Thursday, May 11, 2017

759 ~ Atuk dan cucunya...


Selama 3 tahun jam ini terletak di meja diruang tamu. Tetiba semalam ianya jatuh dan pecah. Cucu-cucu atok dan nenek sedang menakal sekarang. Habis meja dan almari dipanjatnya beramai ramai.

Kakak terkejut dan risaukan apa reaksi abahnya. Ain terus ambil gam gajah dan tampal jam tersebut. 

Kesemua cucu di kurung.

Atok balik kerja terus ke kandang cucu.
Dengan suara yang lembut atuk bertanya..

Atok : siapa yg panjat meja dan pecahkan jam atok?

Laaaaahai.. lembutnya...
Cuba kakak, qeeb, ain dan aisyah yg panjat meja dan pecahkan jam atok... harus lama depa di ingatkan kesalahan tersebut.

Atok dan cucu kesayangan...

3 comments:

  1. Kak, tanya lagu tu sapa nak mengaku? Hahahahahahahaha......Ada tak yang nampak muka 'guilty?'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehehe
      Kakak dan atok puaslah menanya kat kelima2 cucu
      Depa buat muka
      'Eeeh.. bukan saya lah.. cer tanya adik beradik saya yg lain'

      Delete
  2. Ha ha... sebijik macam pakchaq...
    Dengan cucu bulus bukan main sayang....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata