Tuesday, July 26, 2011

1101 ~ Ceritanya....


Rata-rata teman2 yang ke Bandung mengatakan 'bestnya shopping di sana...'.. dan kebanyakan yang akak kenal dah ke sana... Lama-lama temasuk jugak dalam hati hendak ke sana...

Peluang sort of datang bergolek bila bincang dengan teman ada yang sanggup bercuti kadar 3 hari kerana akak harus dialysis... Pergi petang jumaat lepas dialysis dan balik hari ahad... - bukan keputusan mudah sebab rata2 kawan2 yang ke sana mengambil masa kurang2 4 hari penuh berbanding dengan jadual akak yang hanya dapat satu hari penuh shopping. Bayangkan bila sampai kedai semua dah tutup.... masa nak balik pun terkejar-kejar nak pulang.. tak sempat nak menyopping sepuas mungkin.

Seorang teman yang sanggup menjadi teman kesana. Keizinan dari suami masing-masing diberi dan tiket pun diambil dalam kadar segera.

Hari Jumaat selepas dialysis, perjalanan ke Bandung pun bermula. Sebaik kapal terbang dari Bandung tiba... penumpang terus naik dan berlepas pula. Macam naik bas rasanya. Dengan serta merta dah naik dan turun.



Inilah teman yang sanggup menemani percutian yang singkat ini tanpa banyak kira.. Sebab ada kalanya ada yang rasa tak cukup masa yang diperuntukan tapi beliau bersetuju tanpa banyak soal. Terima kaseh, zana..



Walaupun tiba dah malam dan semua kedai makan dah pun tutup kecuali warung-warung tepi jalan, kami tidak mengalami kesukaran untuk membeli makanan malam. Hotel menyediakan restoren 24jam untuk penginap hotel. Sangat menyenangkan.

Ruang lobi dan restoren Hotel Guntur.



Kawasan taman hotel. Sangat cantik dengan pokok2.



Gambar ini diambil sebelum pulang. Kami tiba malam, tak sempat bergambar..



Depan Rumah Mode. Sedap shopping disini...



Gumbira setelah pergi ke 2 tempat sebelum Rumah Mode, tak jumpa apa-apa. Dan di Rumah Mode jumpa pakaian anak-anak.



Gambar sebelum pulang juga.



Beg pun dah 'beranak'..



Mendapatkan 'supir' memang memudahkan urusan. Bayangkan jika tanpa supir yang menanti ketibaan kami pada malam pukul 10.. hendak mencari teksi...???? oooooo sangat menakutkan. Mujur ada teman yang menguruskan perkhidmatan supir yang melayani kita selama 3 hari dengan kadar yang berpatutan. Kemana-mana ditungguin.... semuanya beres... tidak perlu terjenjet2 beg plastik banyak2 sambil menunggu teksi. Kena hantar pulang plastik ke hotel dulu dan keluar semula. Bila ada supir, semua itu tak perlu difikirkan. Masa pun boleh ditumpu untuk shopping.

Driver kami Yusof... pelajar bius di Universiti Bandung.



Pintu masuk airport. Nanti lepas ngaji akak cerita lagi... nak mandi dan pergi ngaji.....
Shopping sudah.. cuti sudah... Ngaji... Nak kena pergi... Bye...





You're one in a million

LUEM

16 comments:

  1. sALAM


    cam ner nak contact Supir tu ???

    ReplyDelete
  2. semua muka hepi kemain! haha~~

    ReplyDelete
  3. Ate kalo ke sana memang pilih khidmat supir. Mahal tapi berbaloi.

    ReplyDelete
  4. pB...
    kita bincang dalam telepon... :)

    ReplyDelete
  5. Selamat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..

    ReplyDelete
  6. bujal...
    kami sama-sama 1st taim ke Bandung. Pengalaman yang sangat menarik kami dapati... maunyer tak hepi....

    ReplyDelete
  7. Ate...
    memang akak setuju. walaupun kalau ambil teksi lagi murah tapi keselesaan ber'supir' memang enak sih.... Kita belanja ditungguin... barang2 di simpan dalam mobil... kita terus pergi belanja.... :) Amacam? boleh ngomong tak akak ni?

    ReplyDelete
  8. IM...
    Alhamdulillah...
    SubhaNallah..memang indah...
    paling ketara bagaimana majunya dan indahnya negara kita berbanding dengan negara mereka...

    ReplyDelete
  9. Doktor...
    next entry i siarkan gambar si Yusoff..
    jangan lupa sediakan apel dan pisau...
    -heheheheehe macam cerita sejarah Nabi Yusoff Alaihissallam...

    ReplyDelete
  10. nampaknya saya kene masukkan bandung dalam list dan pergi secepat mungkin ni!

    ReplyDelete
  11. gB...
    hahahahahaha...
    silalah bercuti kesana..
    anda akan merasai kenikmatannya...

    ReplyDelete
  12. I tot Akak pi anak veranak, ghoper2nya Akak telah menanggal2kan anak2 Akak, ek? Kijammmsss!! Ibu nusyuz namanya tu!!

    I dok tunggu Pos Laju dah 2 ari dah tawww.. tak nampak bayang pun ole2 yg I kirim suruh Akak beli tu!! ngeh18x

    ReplyDelete
  13. Ja laling...
    akak2 tak meninggalkan anak2..
    anak2 yang meninggalkan diri mereka dirumah... akak tak buat apa-apapun.. Akak tak beli tiket untuk depa pun... takkanlah akak yang kijam....

    U tunggu pos laju kat rumah yang mana? buka i suruh tunggu di rumah sinun....

    ReplyDelete
  14. bestnya bandung. saya pun kepingin. air bandung kegemaran budak2 kecik sini, mi bandung kegemaran abang, kakaknya. ;)

    ReplyDelete
  15. madora..
    Ain mmg sangat suka air bandung dan akak pun suka mi bandung...
    bila pergi bandung... tak jumpa pun mi bandung...
    Bandung mmg best...
    jika byk masa boleh naik ke pergunungan... nak cubalah kemudian nanti...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata