Tuesday, March 26, 2013

524 ~ Bila Rindu...



Seringkali apabila terjumpa kembali makanan/perkara yang mengingatkan akak pada masa lalu.. memang selalu teringat pada Arwah Mak. Arwah Mak akak ni kiranya dia pemakan orangnya. Banyak makanan yang akak tahu makan kerana beliau yang mengenalkannya pada akak.
Contohnya Buah Sengkuang Cina..

Selalu akak jika beli buah-buah yang telah siap di potong, sengkuang cina memang jadi pilihan pertama akak. Selalunya penjual bangsa cina memang akan menjual buah Sengkuang Cina yang telah bersih dan siap di potong. Dicucuk dengan lidi seperti satay.. adalah dalam 6 biji buah tersebut dijual dengan harga sekitar 2 ringgit. 

Untuk membersihkannya memang agak leceh sedikit..

Kedua-dua alat ini memang penting...




Setelah selesai mengupas semua kulit buah sengkuang cina...
memang banyak kulit dari isinya..



Bentuk sebelum dan selepas di kupas...




Akhirnya....
setelah bersih...
basuh dan masukkan ke dalam peti sejuk...

Krupppp.... makan dan percik air manisnya...




12 comments:

  1. panas panas macam ni terasa sejuk tekak makan sengkuang cina.Segar lagi meyegarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu..
      betul tu...
      arwah mak pun kata sengkuang cina tu bagi sejuk...

      Delete
  2. AsSalam Rahmah,

    Terasa rasa lemak buah sengkuang cina..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nanie...
      andai setiawangsa dan bangi bersebelahan macam keramat permai dan setiawangsa...
      memang dah kopek saya antarkan pada kak nanie...

      Delete
  3. Saya boleh rasa kerangupan dan kemanisannya....sejak pindah ke
    batu kawan, belum jumpa buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norhaizan..
      jika ada cina jual buah potong, kadang2 terselit juga buah sengkuang yg dah dicucuk macam satay...
      kena masuk Penang. Pergi pasar Batu Lancang..

      Delete
  4. Ai pun suka mkn buah n kak. Dedulu masa di 'zaman kegemilangan' selalu je mkn buah ni kt Sg Wang. Cicah dgn cili kicapnya, mmg terbaik. Sekali mkn, 5 cucuk pun x cukup. hohoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AI..
      hahahah zaman kegemilangan..
      bukan sekarang lagi gemilang ker...??
      ekekekekeke
      memang ada satu cina buka gerai buah potong terselit kat satu lorong di dalam Sg Wang. Akak pun selalu pekena kat situ...

      Delete
  5. Ingat, ingat..akak ingat..tapi akak tak suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hajah Nora...
      memang kekadang ada orang tak berapa suka...
      saya sebab arwah mak suka, saya terlebih suka... :-)

      Delete
  6. suka lagi sengkuang yg biasa tu..atasnya disapu dgn cili manis dan tabur kacang tumbuk...:-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shina..
      sengkuang yg cenggitu dah mula keluar semula..
      maknanya dah mula ada orang menjualnya...
      kenangan kita masa kecik dulu...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata