Banyak yang hendak di syukurkan...
Antaranya...
Anak-anak dah tahu tugas masing-masing. Walaupun sejak lahir mereka tak perlu buat apa pun tetapi sejak ketiadaan bibik mereka dah tahu tugas yang perlu mereka lakukan untuk membantu meringankan kerja-kerja akak.
Zahrah/Kakak
Bab masak memasak memang jadi tanggungjawap kakak. Setiapkali bila akak hendak memasak, kakak akan membantu mengopek bawang-bawang, menyediakan peralatan memasak... apa yang perlu seperti garam, asam jawa dll.... bila dah selesai masak, dialah yang akan membasuh segala periuk dan kuali...
Kakak juga bertanggungjawap menyediakan sarapan adiknya yang akan sekolah petang... Masak nasi pun memang jadi tugas kakak.
Gosok baju sekolah Aisyah pun termasuk dalam kerja kakak.
Mengemas katil ibu dan abah selepas Aisyah bangun, juga kerja kakak....
Kakak juga banyak membantu menyiang ikan sardin untuk direbus bagi kucing... Kakak dah mahir siang ikan...
Semalam bidang kerja kakak dah bertambah. Baju-baju yang menggunung tak berlipat... kakak yang melipatnya. Membasuh dan menjemur memang tugas kakak...
## Bulan ni elaun lebih ya kakak...
Qeeb
Olehkerana Qeeb akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini makanya bantuan darinya tidaklah begitu akak harapkan. Tapi kebersihan dalam rumah memang jadi tanggungjawap Qeeb. DIa akan menyapu dari setiap bilik di atas terus sampai bawah.
Kerja-kerja melipat kain baju juga akan dibuat oleh Qeeb bersama dengan kakaknya dan adiknya...
Tiap-tiap bulan bila beli barang bulanan, kerja-kerja mengatur masuk dalam kabinet dan peti sejuk adalah kerja Qeeb. Sebelum tidur semuanya menjadi beres dan bersih.
Bila-bila rasa malas nak masak, nama Qeeb memang naik untuk buatkan maggi...
## Kelebihan Qeeb ialah mengemas dan mengatur.. Contoh jika abahnya ingin keluar negara, baju-baju abahnya dia yang kemaskan masuk beg sebab dia akan mengemas dengan sungguh rapi...
Ain
Urusan menguruskan kucing-kucing memang jatuh pada Ain.
Kucing masuk rumah... nak minta tangkap dan lepaskan diluar... Ain...
Kucing buat hal ...nak minta bersihkan..... Ain...
Kucing nak makan... Ain juga yang kena bagi makan..
Ada sampah-sampah di luar rumah, Ain jadi tukang sapunya...
Ada sampah dalam rumah nak buang keluar.. kakak tak sempat nak buat sebab banyak kerja lain.. sebab selalu kakak yang buat... Ain jugak..
Basuh kasut sekolah semua adik beradik... kerja Ain
Gosok baju sekolah sendiri... Ain
Kakak kena jemur baju... Ain kena tolong jugak...
Kiranya Ain ni pembantu semua kerja-kerja kakak....
Aisyah
Budak yang sorang ni belum diberikan tanggungjawap yang utama.
Yang penting... dia tak buat sepah kat bilik belajar...
dia tak kusutkan katil ibu dan abah..
dia makan bila kakak dah sediakan makanan...
Bila-bila dia rasa dia nak tolong kakaknya.. dia akan keluar sama-sama jemur baju..
sama-sama bagi makan kucing..
sama-sama basuh kasut sekolah dengan Ain..
Apa yang penting Aisyah tak buat sepah ... OK?
Syukur Alhamdulillah...
Memang kerja-kerja mereka tidaklah tip top 100% tetapi banyak membantu meringankan beban kerja akak. ALHAMDULILLAH...
APA YANG PENTING - KERJASAMA..