Banyak yang hendak disyukurkan. Antaranya.. akak dapat berpuasa hari ini. Pesanan boipren agar akak menjaga air semasa ketiadaannya membuatkan akak berpuasa untuk hari ini dan esok. Bila akak berpuasa, kadar pengambilan air dapat diatur dengan sebaik-baiknya berbanding dengan hari akak tidak berpuasa.
Jika berpuasa, kadar yang perlu untuk minum dapat dikawal dengan baik. Bayangkan jika tidak ambil minum pagi, minum tengahari dan minum petang... jika setiapkali minum lebih kurang 200ml x 3 = 600ml... kemudian 'in between'... curi-curi minum bila-bila turun ke dapur dengan ringannya tangan mencapai cawan dan mengambil air sejuk dari peti ais... jika 3x curi minum... sekali curi 100ml x 3 = 300ml... jadi jumlah minum waktu siang jika tidak berpuasa adalah 600ml + 300ml = 900ml.... Kadar yang dibenarkan hanyalah 500ml sehari...
Dan sekiranya akak berpuasa... waktu berbuka akak hanya minum 250ml air milo panas atau teh o panas... dan untuk sebelum tidur minum lebih kurang 200ml air sejuk. Jadinya jika berpuasa hanya 450ml. Jauhnya beza dengan tidak berpuasa... ALHAMDULILLAH..
Sudah hampir 3 tahun akak menjalani rawatan dialysis. Sudah banyak kali diingatkan akan bahaya mengambil air dengan kadar yang banyak tapi... hmmmm nasihat tinggal nasihat. Bila boipren sebelum pergi merisaukan keadaan lebihan mencuri pengambilan air akak... buat akak dapat memikirkan sendiri. Seandainya berlaku apa-apa yang tidak diingini... memanglah kesalahannya terletak dibahu sendiri dan untuk mendapatkan bantuan segera seperti 2 tahun lepas tidak mudah. Bayangkan jika boipren akak harus memberi 15 nombor talipon jika berlaku kecemasan... berbanding jika berlaku kecemasan yang serupa dan dia berada di rumah... memang menakutkan.
Kabar boipren.
Melalui sms yang diterima, boipren akak masih meng'adjust' masa disana. Waktu solat maghrib 9.30malam, solat isyak adalah 11.30malam dan waktu subuh adalah 2.30pagi. Tentunya cara yang paling selamat untuk tidak tertinggal solat subuh ialah dengan berjaga menanti waktu solat.
Solat jumaat pula 115tghari. Masjid yang terdapat di bandar Erlangen agak jauh dari Universiti Erlangen. Mujur boipren berkenalan dengan student tunisia berdarah campuran german dan pemuda tersebut menawarkan diri untuk membawa boipren pergi solat jumaat. ALHAMDULILLAH....
Sebenarnya hari ini akak dijemput oleh Ustazah Aslina untuk ke majlis perkahwinan anaknya. Olehkerana akak sayangkan peluang untuk berpuasa, akak telah menghadiri majlis berinai pada malam semalam. Jemputan dapat dipenuhi dan puasa dapat dibuat. ALHAMDULILLAH...
LUEM
ustazah dah nak bermenantu, nampak muda lagi. Alhamdulillah pesanan doktor yang berjauhan itu buat akak disiplin, ye lah tak mau dia risau di sana. Banyak bersyukur akan bertambah nikmatNYA insyaAllah.
ReplyDeleteAlhamdulillah terlalu banyak nikmatNya....
ReplyDeletePatutnya akak ikut boipren akak tu..bole singgah Belanda..Dia kursus akak round sorang2. Dulu boipren Ate pernah ajak round Europe (ko ada boipren ke Ate??). Hehehe..dlm mimpi jer.
Syukur. Begitu kuat smangat AKAK, semoga terus kuat walaupun ada ketika hadapi sendirian.
ReplyDeleteSyabas KAK!
“Sebut ZIZAN lagi, Azie?”
Insyallah jika akak sentiasa ingat pesanan boipren yg jauh tu akak pasti dapat kawal...
ReplyDeleteboipren akak ke Paris ke sbb tguk perbezaan waktu tu..
madora...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ustazah dah selamat mendapat menantu...
Memang takut memikirkan jika kejadian 2 tahun lalu terjadi jugak waktu boipren takda... itu yg kena puasa, tak boleh tidak...
Ate..
ReplyDeletekalau bukan sebab anak 3/3 nak periksa besar..memang kami semua dah kena angkut dek boipren... memang dah plan nak pergi anak beranak tapi waktu kursus tak dapat nak tunda lagi ... Insya'Allah.. ada rezeki lain kali kami sure ikut...
Akak rasa memang benar boipren Ate mangajak keliling Europe tapi Ate yg tak mo....Kan?...
Azie...
ReplyDeleteThank you azie...
semangat hangat-hangat sementara jer....!!!
balik boipren, buat semula....
Ida...
ReplyDeleteBoipren ke Germany....
semangat ni masa dia takder jer....hehehehehe sebaik dia sampai nanti, habislah semangat tu...