Sudah hampr 4 bulan kami tidak balik ke Melaka... Punyalah rindu...
Bila ada jemputan kenduri sepupu di Wangsa Maju.. sebolehnya kami penuhi walaupun keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.
Alhamdulillah...
Bertemu dengan saudara mara dari Melaka benar-benar meleraikan rasa rindu pada ibu saudara.. sepupu dan sanak saudara..
Ada beberapa majlis jemputan yang tak dapat kami penuhi sebelum ini kerana kesibukan suami makanya agak lama juga tidak bertemu dengan mereka.
Sebaik terlihat wajah mereka.. terus dapatkan mereka dan memang terasa sangat rindu...
Alhamdulillah...
Kami dipertemukan melalui perkahwinan tapi rasa kasih itu makin mendalam. Ianya lebih terasa waktu akak warded di CCU selama dekat sebulan. Merekalah yang sentiasa berkunjung tak kira masa... Memang sangat menghargai itu.
Selepas makan kenduri akak menemankan suami yang akan memberi ceramah kesihatan untuk warga MFD (Persatuan Org Pekak) di Perpustakaan Kuala Lumpur.
Bertemu dengan saudara kembar sejak tingkatan 4...
Kesibukan dengan tugas dan menyambung belajar membuatkan kami jarang dapat bertemu...
Alhamdulillah...
Terlerai rindu padanya...
Alhamdulillah.....
AsSalam Rahmah,
ReplyDeleteWah, cam maner yea org2 pekak dengar ceramah, nak tahu lah juga sebab sejak akak hilang pendengaran memang tak pernah attend ceramah2.
Bila tak berjumpa saudara mara dan kawan2 pada jarak masa yang lama, memang amat rindu.
Akak pun cam gitu juga..
Waalaikummussalam kak Nani...
DeleteOkay.. nak citer mengenai orang pekak yang dengar ceramah, nanti saya buat entry ya...
Betul kak nani... bila bertemu sanak saudara dalam waktu yg lama memang terasa sangat rindu... Mereka tu dah menjadi sebahagian dari kita...
Bila lama tidak bersua, hanya orang yang rindu itu saja yang faham keadaan dalam jiwa.
ReplyDeleteSaya pernah masuk Perpustakaan KL tu, masa hadir kursus dulu. Cuma sayang tak sempat nak jelajah banyak kawasan dalam tu.
Azie..
Deletebenar azie...
org yg rindu tu jer yg tahu bagaimana rasanya gelora dalam jiwa... ekekekeke
Perpustakaan KL tu dah macam2 ada ..
Auditorium pun banyak kat level bawah tu...
Tu yang seronok bila ada kenduri kendara kan.. dapat jumpa saudara mara yang lama tak jumpa.. dapat la mengubat rindu..
ReplyDeleteMakchaq pun sama fikir macam kak Nanie.. mesti la ada translator kot kan..
Senyuman yang nampa serupa gayanya..
Makchaq..
Deletesedara mara tu penyeri majlis... tanpa sedara mara memang terasa sepi..
Ok Makchaq nanti saya ceritakan macamana ya... sebab saya nak tunjuk gambar...