Monday, February 25, 2013

514 ~ Entry Khas Buat yang tertanya-tanya...



Sebagai menjawap kemusykilan Kak Nanie dan Makchaq... Akak mahu ceritakan di sini  bagaimana caranya ceramah yang disampaikan dapat di fahami oleh warga kurang pendengaran...

Bertempat di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur,Jalan Raja... Malaysian Federation of the Deaf telah menganjurkan ceramah kesihatan khas buat warga orang pekak/deaf...( Jika boleh akak mahu guna ayat yang lebih lembut dari ini...)




Doktor Pakar jemputan terdiri dari pakar perubatan dari berbagai disiplin/bidang dari Hospital Serdang.
Setakat ini suami akak yang memenuhi jemputan. In Syaa ALLAH mulai bulan depan akan ada doktor pakar yang lain turut sama meluangkan masa memberi ceramah.

Kita sudah tentu tidak pernah menyedari betapa payahnya seseorang warga orang deaf jika hendak mendapatkan rawatan di hospital. Kadang-kadang jika tanpa jurubahasa yang bertauliah, keadaan pesakit boleh menjadi lebih teruk. Doktor tak akan dapat tahu apa masalahnya dan pernah terjadi kes di sebuah hospital, seorang warga orang deaf meninggal sebelum sempat mendapatkan rawatan yang patut dia dapatkan. Untuk itu, Malaysian Federation of the Deaf telah menyediakan khidmat jurubahasa buat ahli mereka yang memerlukan khidmat jurubahasa untuk dibawa ke hospital... Jurubahasa juga diperlukan untuk temuduga, perbicaraan di Mahkamah dan lain-lain yang berkaitan.

Suami akak bersama  beberapa orang teman sekerjanya meluangkan masa untuk memberi ceramah kesihatan dan memberi peluang buat warga deaf bersoal jawap mengenai masalah kesihatan mereka juga disamping mendengar info mengenai berbagai penyakit. Ceramah yang telah diadakan sebelum ini adalah

Yang pertama sekali bulan Disember  - Sakit Jantung
Yang kedua bulan Januari  - Darah Tinggi
Yang ketiga bulan Febuari - Diabetes




Cara ceramah disampaikan..
Suami akak akan menyampaikan ceramahnya...
Seorang jurubahasa yang turut berada di atas pentas akan menerangkan satu persatu  dengan menggunakan bahasa Isyarat.

Bantuan dari maklumat bertulis di projektor juga membantu...




Dalam sessi soal jawap pula..
Peserta bertanyakan soalan dan di sampaikan oleh jurubahasa di bawah pentas...
manakala jurubahasa di atas pentas menyampaikan jawapan doktor.




Info bertulis memang banyak membantu..




Sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan. ALHAMDULILLAH..






6 comments:

  1. Replies
    1. Wartawan in the making...
      soratkabar pree..

      Delete
  2. Alhamdulillah...mereka tidak terpinggirkan akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CA..
      Alhamdulillah..
      sekarang akak terasa berguna sekiranya ada seorang anak akak yg belajar bahasa Isyarat...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata