Sunday, November 19, 2017

762 ~ Setelah beberapa tahun...

Agak lama juga akak sudah tinggalkan blog ini... banyak cerita ceriti akak sudah akak masukkan di dalam insta akak.

Semalam akak ke majlis menyambut menantu seorang yg mengenali akak sejak akak kecil lagi. Kami tidak punya hubungan darah tapi kami mengenali sesama kami melalui kakak saudara akak yg  berkahwin dengan abang kepada bapa pengantin.

Sewaktu anak anak sedara akak bergambar dengan pengantin iaitu sepupu mereka, akak diajak bergambar bersama. Bapa saudara mereka turut ada bersama. Beliau ialah Haji Basir suami kepada ibu saudara anak2 sedara akak. (Beliau adalah yg bergambar di kanan sekali).

Sewaktu akak berusia 9 tahun, suami kakak saudara akak (arwah abang kepada isteri Haji Basir iaitu Kak Jam)telah dihantar bertugas oleh Majikannya iaitu BSN ( Beras Negara Malaysia) ke Sungai Besar, Selangor.
Akak diajak oleh kak Jam dan suaminya pergi ziarah kakak sedara akak pergi ke Sg Besar bersama arwah Makcik Ramlah. Waktu itu Haji Basir bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat ASP. 

Di tahun 70an, pegawai kerajaan seperti Haji Basir sudah dikira orang yang berpangkat tinggi dan sangat dihormati.

Arwah makcik Ramlah sangat menyanjungi budi bahasa dan sikap berhemah yang ditunjukkan oleh Haji Basir suami isteri. Budi bahasa itu yang akak kenang sampai hari ini. 

Peluang bertemu Haji Basir dan kak Jam di majlis perkahwinan semalam membuat akak teruja untuk menceritakan kisah ini walau dah 40tahun lebih ianya berlaku......

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang dua
Hancur badan dikandung tanah
Budi yanb baik dikenang jua.....



Sunday, June 18, 2017

761 ~ ALHAMDULILLAH... Bersyukur atas Nikmat Yang ALLAH kurniakan.


16hb Jun 2017...

Berita 1.

Anak yang menduduki Pro Exam akhir tahun 2 telah mendapat Distintion. Sangat bersyukur rasanya akak kerana peperiksaan tersebut menentukan beliau berjaya naik tahun 3 dan meneruskan pelajarannya hingga tahun 5.

Kabar yang sangat menggembirakan kami sebagai ibu dan abah. 



Berita 2.


Anak yang selama ini nampak hanya mengambil mudah dalam segala perkara kini sudah pun menjadi seorang penuntut U. Jika dahulu kelihatan dia banyak menghabiskan masa melukis dan hanya bergaul dengan adik bongsunya kini sudah pandai berkawan dan menumpang bilik kawan barunya utk bersolat. 

Nampak dia dah dewasa.


Dia dah matang.

Dia meminta kami mendaftarkan namanya untuk mendapatkan bilik kerana ingin memiliki kemudahan untuk solat dan memudahkan dia menghadiri aktiviti yang adakalanya bermula awal pagi.

Wah! Untuk seseorang yang kita kenal seorang yang pendiam dan tak pernah tinggal di asrama... kini berubah ingin menjalani hidup jauh dari keluarga.

'Biarlah saya jalani kehidupan saya seperti student lain... saya boleh survive ibu.. bila saya cuti bolehlah saya balik rumah....'

Walhalnya sewaktu baru mendaftar bulan lepas, dia seakan bertanya bolehkah seorang dari adik beradiknya menemaninya jika dia perlu tinggal di asrama.

Terasa anak ibu mmg dah dewasa.

Ada seorang anak ibu yang pernah tinggal di asrama. Malam pertama dah bengkak mata menangis rindu kan keluarga....


Sunday, May 28, 2017

760 ~ Ramadhan 2017 ~ sambal sotong

Petang Jumaat kami sekeluarga balik ke Pernu. Hajatnya nak berterawih dan bersahur bersama abah dan makcik.

Alhamdulillah. Dapat berterawih di surau belakang rumah abah. Meriah. Semua dapat bersolat jemaah. Seisi keluarga menunaikan solat terawih malam pertama bersama-sama.

Hari pertama puasa akak dah teringatkan sambal sotong dan mee hoon Puan Faridah. Akak mempunyai no hp beliau. Akak talipon bertanyakan samaada beliau masih berniaga sambal sotong pada tahun ini. 

Menurut beliau, sejak tahun lepas beliau sudah berhenti berniaga dan kebetulan ramadhan tahun lepas beliau mengerjakan ibadah umrah. Tapi seingat akak macam akak masih merasa makan sambal sotong beliau pd tahun lepas. Agaknya akak tersilap ingatan....

Akak Bgtau mak sedara Bik Azai. Beliau sangat sedih dan minta akak meminta resepi cara membuat sambal sotong yang sangat sedap oleh Puan Faridah. 
Akak mesej Puan Faridah dan bgtau beliau jika apalah sudi kiranya memberi resepi masak sambal sotong kering tersebut.

Beliau membalas dengan mengatakan jika akak teringin nak makan sambal sotong air tangan beliau, akak boleh beli sotong kering dan hantar kerumahnya dan beliau sudi memasakkannya.
ALLAHUAKBAR..
Baiknya hati Puan Faridah.
Dalam pada tawaran masakkan tu, beliau turut beri resepi cara membuatnya.
Nampak gayanya akak akan ambil tawaran yang pertama. Kalau tahupun resepi yg sebenar tp bukan tuannya yg memasaknya, takkan jd sama rasanya.
Jadinya selepas ini andai berkumpul seisi keluarga di rumah abah, akak akan antar sotong kering dan minta Puan Faridah masakkan. Dapat kami semua menikmati keenakan sambal sotong yg tersohor Bazar Ramadhan Telok Mas.

Alhamdulillah.

Thursday, May 11, 2017

759 ~ Atuk dan cucunya...


Selama 3 tahun jam ini terletak di meja diruang tamu. Tetiba semalam ianya jatuh dan pecah. Cucu-cucu atok dan nenek sedang menakal sekarang. Habis meja dan almari dipanjatnya beramai ramai.

Kakak terkejut dan risaukan apa reaksi abahnya. Ain terus ambil gam gajah dan tampal jam tersebut. 

Kesemua cucu di kurung.

Atok balik kerja terus ke kandang cucu.
Dengan suara yang lembut atuk bertanya..

Atok : siapa yg panjat meja dan pecahkan jam atok?

Laaaaahai.. lembutnya...
Cuba kakak, qeeb, ain dan aisyah yg panjat meja dan pecahkan jam atok... harus lama depa di ingatkan kesalahan tersebut.

Atok dan cucu kesayangan...

Tuesday, May 09, 2017

758 ~ Berita sedih

Malam td sewaktu makan malam ada diberitahu berita mengejutkan...

Qeeb : Ibu... jika qeeb cakap ibu mesti melompat

Ibu : kenapa?

Qeeb : Pagi td qeeb jumpa kulit buah mata kucing elok terletak kat atas tembok.

Ibu : (terus membayangkan pokok mata kucing yg berjuta ekar tu)
Yang besar tu dah kena ambil?

Qeeb : iyer....


Inilah yg selalu akak perhatikan... yang paling menonjol... dah besar dah.. dah hampir masak...


Kan dah hilang...


Kulit dan bijinya yg dah warna hitam.. bermakna dah masak dan boleh dipetik.


Makanya pagi tadi akak terus bangun dan melihat pokok mata kucing yg berjuta ekar tu. 

Mmg buah yg besar sekali dah TIADA.

Nampak kulit dan bijinya.
Bagai dihiris sembilu.....

Terus akak ambil plastik dan balut dahan yang punya buah... 


Mmg akak tahu jika buah yg kita tanam dimakan binatang, kita dapat pahala.. cumanya.. buah mata kucing akak ni dah lama sangat akak tunggu.. beli sewaktu 5 tahun lepas. Waktu itu pohon ini sdg berbuah dan malangnya buah yg sdg membesar di pokok yang akak beli tersebut tak sempat membesar. Ianya hilang...

Bertahun juga akak biarkan pokok terrsebut. Pernahlah sekali sekala berbunga tapi tak sempat menjadi putik. Entah bagaimana pada tahun ini ianya berbunga lebat dan sempat menghasilkan putik. Skrg ianya sedang membesar tapi buah yg paling besar dan hampir masak telah dimakan tupai. Walaupun redha kerana rezeki adalah milik ALLAH dan ALLAH beri pada siapa yg ALLAH kehendaki. Cuma akak pun nak merasa rezeki dari pokok sendiri.

Lupa nak cerita:
Rezeki juga ni...
Sewaktu akak melihat kebun mata kucing yg berjuta ekar tu.. tetiba ternampak sebiji mata kucing yg hampir masak tergolek atas tanah. Terus akak ambil dan basuh kulitnya. Akak basuh dan terus makan. Tanpa sempat ambil gambar.


Nampak bijinya masih muda belum hiram.
Rasanya sedikit manis... isinya sedikit tebal....

Itulahkan
Kalau dah rejeki....

Monday, May 01, 2017

757 ~ Namanya pun Ibu....

Akak memang suka berbual-bual dengan anak anak. Ada ajalah cerita yg mereka ingin kongsikan... 

Peel akak pula adalah bila anak dah cerita.. akak mesti sibuk nak tahu siapa orang tu... adakalanya anak bagitau.. adakalanya anak rahsiakan saja. Selalunya jika kisah ttg kawan universitinya ada pengalaman menarik yg boleh di kongsi dan dijadikan iktibar, akak suka nak tahu rupa orang yg jadi bahan tu... sedikit sebanyak akak tumpang kagumlah dengan kisah kebaikan yg di kisahkan tu.

Yang jadi masalahnya akak ni umur dah 50an. Mata dah tak setajam dulu. Kalau wajahnya kurang jelas, akak suka nak zoom. Kalau photo biasa2 takpalah... ini  foto Insta. Jika kita zoom, terus jd Like di insta. Automatically jadi kita dah skodeng  tuanpunya insta. Akak pula guna akaun anak nak melihat wajah org yang diceritakan... apalagi paniklah anak akak bila akak Like.

Anak : Ibu.... awatnya ibu dok like?

Ibu : ibu nak nengok jelas... nak besaqkan gambar tu.

Anak : nanti kawan tu tahu kita dok skodeng dia...

Mmg payahkan.???
Kita ni tak nampak jelas.
Kecilkan/zoom gambar dah jadi Like pula....
Maknanya skodeng ni bukan utk org umur 50an keatas.....
Kalau tak rabun.. takpa.

Friday, April 14, 2017

756 ~ Masalah juga ni bila usia meningkat....

Alhamdulillah
Tahun ini kami suami isteri telah melangkaui 5 series. Banyaknya perbezaan yg kami lalui.

Contoh:-

Jam menunjukkan 705 pagi.
Abah : Aisyah minta cuti hari ini sebab dia tak mahu lewat pergi sekolah... 

Jam menunjukkan 105 tengahari.

Ibu : Aisyah... kenapa aisyah takmahu dtg sekolah pagi td. Bukanke ada peperiksaan gerakgempur untuk persediaan UPSR?

Aisyah : Mana ada saya tak mahu pergi sekolah?

Ibu : Abah cakap dgn ibu pagi td.. Aisyah tak mahu pergi sekolah sebab dah lambat...

Aisyah : Saya bukan cakap tak mahu pergi sekolah..
Saya cuma cakap
Abah.. marilah cepat...nanti saya dah lambat pergi sekolah.

Jam menunjukkan pukul 730 malam

Ibu : Yang.. Org dah tanya Aisyah.. dia bukan hendak ponteng pg td... dia nak cepat takut lambat sampai sekolah.

Abah : Ohh.. iyer ker? Abg pun tak dengar jelas.. 

HAHAHAHAHAHA
Masalah rumahtangga yg biasa berlaku tak?


Friday, February 03, 2017

754 ~ Kelahiran cucu...

Tajuk saja bagi gempaq...
Tak dengar anak kawin.. tup2 dah bercucu...

Dah sana sini kenkawan akak dok menimang cucu.. akak pun nak lah tumpang sepiring....
Kalau buat tajuk Kelahiran cicitku.. macam tak sesuai....
So akak guna tajuk Kelahiran cucu....
Walhal yg beranak ialah cucu kami iaitu Adik.

Kisah adik ni mmg confusing sikit...
Kami membahasakan diri kami Atuk dan Nenek pada Adik. Tak tahulah siapa lah punya anak... lebih kepada anak Qeeb.
Hehehehehehe..

Minggu lepas Qeeb dah bawa Adik pi jumpa Dr Vet sebab nak tahu adik ni dah due ke... iyalah kan. Mana kita tahu last dia period berapa haribulan..
Doktor periksa dan kata doktor mungkin minggu ni bersalin. Alhamdulillah tepat sekali.

Petang 1hb Febuari adik dah nampak menggelisah mencari tempat untuk bersalin. Atuknya dah awal2 suruh neneknya sediakan laci level bawah sekali untuk bekas Adik. Adik pun pandai.. Laci itu yg ditujunya.

Dia masuk dan baring dalam laci tersebut. Alas yg nenek sediakan habis dikisai dan dikoyak2kannya.... kemudian dia keluar. Duduk baring2 depan tv dan baring2 atas katil atuk dan nenek. Risau juga nenek kalau2 atas katil kami dia beranak.

Pagi 2/2/17 430pg.. adik minta nak masuk kedalam bilik. Tak perasan pula bila dia keluar. Atuk bangun bagi Adik masuk. Terus adik masuk 'labour  room' yg di sediakan. 

Bangun subuh pagi tu dah dengar bunyi nyaring halus .. sahlah Adik dah bersalin. Atuk tinjau.. tak nampak apa lagi... bunyi dah ada. Nak gerakkan adik.. rasa macam menganggu adik pula.

Atuk pergi kerja.
Qeeb pula sebelum pergi Uni pukul 8pagi sempat meninjau keadaan Adik. Dah jelas kelihatan ada 4 ekor cicit dengan warna yg sangat cantik. Macam kembar 2.
Satu warna putih, coklat dan hitam
Manakala sepasang kembar lagi warna putih dan kelabu.
Sempat hantar gambar pada atuk yang sangat teruja.

Sebelum akak keluar pukul 10pg.. akak lihat adik sibuk menjilat anak2nya...

Akak balik pukul 4ptg.. Aisyah bgtau anak2 Adik sebanyak 5 ekor. Comfirm.. cicit kami 5 ekor.. bgtau Atuk yg masih di hospital.. seronok atuk bukan main. Anak yg kelima berwarna putih bersih...
Atuk kata tak sabar dia nak balik tengok...

Nenek nak pesan dengan atuk..
Kena menabung dari sekarang..

5 cicit perlu ke tadika.. sekolah.. uni..
Semua nak pakai belanja besar.

Meh akak belanja gambar cucu cicit..


Tuesday, January 24, 2017

753 ~ Sahabat sejak kecil...

Alhamdulillah

Sahabat baik akak sejak kecil usia 4tahun telah menimang cucu pertama.
Akak dapat kabar beliau menanti anak sulongnya yang sedang bertarung nyawa utk melahirkan cucu sulongnya.

Lebihkurang pukul 3ptg akak sama2 menunggu dengan suaminya di luar Labour room. Sahabat akak menjadi peneman anaknya yg sedang berusaha melahirkan baby.

Tepat pukul 445pm cucu sulong beliau dilahirkan. Alhamdulillah. Cucu perempuan seberat 2.7kg. 

Akak pulang sebelum dapat melihat baby kerana ada niat nak ziarah pada keesukkannya.

Esuknya akak berpeluang mendukong dan mentahnik cucu sulong sahabat akak. Bahagianya rasa bila diberi peluang masukkan madu kedalam mulut baby. Akak mendoakan agar baby menjadi insan solehah dan berjaya untuk dunia dan akhirat.



Sungguh akak tidak menduga keakraban kami waktu kecil berlanjutan hingga kehari ini. Kami sering buat aktiviti sama2. Walaupun beliau berpindah ke Ayer Hitam Johor.. akak mengambil kesempatan berkunjung ke sana setiapkali musim cuti sekolah mahupun bercuti raya. Kami mmg akrab. Ayah dan ibunya sudah bagai ayah dan ibu akak juga. Kakak2 beliau juga bagai kakak akak.

Sebab tu perasaan akak mendukung cucu beliau terasa bagai mendukung cucu sendiri. 

ALLAHUAKBAR..