Thursday, July 14, 2011

1090 ~ Andeh.. tak cuba tak tahu.....



Seminggu sekali memang kena masuk pasar sebab budak ini mintak belikan ayam. Ayam kena beli dari penjual di pasar kerana nampak sembelihannya dan boleh pilih bahagian peha sahaja...



Pagi-pagi dah keluar antar anak-anak kesekolah. Lepas ke sekolah, akak ke pasar...

Terasa pagi ni nak beli banyak barang..jadinya memandangkan tukang angkat barang tiada... sorang dah dihantar kursus ke German dan sorang lagi dah kena pergi sekolah.... hmmm akak pun mencari jalan mudah dengan parking kereta dalam pasar. Rupanya selesa parking kereta dalam pasar. Beli barang... hantar masuk kereta.. Lepas tu beli lagi... hantar lagi... tak jauh dan mudah sangat.

Masa mula-mula parking tadi akak nampak ada satu lorong kecil di tepi pasar. Akak mushkil kot-kotnya kalau kereta nak keluar dari kawasan pasar tak muat. Akak tunggu kot-kot adalah kereta nak lalu situ. Tak adalah pulak...

Akak pun pergilah beli ikan. Tanya dengan penjual tu, kereta boleh lalu tak kat lorong yang nampak kecil tu.. dia kata Lori pun lepas...

Akak puashati... Beli barang-barang lagi....

Lepas selesai beli barang dan hendak pulang, akak pandang kesebelah pasar. Kelihatan seperti Sekolah. Tak sangka ada sekolah rupanya. Akak cuba menggunakan laluan tersebut... Pasar berada di Jalan 1/7... akak lalu jalan disebelah dengan sekolah... akak keluar ke jalan 2/1..... Ya Allah... seronoknya... akak dah dapat memotong separuh dari jalan yang biasa akak lalui... Jika tidak tu akak perlu lalu jauh dan akhirnya melalui semula depan sekolah tersebut. Jalan pintas yang akak baru 'discover' memendekkan lagi jaraknya... SubhaNallah....

Terasalah betapa Andehnya lah akak selama ini.. Lalu punyalah jauh untuk ketempat yang sama.... Hehehehehehe....

Gembira sebab dah dekat 7 tahun menetap di BBBBangi.... baru jumpa jalan pintas...
Andeh tak andehnya...

ALHAMDULILLAH..



Amazing that we got this far..

LUEM

16 comments:

  1. boleh tahan andeh jugak la... kat corner jalan tu la adam seafood kak

    ReplyDelete
  2. lepas ni keraplah pergi ke pasar sebab jalan dah boleh potong potong macam potong ayam ;p

    ReplyDelete
  3. pasal kedai makan.. tauuu je dia tu!!

    * muncungkan mulut ke pengomen nombor satu tu .. *

    ReplyDelete
  4. kadangkala , bila terpaksa tu ,
    baru kita tahu yang kita boleh buat macam macam dan discover macam macam

    ReplyDelete
  5. Apa yang banyak beli tu Akak? Masak nasi ayam jugak macam I ari ni ke? Hehehe

    ReplyDelete
  6. KOG...
    sangat andeh...
    nak dikatakan apa ya?
    Okay..nanti akak cari..
    (janganlah 7 tahun lagi baru jumpa...)

    ReplyDelete
  7. sya...
    memang dah ada niatnya...
    lepas ni berdesup jer pergi pasar dan berdesup jer sampai rumah....

    ReplyDelete
  8. Doktor...
    KOG memang kaki makan...
    akak pun kaki makan...
    tapikan yang akak tahu
    you kaki jalan... :)

    ReplyDelete
  9. pB...
    Nature akak memang tak suka sesat barat... sebab tu akak tak suka mencuba.
    entah macamanalah pagi ini angin akak agak baik sikit... mau pulak mencuba... hmmmm...hasilnya sangat menakjubkan....

    ReplyDelete
  10. Lili...
    ari ni akak puasa. Masak lauk kari ikan tenggiwi...
    nasi ayam dah buat minggu lepas untuk Bapa Mertuaku...

    ReplyDelete
  11. hihi. comel la akak..

    saya pun mcm tu. kdg tu dah tau jalan tu pintas, tapi kalau melibatkan kene keluar simpang yg takde traffic light, saya mmg tak berapa nak gemor. :D

    ReplyDelete
  12. gB..
    betullah tu...
    kita ni memang tak suka berebut2 kat simpang yang takder traffic light...- tapi kan sampai bila?.. 7 tahun lagi?... tak sanggup akak oiiii....

    ReplyDelete
  13. Seronoknya itu sebab Akak temui sendiri jalan itu tanpa bantuan orang lain.

    Hebat kan...

    ReplyDelete
  14. IM..
    tidaklah hebat sebab 7 tahun memandang dan tertanya-tanya 'kemanalah hala jalan itu'... lepas 7 tahun baru mencuba.... mujur cuba....

    ReplyDelete
  15. Fa...
    sememangnya...
    apa taknya jika 24/7 dok makan ayam saja....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata