
    wah.... sudah ada 2 tukang masak ma....
    bestlah awak....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata