Saturday, February 23, 2013

512 ~ ALHAMDULILLAH



Jika panjang umur sampai minggu depan, dapatlah akak masak gulai udang dengan belimbing dari pokok sendiri... Kenapa minggu depan? Sebab buahnya minggu ni kecik sangat lagi.... belum sekata besar buahnya...
Mungkin minggu depan atau mungkin minggu satu lagi...

Ini waktu berbunga...



Yang ini ambil pagi tadi waktu menyiram pokok..
Cukuplah seperiuk kan?
Ada jugak yang sages masak dengan telor itik..
Itu pun kalau itik tu bertelor...
Jika udang yang akak dapat.. maka udanglah akak gunakan...



Pokok yang ini ( Sambil juihkan bibir...)
Masa berbunga terasa macam nak menempah lori nengokkan banyaknya bunga...
Tunggu dekat 3 bulan...
Tinggal tangkai jer...
baiklah pi Cho Kit beli sekilo..
takpun buat muka tak malu minta kat Puan Aryani di Ipoh...
pokok mata kucing kat rumahnya berbuah memang lebat dan memang sangat manis...
^-^



Satu hari nanti memang ghaib jugak pokok mata kucing tepi rumah ni...
pasunya boleh guna tanam pokok lain yang lagi mendatangkan hasil...
( Nada Marah )
Tapiiii....
renungkan dalam-dalam...
bila waktu berbunga lebat...
janganlah berangan nak merasa buahnya...
Berbunga belum tentu rezeki kita..
Alangkan dah berbuah di ambil burung dan tupai....
( Bila dah Insaf )
Bukan rezeki kita....

6 comments:

  1. Salam hajah,
    Gulai lemak udang dengan belimbing sedap! Gaull rata-rata nasi bersama belimbing.....terasam asamnya. Best. Ada pula sambal belacan melaka Hish....terangkat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh kak hajah nora...
      selepas baca komen kak hajah... mulut rasa macam orang terliur...
      terasa2 asamnya...

      Delete
  2. AsSalam Rahmah,

    Dah terasa rasa lemak udang+belimbing dihujang lidah akak..kecur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikummussalam..
      Ha'Ah..
      saya pun sedang kecur lepas baca komen kak hajah nora tu...

      Delete
  3. Assallamualaikum,
    Pokok belimbing kat rumah mama nadz belum pun berbuah..ntah silap kat mana..jadi syok melihat pokok belimbing Hajah dah mengeluarkan hasil...buat sambal udang hiris buah tu nipis-nipis..huhu sedapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..
      Nadz..
      belimbing akak ni pun bertahun juga menati nak berbuah ni... dekat 6 tahun jugak akak tanam.... mula2 dulu mmg macam nak mati dah pokoknya... tapi kerap jirus... akhirnya hidup juga. ALHAMDULILLAH

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata