Tuesday, May 09, 2017

758 ~ Berita sedih

Malam td sewaktu makan malam ada diberitahu berita mengejutkan...

Qeeb : Ibu... jika qeeb cakap ibu mesti melompat

Ibu : kenapa?

Qeeb : Pagi td qeeb jumpa kulit buah mata kucing elok terletak kat atas tembok.

Ibu : (terus membayangkan pokok mata kucing yg berjuta ekar tu)
Yang besar tu dah kena ambil?

Qeeb : iyer....


Inilah yg selalu akak perhatikan... yang paling menonjol... dah besar dah.. dah hampir masak...


Kan dah hilang...


Kulit dan bijinya yg dah warna hitam.. bermakna dah masak dan boleh dipetik.


Makanya pagi tadi akak terus bangun dan melihat pokok mata kucing yg berjuta ekar tu. 

Mmg buah yg besar sekali dah TIADA.

Nampak kulit dan bijinya.
Bagai dihiris sembilu.....

Terus akak ambil plastik dan balut dahan yang punya buah... 


Mmg akak tahu jika buah yg kita tanam dimakan binatang, kita dapat pahala.. cumanya.. buah mata kucing akak ni dah lama sangat akak tunggu.. beli sewaktu 5 tahun lepas. Waktu itu pohon ini sdg berbuah dan malangnya buah yg sdg membesar di pokok yang akak beli tersebut tak sempat membesar. Ianya hilang...

Bertahun juga akak biarkan pokok terrsebut. Pernahlah sekali sekala berbunga tapi tak sempat menjadi putik. Entah bagaimana pada tahun ini ianya berbunga lebat dan sempat menghasilkan putik. Skrg ianya sedang membesar tapi buah yg paling besar dan hampir masak telah dimakan tupai. Walaupun redha kerana rezeki adalah milik ALLAH dan ALLAH beri pada siapa yg ALLAH kehendaki. Cuma akak pun nak merasa rezeki dari pokok sendiri.

Lupa nak cerita:
Rezeki juga ni...
Sewaktu akak melihat kebun mata kucing yg berjuta ekar tu.. tetiba ternampak sebiji mata kucing yg hampir masak tergolek atas tanah. Terus akak ambil dan basuh kulitnya. Akak basuh dan terus makan. Tanpa sempat ambil gambar.


Nampak bijinya masih muda belum hiram.
Rasanya sedikit manis... isinya sedikit tebal....

Itulahkan
Kalau dah rejeki....

6 comments:

  1. harini saya pun dpt berita sedih. Anak tak dapat tukar . Belum rezeki.Buah memepelam harumanis yg sebiji dipokok pun belum boleh dimakan lagi. Nampaknya kenalah tunggu thn depan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kena dgn anak sendiri, ianya lagi sedih dari mata kucing sebiji.
      Saya doakan agar anak cikgu akan diberikan pertukaran dlm kadar segera dan ALLAH permudahkan urusan pertukaran tersebut.
      Wah! Cikgu tokeh mangga harummanis juga ya? Nanti dah banyak boleh ambil order...

      Delete
  2. Bila bukan rezeki, dalam mulut pun akan jatuh. Tapi sedihnya bila penantian tidak menjadi seperti diharapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu kakcik..
      Hari pertama kehilangan tahap sedih mmg tinggi
      Masuk hari ketiga, pikir2 nanti beli jer sekilo makan puas2....
      Yg di pokok, jika ada rezeki.. adalah...

      Delete
  3. Takpa lah tupai makan kak...ni pokok mempelam depan rumah saya yang berbuah lebat setiap tahun, ada sekali tu ada neighbour selang 3 biji rumah datang dan tanpa bertanya mahupun mintak, jenguk-jenguk dan terus petik 5-6 biji buah mempelam saya. Bila saya tanya kenapa buat macam tu dan tak mintak, dia jawab dengan nada sombong..."tak boleh ka?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adohaiiii..
      Dlm pda kita nak pahala.. terdetik pulak rasa geram....
      Manusia macam2 ragam kan?

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata