Tuesday, December 31, 2013

610 ~ Doktor Aisyah





Baru ni akak kena allergic. Gegata kata separuh orang dan lopak garam kata separuh orang lagi... Tak tahu laaa berpunca dari apa... Tahu2 dah bengkak-bengkak dan tergaru-garu akak jadinya.

Satu malam akak terjaga dan bangun menggaru2 seluruh badan. Aisyah yang ada sekali turut terjaga.

Aisyah : Kenapa ibu garu2? 

Ibu : Gatal sangat ... Ibu tak tahan.

Aisyah : Ibu jangan garu guna kuku. Nanti luka. Nanti bila ibu mandi.. Ibu akan rasa sangat sakit dan pedih. Saya dah kena dah.

Ibu : Tapi.. Gatal sangat..

Aisyah : Ibu pakailaaa lotion..

Ibu : Gelap ni.. Tak nampak nak sapu lotion.

Aisyah : Ibu kan ada handphone. Pakailah lampu handphone.

Ibu : Okay Dr Aisyah... Tapi dah pakai pun gatal jugak.

Aisyah : Ibu sapu ubat tu.. Ibu biarlaa kering dulu. 

Anak kita yang kita sangka masih kecil rupanya dah cukup akal nak memberi nasihat pada kita.

Saja akak rakamkan dialog kami pada tengahmalam itu sebagai kenangan buat akak dan Aisyah dimasa akan datang.


Tuesday, December 24, 2013

609 ~ Tinggal 2 saja lagi......


Tahun 2014 tinggal 2 saja lagi yang masih bersekolah. 2 saja lagi yang masih memakai uniform sekolah. 

Ain...





Aisyah





Qeeb dah tak perlu memakai baju sekolah. Tiada lagi bangun awal dan gosok baju sendiri.





Hari terakhir akak
Mengambil Qeeb sewaktu hari terakhir peperiksaan SPM.
5 tahun berulang alik mengambil dan menghantar Qeeb ke Sek Men Jalan Empat (JAS).




Majlis Graduasi diadakan sebelum peperiksaan di sambut meriah. Semuga kejayaan milik semua anak2 JAS.


Friday, December 20, 2013

608 ~ Budak ni bila ada hal....

Budak ini mmg tak pernah buat hal sejak lahir. Tak tantrum... Tak guling depan kedai minta apa yg dia hendak sampai dpt... Cukup bgtau 'tidak' atau 'lainkali...'

Tapibila dia berkenankan sesuatu dan dia tak bgtau kita.... Muka dia jd begini...
Mulutnya dikecilkan
Mukanya mcm sdg mrmikir sesuatu yg sangat berat
'Muka ketat' mcm istilah sekarang..


Tak jumpa pula gambar mulut dia kecikkan....
Tp mata dan wajah mmg cenggini...
Ketat sgt rupanya...

Kita dah jd ibu dia selama 8 tahun dah kenal dah bila tetiba muka dia ketat mcmtu. Adalaaa yg dia mahu tp tak cakap. 

Kita kena tanya dia. Lama kita kena teka... Kdg2 akak usik dia bila dah puas tanya itu.. Tidak... Ini pun tidak. Akak tanya... 'Aisyah nak kawin ke?'... Sertamerta dia jawap....' Tak laaaaaaaaa'
Tp dia masih tak bgtau apa yg dia hajatkan.

Teringat semula waktu turun dari tangga nampak ada belon Angry Bird... Akak terus teka... ' nak belon Angry Bird?'...
Sertamerta senyummmmmm.


Mmg Aisyah tak bgtau dan sepanjang hari muka dia akan ketat kecuali Ain pandai memujuknya....

Rupanya dia nak sgt belon tu utk lengkapkan koleksi ..




Anak Maharaja betul laaa budak ni...




Sunday, December 15, 2013

607 ~ Rindu Koliya yang sejuk dan nyaman.


Setelah hampir duaminggu pulang dari Koliya... Baru hari ni ada kesempatan nak kongsi gambar atas permintaan sahabat yg bertanya melalui email. Sorry laaaa. Belum transfer sepenuhnya gambar2 percutian. Yang ada ni diambil guna iphone.



Suka tgk Aisyah bila tenang begini.
Jika tidak tu mmg akan menangis bila telinganya jadi macam tersumbat. MAS menyediakan tv di tempat duduk dengan pilihan cerita kartun dan lagu2 membantu menenangkan Aisyah.



Cotton candy yg dibeli di Myondung memang sangat besar. 



Hanya depan pintu hotel sahaja boleh tahan jika tidak memakai baju tebal... Jika jalan jauh memang kena pakai
Baju tebal yang berat.



Bila kesejukan yang amat, secawan hot
Chocolate memang membantu.


Depan istana lama...


Ambil gambar memakai hanbok dalam
Studio.
Sewaktu jurugambar sedang print photo yg kita ambil, kita dibenarkan mengambil gambat sendiri menggunakan camera sendiri. Banyaklah aksi yang dirakam.

Monday, December 09, 2013

606 ~ Dialysis di Koliya.


Sekadar utk panduan sahabat yg sama perlukan rawatan dialysis.
( akan masukkan alamat penuh pusat dialysis ini sbb bil/resit masih dlm beg kamera )

Pagi isnin 2hb Disember adalah pertamakali akak mendapatkan rawatan dialysis di luar negeri.

Urusan mencari pusat rawatan dialysis berlansung 2 bulan sblm bercuti. Keputusan ujian darah dan beberapa penyakit disaring sebulan sebelum bercuti. Pihak pusat dialysis (PD) memerlukan keputusan yg terbaharu..- kira2 sebulan sblm bercuti...

Pihak yg membantu mencarikan pusat dialysis ini berpengkalan di Italy. Dengan bantuan beliau maka dapatlah akak 'dicuci' di Koliya. Alhamdulillah dan Terima kaseh buat yg terlibat.

Olehkerana akak diberi rawatan waktu pagi.. Akak sempat masak nasi dan panaskan lauk Brahim. Selesa dapat makan sewaktu sdg dialysis. Pihak pusat dialysis ada menyediakan makanan nasi tapi.... Siapa sanggup nak makan sbb diragui status halal.

Akak ditemani suami dan kami mengambil teksi dari hotel. Tunjukkan alamat PD kpd pemandu teksi - suami dah print alamat tersebut dlm bahasa korea... Mudah jer dan pemandu teksi masukkan alamat itu di GPS dan bawa kami kesana.

Tiba di bangunan ini kami turun. Akak bayangkan ianya berada di tingkat bawah dan mudah nak cari... Tapi di bahagian bawah bangunan itu ada bank. Terkedu juga sbb kita ni tak pandai baca bahasa korea. Budak korea yg kami bawa tu tak ikut pula.. Mmg silap besar tak bawa dia.







Akak ternampak gadis muda korea ni keluar dari bank. Akak tahu dia mesti prg korea sbb hanya org tempatan saja yg menggunakan perkhidmatan bank depa.. Suami menunjukkan kertas alamat PD dan gadis yg tak tahu dimana letaknya PD tu terus masuk ke dalam bank dan bertanya dgn petugas di sana.

Alhamdulillah... Sangkaan akak kami dah salah alamat rupanya meleset. Gadis muda itu menunjukkan pintu yang perlu kami ambil di bangunan yg sama dan ambil lif naik ketingkat 7.

Tak sempat nak berterima kaseh padanya atas kepayahan nak berkomunikasi. Dia berbahasa korea manakala kami Berbahasa inggeris.




Sebaik naik lif.. Nampak papantanda PD di tingkat 7.




Masuk dalam PD nampak alat ni.
Akak syak mesin ni mengesan fistula...



Setelah tunjukkan surat dan diberikan tempat utk rawatan... Best.. Sedia katil... Boleh baring. Olehkerana cuaca di luar sejuk alas katil diletakkan juga alas heater utk bg panas pesakit. Mula2 selesa... Dahlama terasa panas juga bahagian belakang tubuh.





Petugas ini yg menyambut akak di
Reception. Pandai berbahasa inggeris.
Mudah nak berkomunikasi. Anna namanya.









Mesin dialysis akak.




Petugas yang ini tidak tahu berbahasa inggeris. Bila dia perlu mengambil BP akak, dia tepuk tangan akak lembut dan tunjukkan dia perlu ambil BP. BP diambil setiap jam.


Yg berbaju putih tu memperkenalkan diri sbg doktor di PD tu...
Setiap jam buat round memantau keadaan pesakit.



Modem yg suami sewa sewaktu tiba di airport membantu akak melayari internet dgn mudah dan cepat. Jazakallah Yang.



Selesa...
Baring... Tiap2 katil disediakan tv.. Pilih jer channel mana.. Dgr guna headphone..




Nampak petugas menukat cadar dan sarung bantal pesakit yg dah selesai shift awal.




Sebaik jarum dicabut... Luka di plaster gauze dan Petugas lilit guna Tonike... Hingga darah berhenti.





Kemudian Tonike dibuka dan di lekatkan
Plaster jenis handplast... Akak mmg allergic... Merenyam rasa gatalnya...


Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah...
Buat semua yg membantu dari A-Z urusan dialysis akak.. Akak amat terhutang budi. Muga ALLAH sajalah yg membalasnya walau apapun agama anda semua.

Wednesday, December 04, 2013

605 ~ Andeh di Luar negeri.....


Isteri : Yang ... Orang ingat org kena tukar cerminmata laaaaa

Suami : Kenapa?

Isteri : Orang tak boleh baca tulisan Terminator 2 kat tv tu...

Suami : Abang pun tak boleh baca....

Isteri : Laaaaaa sama pulak mata kita rosak......

Suami : Bukan rosak.... Itu tulisan Korea... Memang Kita tak boleh baca....

Isteri : Hmmmmmmm Iyer Ker??????



Sunday, December 01, 2013

604 ~ Salam dari Ko Li Ya....


Jumaat baru ni kami bertolak ke Korea Selatan. Permintaan Qeeb sejak 5 tahun lepas tertunai sebaik habis SPM....

Aisyah amat seronok mendapat peluang mengikut ke Korea walaupun awalnya menyebut " Qeeb ni suka Korea.. Korea.. Saja..."



Hari jumaat selepas dialysis akak rasa amat penat dan pitam sebentar. Balik dari hospital pun akak pitam juga. Waktu di hospital, akak pitam dan siapa yg banyak membantu?
Yaaaaa Yang Berkhidmat Muiz ... Beliau memanggil petugas yg ketika itu sedang sibuk menguruskan shift petang. 

Setelah berehat petang tersebut .. Akak terasa segar sedikit.... Bersiap2 masukkan barang2 yang masih belum dimasukkan kedalam beg dengan bantuan anak dara yang kerananya kami semua merasa ke Korea....



Baru tahu.. Laluan ke Korea melalui Ho
chi Minh... Perjalanan yang mengambil masa >< 6 jam.


Aisyah bertenang kerana sebelum ini dia akan menangis bila telinganya rasa kurang selesa.



Alhamdulillah..
Tepat >< pukul5 pagi kami mendarat di Inchieon Airport. Pengalaman akak hanya di Airport ini banyak menggunakan borang utk saringan kesihatan, immigresen dan declaration duit yg dibawa. Banyak beratur dan lama urusannya. >< 3 jam juga berada di situ.
Kesejukan pagi sangat menyegarkan dengan suhu 1 darjah tanpa salji.

Gambar akan menyusul..