Tuesday, April 30, 2013

537 ~ Memanglaaaaa dah namanya Aisyah.....or Esah...





Awal tahun memang akak dah siapkan 5 helai tudung untuk Aisyah. Akak tak tahu yang tudung 'awning' dibenarkan digunakan di sekolah. Makanya akak belikan sehelai sahaja tudung Awning.. Bila dah buka sekolah, barulah tahu yang tudung Awning dibenarkan digunakan di sekolah.

Aisyah lebih suka memakai tudung Awning daripada tudung yang dua lapis kerana sewaktu pergi solat, dia kena buka dan pakai semula tudung dan dengan pemakaian tudung 2 lapis tu agar sukar nak betul2kan bahagian muka biar sempurna.. makanya dia hanya memakai sehelai tudung Awning setiap hari.. bila kotor basuh dan esoknya pakai semula. Akak sengaja tak mahu belikan tudung Awning yang lain kerana tudung 2 lapis masih ada 4 helai yang masih baru dan sudah berjahit lencana...

Akhirnya akak tak sampai hati melihatkan Aisyah sanggup bertudung Awnig juga walaupun tudung tersebut dah kotor.. akak belikan 2 helai lagi tudung Awning.

Masalah timbul bila nak pakai tudung baru. Di bahagian mukanya agak ketat. Akak besarkan sedikit dan muat-muat pada wajah Aisyah...

Tiba-tiba Aisyah menangis. Heran jugak akak. Mengalir airmatanya laju..

Ibu : Kenapa Aisyah menangis? Kan ibu dah beli tudung baru?..

Aisyah : (Lama baru jawap.. sambil airmata mengalir...) Tiap-tiap hari saya kena ucap Assalamualaikum pada Cikgu.. Saya kena cakap kuat-kuat...

Ibu : Habis tu cakaplah...

Aisyah : Tapi saya tak boleh bukak mulut besar-besar sebab tudung baru ni ketat....

Laaaaaaaa......
itu jer masalahnya dia boleh menangis sampai berderai2 keluar airmata...

Akak buka semula tudungnya dan besarkan bahagian muka...

Pakai semula... dan Aisyah pun senyum...

Anak laaaa Anak yang bernama Esah ni....



Friday, April 26, 2013

536 ~ Masa memang mencemburui ....



Masa santai sudah lama pergi...
tidak mudah mencari ruang nak duduk2 berblogging macam dulu..
kadang2 nak 'jawap komen' pun berhari-hari...

Baru terasa masa dalam sehari amat singkat..
masa itulah nak masak.. nak mengemas.. nak membasuh.. nak melipat baju..

bila ada masa senggang tu.. mata bagai di cucuk-cucuk minta ditutupkan rapat...

Jika dulu waktu dialysis tak pandai tidur, sekarang dah pandai..
sampaikan Muiz pun perasan...
bila bangun dia senyum dan bgtau " makcik tidur tadi..."

Penat baru terasa..
adikakak talipon pun dah pandai komen akak dah mula jadi surirumah sepenuh masa..
jika tidak tu bila ditanya buat apa...
akak asyiklah jawap baring-baring jer....
sekarang bila dia call... akak sedang masaklah..
sedang kemas dapurlah...
sedang lipat kainlah....

Masih sayang nak menulis cuma masanya dah tidak dapat nak buat sekerap dahulu.....





Thursday, April 18, 2013

535 ~ Habis tu orang mana???



Kisah dua beradik ini  sebelum pergi ke sekolah....

Aisyah : Ibu... Ain cakap Ayat berdosya...

Ibu : Ayat apa?

Aisyah : ayat yang ada S... E... X....

Ibu : Hah!???

Ain : mana ada saya cakap...

Aisyah : Iyer... tadi dia cakap... Maknanya dia bukan orang Malaysia sebab cakap ayat berdosya....

Hahahahahahaha

Tuesday, April 16, 2013

534 ~ Nak ku apakan bila jadi gini????


Sekarang bila selesai makan... anak-anak memang membantu mengemas meja... basuh pinggan mangkuk waima periuk juga... ( hahahah dapat guna ayat Waima....)

Tapi malam ini tetiba semua lari naik atas tinggalkan akak dan abahnya...

Semasa suami nak menaiki tangga akak berpesan...

Isteri : Yang... naik nanti tolong panggilkan Sesapa tolong orang kemas meja ni...

Suami : ( Sewaktu menaiki tangga) Sesapa... oooo sesapa.... ibu panggil minta tolong kat bawah...

Hahahahahahahaha
Mau tak ketawa kita yang mendengarnya????

Monday, April 15, 2013

533 ~ Insan Istimewa..



Seringkali kita terlepas pandang pada Insan Istimewa yang ada di sekeliling kita... ALLAH jadikan mereka kebanyakannya menjadi pembantu pada sesuatu keluarga dan masyarakat.

Bagi sesebuah keluarga yang mempunyai Anak Istimewa .. dengan didikan yang baik (dan mereka ini semula jadi memang baik perangainya tidak berdendam.. bersangka buruk...) mereka adalah pembantu yang membantu dengan ikhlas buat keluarga mereka dan masyarakat juga. 

Sejak akak berkawan, tiga keluarga yang akak kenal mempunyai Insan Istimewa ini. Seorangnya abang kepada sahabat baik akak. Bila-bila akak kerumahnya, kami dihidangkan dengan lauk yang dimasak oleh abang angkatnya Abang H... Ya ALLAH... tak tipu... masakannya memang sedap dan perfect.... teringat2 sampai hari ini.

Kawan yang kedua juga punya abang yang sama. Abangnyalah ( Abang H juga namanya) yang banyak membantu ibu mereka ke kedai beli bahan untuk nak masak... mengemas rumah... menyapu laman...(rumahnya besar.. pokok2 rendang sekeliling rumah... tiap-tiap hari lamannya bersih sahaja..... ) Dalam pada sibuk mengemas, sempat memasak... Tak tipu lagi... masakannya... Ya ALLAH... sempurna.... sedapppp....

Kawan yang seorang lagi ni punya abang juga Insan Istimewa... memang rajin mengemas tapi bab masak... tak buat sebab ibu mereka yang selalunya masak untuk kami. Tapi bab mengemas dan membantu orang waktu kenduri kendara... jangan cakap.... memang abang K sangat rajin... orang lain boleh balik tinggalkan segala periuk belanga yang hitam legam... abang K lah yang mengemaskannya sampai bersih dan siap kemas sampah-sampah lagi....

Pernah sekali waktu akak beranak kecik.. bawa anak sekali datang ziarah kerumahnya... nampak hari agak mendung.... Abang K terus masakkan secerek air untuk dibuat mandi anak akak yang waktu itu umur belum setahun. Di siapkannya besen depan pintu rumah sebab kalau boleh dia tak beri akak masuk bilik air dengan baby sebab kuatir akak jatuh sambil pegang baby.... dah siap semua dia akan panggil akak untuk mandikan baby di depan pintu hadapan rumahnya... hahahahaha.... Rindu padanya....

Insan Istimewa yang akak kenal ini sewaktu dialysis di Hospital Serdang.. menemankan jiran sebelah rumahnya mendapatkan rawatan dialysis.  Kami yang tiada pembantu dibantunya dengan berlapang dada...

Kejap-kejap kedengaran " Muiz... air biru habislah.... tolong ambilkan air biru..."
" Muiz, laparlah... tolong gi kantin carikan pau..."
" Muiz.. tolong tukarkan paper ini dengan kak sham..."
" Muiz... botol ni ketat betullah nak buka.... tolong bukakan tutupnya.."
" Muiz.... tolong belikan air ..."
" Muiz.. tolong belikan nasi kat kantin..."
" Muiz, tolong ambilkan selimut.... sejuklah hari ni..."
" Muiz... tolong carikan kipas saya..."
" Muiz... dah terlanjor Muiz bangun tolong ambilkan tisu kat sink tu..."

Jawapannya?...

" Boleh... boleh... tak apa....."






Inilah hero yang didatangkan untuk kami pesakit di bilik rawatan dialysis ni..
Ada seorang pesakit cukup sayangkan padanya dan dia pun sangat menyayangi pakcik itu.. Birthday Muiz baru ni, pakcik tu belikan dia jam tangan memang cantik..
Hah!!! Baru teringat nak belikan sesuatu untuk birthday Muiz tahun ini.....






Kadang-kadang kita meletakkan kejayaan akademik sebagai penanda aras kejayaan seseorang anak tu.
Bagi akak, cukuplahsekadar dia hidup tidak menjadi penagih dadah.. perompak.. menyusahkan ibu bapa depa semula... bergaduh adik beradik berebutkan harta...

Banyakkan yang hendak kita Syukurkan......

Friday, April 12, 2013

532 ~ Kasihnya Adik....










Semalam hujan turun dengan sangat lebatnya.
Aisyah tiba di rumah terus menangis kesedihan. Akak bingkas mendapatkannya dan bertanya kenapa menangis. Fikirkan dia bergaduh dengan kawan atau cedera sebab jatuh. Rupa-rupanya dalam teresak-esak dia memberitahu kakak Ainnya tiada dalam bas bersamanya.

Bas sekolah selalunya mengambil Aisyah dahulu kemudian singgah di sekolah Ain. Memikirkan waktu bas berhenti di sekolah Ain, Ain sudah selamat naik bas... Aisyah pun relak lah.. Sampai rumah, baru disedarinya Ain tiada sekali.

Tanpa berlengah akak menalipon pemandu bas. Katanya dia ada bertanyakan murid yang naik di sekolah Ain, mereka menjawap semua dah ada. Kerana hujan lebat, dia tidak memerhatikan dengan teliti siapa yang tiada. Dia berjanji akan kembali semula ke sekolah Ain untuk mengambil Ain.

Dalam pada itu akak pun bersiap terus pergi ke sekolah Ain. Memang kawasan sekolah sudah tiada murid dan lengang waktu akak tiba. Akak talipon pemandu katanya dia sudah mengambil Ain. Alhamdulillah... leganya hati.

Rasanya tiada apa yang dapat akak lakukan seandainya sesuatu yang buruk berlaku.
Au'zubillah .....
( Takut nak teruskan ayat...)

Apapun akak bersyukur segalanya selamat.

Nampak sekali bagaimana Aisyah sangat kasihkan kakak Ainnya. Seandainya akak dan abahnya kemana-mana hendak membawa Aisyah sahaja, Aisyah tidak akan mahu andai Ain tidak bersama. Waima jika bersama kakak Zahrah atau Qeeb sekalipun.. dia tidak akan mahu jika bukan kakak Ainnya. Dia sendiri yang memilih merapatkan dirinya dengan Ain. Waktu kecik2 dahulu.. jika akak masuk wad... dia tak apa-apapun.. Duduklah akak kat wad selama sebulan ker... tiada apa-apa padanya. Jangan kakak Ainnya tak ada di rumah seminit... Runsing sungguh dia....

Baguslah Aisyah. Semalam dalam perjalanan mencari Ain ke sekolah akak pergi dengan Aisyah... akak tanyakan soalan cepumas ini dan jawapannya dia memang sayangkan Ain lebih dari dia sayangkan ibu dan abah. Nak kecil hati pun tak boleh... Ikatan adik beradik...

Semuga Ain akan menjaga Aisyah sebaik-baiknya bila ibu dan abah dah tiada nanti.



Tuesday, April 09, 2013

531 ~ Andai kata.....




Andai kata....

Seru jer kat periuk kosong ni.....

' Hai periuk ajaib.... sediakan saya lauk ini....'




Gulai Lemak Ikan Senangin dengan Belimbing...




Sambal Ayam Berlado..




Ayam Masak Ros..




Sup cendawan butang dan bebola ikan..




Memang makin sihat dan gumuklah akak.....


Mode : Merapu tak tau nak masak apa.....

Saturday, April 06, 2013

530 ~ Bestnyer.....






Mengimbau kenangan waktu kecik-kecik dulu..

Bila balik kampong mak sedara di Kg Sungai Sekah, Nilai, Negeri Sembilan... di belakang rumahnya ada sebatang anak sungai yang terletak di dalam kebun getah. Sangat redup kerana dipenuhi dengan pokok-pokok getah.

Anak sungai tidaklah lebar sangat.. seluas jalanraya kampong duahala(Lane)... Pokok getah seberang sini dan pokok getah seberang sana seakan bergabung jadi kanopi menutupi sungai tersebut. Jadinya sepanjang masa memang terasa sejuk dan redup...Jarak dari rumah mak sedara tu kira-kira 100meter jer.... Jalan menuju ke Sungai dipenuhi dengan semak dan pokok-pokok paku pakis.

Sungainya pula sangatlah jernih. Akar pokok getah yang di tepi tebing sungai boleh kelihatan masuk ke dalam sungai. Akar-akar tersebut jadi tempat ikan sembilang dan anak-anak ikan bermain... Wow!!! Tergambar jelas pada akak...

Setiap pagi kami bangun pagi-pagi.. kami ke sungai untuk membasuh kain. Kakak sepupu (anak mak sedara) akan membawa basuhan ke sungai dan di sungai telah ada kakak saudara sebelah rumah dengan kain untuk di basuh. Akak hanya bermain air bersama kawan sebaya manakala kakak sepupu dan saudara sebelah rumah sibuk membasuh dan berbual. Ada perbualan yang kami tak boleh campur maka kami di nasihatkan main jauh-jauh... - Borak anak dara lah tu.... dulu mana ada facebook nak update status kan.. tak jumpa kat sungai tu.. maka antara mereka tak updatelah cerita terkini... ekekekekek so sweet.......

Airnya memang sejuk. Akak yang selalunya di rumah sendiri bangun lewat tapi bila di rumah mak sedara tu memang takder peluang bangun lewat. Awal pagi dah kena kejut oleh kakak sepupu yang garang tu... mengajak ke sungai. Bukan dia suruh basuh baju pun... setakat teman dia membasuh dan akak cuma main air...

Teringat akak sungai yang panjang itu ada lorong kecik. Di situlah 'port' untuk kakak sepupu dan sedara mara nak basuh baju... siap ada batu leper tempat memberus baju... Memang indah kenangan itu..

Sekarang sungai tersebut sudah tiada...
Pembangunan dan kawasan bela 'kerbau pendek' dah merosakkan sungai yang satu ketika dulu sangat indah... kesian anak-anak akak tak merasa suasana yang begitu indah dan hebat dan tak pernah akak sangka (waktu itu ) bahawa suatu ketika ianya akan pupus...

Friday, April 05, 2013

529 ~ Terkenang....




Kisah ini berlaku sewaktu suami bertugas di Hospital Pulau Pinang. Memang jadi kenangan sungguh...

Surau Hospital Pulau Pinang terletak di luar kawasan bangunan hospital... masih dalam kawasan hospital tapi luar bangunan. Suami sering solat di sini.

Suatu hari sebaik selesai solat, suami keluar dan lihat kasut kulit baru pakai 2 hari sudah tiada di tempat meletak kasut. Di cari-cari sekeliling - kot2lah tersalah letak... masih juga tak bertemu. Dengan menggunakan selipar spare yang ada di dalam kereta, suami pun terus masuk ke Lab ICL. Bila diceritakannya pada staff di ICL.. mereka memberitahu sekiranya ingin mencari kembali kasut tersebut, hendaklah pergi ke Lorong Kulit ( Rope Walk) berdekatan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Hari itu juga suami pergi dan mencari dari setiap gerai yang ada. Pasar lambak di Lorong Kulit ini menjual berbagai-bagai barang.. termasuk barang2 antik, kasut baru dan kasut terpakai ...buah-buahan.. CD.. kain baju... dan lain-lain..
Puas di amatinya tetapi tidak pula bertemu..

Keesokannya sekali lagi suami akak ke Pasar Lorong Kulit tersebut. Di tujunya terus ketempat menjual kasut terpakai....

Jeng..Jeng.. Jeng..

Kasut suami yang hilang ada di jual di situ...
Suami pun pura-pura bertanyakan harga pada penjual...
Kasut itu dijual dengan harga RM30.
Suami pun bgtau penjual bahawa itu adalah kasutnya yang hilang semalam di surau. Penjual itu rasa bersalah dan hendak memulangkan semula kasut tersebut tetapi suami tak sampai hati mengambilnya tanpa bayaran apa-apa... ditanya berapa harga di beli oleh penjual tersebut dari pencuri kasut itu? Jawapnya RM20.. suami terus bayar RM20 untuk sepasang kasutnya yang di curi...

Selepas itu kami mengetahui bilamana ada kasut yang hilang, cari saja di Pasar Lambak, Lorong Kulit....



Tuesday, April 02, 2013

528 ~ Ingatkan Depa Tak Perasan....



Baru-baru ni anak-anak di bawa menonton G.I. Joe.. Mereka amat menyukai cerita tersebut. Akak kebetulan masa tu tiada sama-sama menonton, mengajak sesiapa yang ingin  pergi sekali lagi menonton.. Semua angkat tangan.. Sebab cerita itu penuh aksi dari awal hingga akhir...

Ibu : Best sangat ke citer tu sampai semua sanggup nak tengok sekali lagi...

Ain : Best sangat....

Qeeb :  Best lagi dari cerita Battle Ship...

Ibu : Battle Ship? Bila tengok? Best ker?

Qeeb : Ni mesti kes ibu tertidur.... Sampai tak sedar kita semua dah tengok citer Battle Ship...

Akak memang selalu terlelap dalam panggung. Mana tak nya... Panggung gelap... Penghawa dinginnya sangat nyaman dan sejuk... memanglah terlelap... tau-tau dah habis..
Selalu pangkal cerita tengoklah juga... Pertengahan citer yang selalu akak dah hanyut...
Tahu-tahu dah nak akhir...

Ada juga anak-anak memeriksa samaada akak masih menonton atau dah terlelap.....
Jika akak tak terlelap.. akak sergah balik depa...

Monday, April 01, 2013

527 ~ Bertambah lagilah ahli keluarga kami...



Malam tadi bertambah lagi ahli keluarga kami... Baby Ching (Kucing pertama kami) kami melahirkan 4 ekor anak malam tadi... sebelum tidur 2 ekor.. sedang kami lena tidur, keluar lagi 2 ekor.. ( mudahnya kan... sikit tak menyusahkan atok dan nenek dan mak sedara...)

Bangun pagi2.. Atok Kahar lihat keadaan cucunya... (Part Atok siap ada nama... Part nenek... jangan lah tanya..... OK? ) Sempat diambilkan air dalam bekas dan beri pada Baby Ching. Lihat anak-anaknya sangat comei-comei... Kesemuanya putih dan bertompok sikit-sikit...




Baby Ching ni jika dikira.. dekat 7kali dah dia beranak... Anak-anak yang masih tinggal tak banyak.. kebanyakannya mati dan hilang..( keluar merantau - dlm erti kata lain...)




Dalam pada kita sibuk nak ambil gambar anaknya... Baby Ching yang terlebih posing...
hahahahaha
ikut cerita Qeeb, Baby Ching ni nak manja sebenarnya..
selalu kami dah tak berapa perdulikan dia...
kami lebih suka main dengan cucu-cucu dia...
so... dia pun beranaklah.. sebab nak merasa dimanjakan semula...
( Teori Dr Qeeb )

Bila dia beranak, kami beri dia masuk rumah..
dapat tidur dalam rumah..
Baby Ching waktu nak melahirkan pun menarik ceritanya..

Memang selama ini dia tidur diluar rumah.
Malam tadi sewaktu dia terasa ingin melahirkan, dia minta nak masuk ke dalam rumah. Qeeb yang kebetulan berada di pintu memberi laluan padanya sebaik ternampak dia memanggil di tepi cermin pintu..
Buka pintu dia terus masuk ke dalam rumah dan menaiki tangga...
Sempat menanti Qeeb dan Ain mengikutnya naik... jika tidak dia akan berbunyi bising sekali..
Sebaik Qeeb dan Ain mengikut dia pun diam dan mendahului mereka naik ke atas..
ruang koridor memang tempat dia melahirkan anak-anak yang terdahulu..
Sebaik Qeeb dapatkan kotak, baby Ching terus masuk kedalam kotak dan mula berbunyi bising sekali tatkala Qeeb dan Ain beredar...
Dia seakan mahu Qeeb dan Ain menanti dia melahirkan anak...
Proses kelahiran semalam di temani oleh Qeeb, Ain, kakak dan Aisyah.....

Selesai proses melahirkan malam tadi.... pagi tadi.. kelihatan 4 ekor 'cucu' dah ada...
bertambahlah ahli keluarga Atok Kahar...
Hahahahahahah

- Kalaulah that Atok tahu kita panggil dia Atok Kahar... hehehehehe... Nahas nenek... cu...