Sunday, May 28, 2017

760 ~ Ramadhan 2017 ~ sambal sotong

Petang Jumaat kami sekeluarga balik ke Pernu. Hajatnya nak berterawih dan bersahur bersama abah dan makcik.

Alhamdulillah. Dapat berterawih di surau belakang rumah abah. Meriah. Semua dapat bersolat jemaah. Seisi keluarga menunaikan solat terawih malam pertama bersama-sama.

Hari pertama puasa akak dah teringatkan sambal sotong dan mee hoon Puan Faridah. Akak mempunyai no hp beliau. Akak talipon bertanyakan samaada beliau masih berniaga sambal sotong pada tahun ini. 

Menurut beliau, sejak tahun lepas beliau sudah berhenti berniaga dan kebetulan ramadhan tahun lepas beliau mengerjakan ibadah umrah. Tapi seingat akak macam akak masih merasa makan sambal sotong beliau pd tahun lepas. Agaknya akak tersilap ingatan....

Akak Bgtau mak sedara Bik Azai. Beliau sangat sedih dan minta akak meminta resepi cara membuat sambal sotong yang sangat sedap oleh Puan Faridah. 
Akak mesej Puan Faridah dan bgtau beliau jika apalah sudi kiranya memberi resepi masak sambal sotong kering tersebut.

Beliau membalas dengan mengatakan jika akak teringin nak makan sambal sotong air tangan beliau, akak boleh beli sotong kering dan hantar kerumahnya dan beliau sudi memasakkannya.
ALLAHUAKBAR..
Baiknya hati Puan Faridah.
Dalam pada tawaran masakkan tu, beliau turut beri resepi cara membuatnya.
Nampak gayanya akak akan ambil tawaran yang pertama. Kalau tahupun resepi yg sebenar tp bukan tuannya yg memasaknya, takkan jd sama rasanya.
Jadinya selepas ini andai berkumpul seisi keluarga di rumah abah, akak akan antar sotong kering dan minta Puan Faridah masakkan. Dapat kami semua menikmati keenakan sambal sotong yg tersohor Bazar Ramadhan Telok Mas.

Alhamdulillah.

4 comments:

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata