Thursday, December 29, 2011

249 ~ The Dubai Fountain



Berdekatan dengan Burj Al Khalifah.. ada pusat membeli belah terbesar iaitu Emirates Malls. Diluar kawasan Emirates Malls terdapat The Dubai Fountain. Waktu siang akak ternampak banyak wayar letrik yang berselirat di dalam kolan buatan di luar Emirates Malls. Knowing Andeh yang tak minat nak baca-baca info... tertanya-tanya jugak dalam hati kenapa banyak sangat wayar di dalam kolam buatan tersebut. Sehinggalah pada malamnya... akak lihat ramai orang berhimpun keliling kolam menyaksikan Pancutan Air Mengikut Irama. Subha Nallah.... Indahnya....



Info ini akak gugel dari Wikipedia berkaitan The Dubai Fountain.

Outside, and at a cost of Dh 800 million (US$217 million), a record-setting fountain system was designed by WET Design, the California-based company responsible for the fountains at the Bellagio Hotel Lake in Las Vegas. Illuminated by 6,600 lights and 50 coloured projectors, it is 275 m (902 ft) long and shoots water 150 m (490 ft) into the air, accompanied by a range of classical to contemporary Arabic and world music.[67] On 26 October 2008, Emaar announced that based on results of a naming contest the fountain would be called the Dubai Fountain.[68]

Malam itu kami di dendangkan dengan lagu Andrea Borcelli. Memang Indah pemandangan Air Pancut beserta dengan iringan lagu Andrea Borcelli.




Asyik sungguh semua penonton.
Ramai yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar The Dubai Fountain.





Burj AL Khalifah waktu malam...
bermandikan cahaya lampu... memang sangat indah...




Keadaan tepi kolam dengan ramainay penonton menantikan persembahan seterusnya...





Tinggi sungguh pancutan airnya.. memang tak terkata indahnya...





Ramai sungguh penonton yang membanjiri tepi kolam buatan...




Kabarnya di KLCC pernah ada dibuat Fountain begitu. Tetapi kerana kerosakan dan belanja yang tinggi, fountain tersebut telah berhenti operasi. Jika ada memang sangat indah.

Wednesday, December 28, 2011

248 ~ Burj Al Khalifah.


Hari kedua di Dubai.. selepas kami ke Burj Al Arab.. kami juga membuat tempahan untuk ke Burj Al Khalifah. Bagi sesiapa yang ingin membuat lawatan sambil menaiki Menara tertinggi di dunia itu haruslah mebuat tempahan terlebih dahulu. Harga tiket berbeda jika kita terjah tiba-tiba ataupun membuat tempahan.

Emirates Malls adalah tempat membeli belah yang berdekatan dengan Burj Al Arab. Memang banyak yang terdapat disana.. Aigner..Bally.. macam-macam lagi..



Gambar ini akak zoom untuk menunjukkan bebarapa orang pekerja yang ditugaskan untuk mencuci cermin bangunan tersebut. Dari jauh kelihatan seperti labah-labah.. tapi mereka menggadaikan nyawa mereka demi mencari rezeki. Kebanyakan pekerja-pekerja di Dubai adalah orang asing seperti Philipina, Nepal, Negara benua Afrika, Indonesia, India dan banyak lagi.


Rata-rata pekerja di kedai-kedai di pusat membeli belah terdiri dari warga Philipina ada jangan terkejut ada seorang yang akak jumpa di Butik Aigner dari negara Rusia... Demi mencari rezeki di negara yang kaya raya seperti Dubai.. mereka sanggup datang dan tinggalkan keluarga mereka. Insafnya bila akak kenangkan.



Olehkerana hari ini akak menggunakan broadband.. lambat sangat rasanya nak upload gambar..
bila dah boleh gunakan streamyx, akan akak upload gambar2 yang lain.


Monday, December 26, 2011

247 ~ Si Tekak Minang di Dubai... Boleh Serbais...


Ada kawan bertanya.. Masa u kat sana u makan apa? Sebab dia memang kenal sangatlah si tekak minang ni mesti makan nasi... sambal-sambal... dan masak lemak... Pergi ke negara yang tidak ada semua itu cammana.. ek?

So akak pun cakaplah dengan dia... I ni boleh makan apa saja... Janji halal... pedas2 dan sedap...
apa ajer lah... Akak memang rajin mencuba. Kalau suka, akak ulang makan.. tak suka.. akak berhenti... senang sangat kan?

Hari Khamis, hari pertama akak di sana, kami pergi lunch di Lebanese Restaurant. Antara makanan yang dihidangkan adalah.. 



Salad yang agak masam..




Roti yang menyelerakan..




Hati ayam yang dimasak kicap dan cuka dan rempah tapi sedap walaupun agak masam..




Nasi safron..
Sedap jugak...



Pilihan daging panggang
biri-biri dan ayam...




Yang ini memang buat akak teringat
Namanya Lebanese Tea..
Putih bersih dan wangi..
dihidang panas menggelegak..
Katanya boleh jadi terapi..
Memang mujarab..
Asyik akak menghirupnya dan membau aromanya..



Pilihan kekacang sebagai kudapan sementara menanti makanan utama di hidangkan.




Ini pula kudapan sementara menanti makanan di Butcher Shop.
Lembut rotinya..
Manis dan lemak.



Wagyu steak.
Memang sedap dan lembut.




Ayam bahagian dada yang ada inti di dalam.
Agak mengenyangkan dan cepat rasa muak...




Rata2 kebanyakan restoren di Dubai .. terutama di pusat membeli belah adalah HALAL.
Bila-bila terasa nak makan, kita boleh terus masuk restoren dan terus pesan tanpa keraguan.




Ini pula makanan sewaktu breakfast di hotel.
Akak cukup suka Corned Beef dimasak dengan bawang dan kentang.
Di makan bersama roti bakar.




Kacang kuda.



Rawa Tosei.
Jangan terkejut..
Dalam hotel 5 bintang ada Rawa Tosei.




Mee Sup..
saja nak rasa sama tak dengan di malaysia...
hehehehehehe...
sama...
Iyerlah jika chefnya pandai masak.
Nampak chefnya dari negara Afrika.




Spageti Udang.
Sedappp...



Beriyani Udang.
Pun sedap.
Walau kering.. tapi sedap.




Diberi mango chutney, papadam, salad untuk menemankan Beriyani Udang..
Hmmmm.... sedapp..




Pendek kata...
walau dimana pun si tekak minang pergi...
boleh serbais... :) SURVIVED

Sunday, December 25, 2011

246 ~ Salji di Dubai...


Walaupun berada di padang pasir... Dubai tetaplah mendapat udara yang sejuk dan Salji.
Salji buatan yang di bina di dalam sebuah Pusat Beli Belah Dubai Mall. Memang teruja melihatkan kanak-kanak dan orang dewasa bermain salji. 





Disediakan juga Cable Car untuk naik ke tempat yang lebih tinggi untuk meluncur ais.









Inilah rupanya di bahagian luar Dubai Mall yang menempatkan ruang untuk meluncur ais.



Saturday, December 24, 2011

245 ~ Apa-apa pun sama jer pada saya....



Ain memang senang orangnya. Ringkas dan bersahaja. Tak banyak yang dimintanya. 
Untuk UPSR dan harijadinya baru2 ni abahnya membelikannya handphone Samsung.

Ain : Qeeb... u ada nampak charger untuk handphone SAMSENG saya?

Qeeb : Apa Ain... ??? U punya handphone adalah SamSUNG bukan Samseng...

Memang Ain tak peduli sangat... janji bunyinya seakan-akan sama walaupun maksudnya eerrrrmmmmm jauh berbeda.


Waktu menerima hadiah..

Aisyah yang lebih seronok.




Reaksi Ain sebaik ternampak hadiahnya adalah handphone.
Aisyah dah minta pada abahnya handphone jika umurnya sudah 10 tahun manakala Ain 12 tahun pun tak memerlukan handphone.

Anak-anak memang berbeza... Kan?


Friday, December 23, 2011

244 ~ Berita Sedih dan Berita Gembira




Awal minggu ini, Isnin 19hb Disember... Thung-thung telah pergi meninggalkan kami. Sangat sedih buat kami sekeluarga. Awal subuh sewaktu Qeeb hendak turun mengambil telekong di bawah telah ternampak Thung-Thung sudah tidak bernyawa. Terus naik ke bilik kami menangis-nangis dan beritahu abahnya Thung-Thung dah tiada. 

Kenangan bersama Thung-Thung masih segar di ingatan kami.
### 4 hari lepas, nak menyebut nama Thung-Thung pun tak sanggup. Qeeb amat terasa kehilangannya kerana Qeeb yang mengambil Thung-Thung dari Pet Shop berdekatan rumah kami. Nama Thung-Thung pun Qeeb yang beri. Malah hanya Qeeb seorang saja di rumah ini yang Thung-Thung tunggu depan pintu bilik ataupun depan pintu rumah. Tiap-tiap pagi Thung-Thung dah menunggu di depan pintu bilik Qeeb nak masuk kedalam bilik dan mengejut Qeeb untuk solat Subuh. Thung-Thung akan berbunyi manja atau memicit2 badan Qeeb.



Ayat daripada Qeeb sendiri :

Fikir secara positif : Mungkin ada hikmahnya bila ALLAH mengambil Thung-thung saat ini.

1. Dia dah tak merana sakit lagi kerana sebelum ini memang nampak Thung-Thung sangat kurus.
2. Selepas pemergiannya, ALLAH gantikan dengan kabar gembira dengan mendapat keputusan PMR yang cemerlang. Alhamdulillah.






Thung-Thung sangat-sangat dirindui.
### Dah tak hingin nak sayang kucing lagi sebab bila kehilangan... hmmmmmmmm terasa sangat pedihnya.

Thursday, December 22, 2011

243 ~ ALHAMDULILLAH.. Banyaknya Nikmat ALLAH yang telah ALLAH berikan..


Sejak dari mula - sebaik mengetahui keputusan PMR akan keluar pada hari ini 22hb Disember.. kerisauan sudah menyerang Qeeb. Sekejap dia yakin akan berjaya.. sekejap dia goyah juga. Biasalah.. Macam2 yang berlegar di mindanya.

Sekolah Menengah Jalan 4, BBBangi adalah di antara sekolah berprestasi tinggi. Alhamdulillah jumlah peratus kelulusan untuk SPM  dan PMR tahun ini adalah 100%.
Pada tahun ini jumlah murid yang mendapat 9A, 8A dan 7A adalah sebanyak 260 orang...





Antara teman-teman yang sama-sama berjaya mendapat kelulusan cemerlang.
Siti Sakinah @ Seses..



Kakak angkat Qeeb yang sanggup sama-sama menemankan kami mengambil keputusan PMR.
Nazirah @ Ziya




Kumpulan murid yang sedang meraikan kejayaan mereka.




Guru yang banyak membantu.




Majlis celebration kecil2an di Secret Recipe.




Semuga Qeeb dan Ziya berjaya di dalam hidup untuk dunia dan juga akhirat..




ALHAMDULILLAH..
Memang terlalu banyak Nikmat ALLAH yang harus ibu syukurkan...